Pengalaman Jual Rumah Saya

Bulan 9, tahun 2019 genap setahun saya dalam bidang property. tak sangka noh. Cepat betul, daripada awal awal dulu, saya duk jual ebook kat US, sampai ke bantal mengandung pun saya jual di Amazon.com. Tak sangka pula saya ni dah reti jual rumah. Alhamdullillah..

Tapi itu lah, baru setahun ni kira masih lagi baru dan masih banyak lagi selok belok yang saya perlu belajar. Sampai bulan 9 tahun 2019 ni, adalah dalam 15 kes yang saya sudah dan sedang handle. tak termasuk dengan refund dalam 4 atau 5 kes.

Tapi ada lah juga rasa bangga sikit sebab refund kes kesemuanya bukan sebab loan tak lepas ke apa, ada yang siap dah loan lepas lagi. Tapi terpaksa cancel dan refund booking sebab Owner decide untuk cancel jualan. Tak apa lah, bukan rezeki saya lah tu.

Mula mula awal tu, saya ingat akan jual rumah sahaja, tapi kebun, bendang pun saya dah ada pengalaman jual. best juga

Oh ya, kalau anda deal dengan saya. duit booking anda akan dapat 100% ya, boleh rujuk artikel ni. Kenapa jangan hire broker?

Untuk artikel perkongsian pengalaman saya ni, kalau nak ikutkan memang saya nak detail kan semua. Tapi bila fikir semula, rasa macam tak berapa elok juga. Sebab ada 2 3 hal yang memang agak sulit dan tak perlu di kongsikan. Tapi kalau anda ajak saya minum, insyaAllah tiada masalah. Cuma kalau untuk tatapan umum ni, lebih baik saya tak perlu cerita.

Jadi, saya akan kongsikan kes yang ringan ringan dan biasa sahaja.

Kes 1 – Owner senang, buyer senang, insyaAllah kerja akan jadi setel

Kes 2 – Alamak, loan buyer hanya lepas 80%. Macam mana nak buat ni

Kes 3Loan LPPSA yang tak pasti boleh dapat RM 540 000 ke tak di Kulim

Kes 4 – Lebih 15x bawah Buyer, sekali Owner cancel jual… haha, jahanam

*pembetulan..

di atas tadi, saya ada bagi semua kes refund bukan sebab loan tak lulus tapi semua owner cancel kan? Salah salah, saya lupa ada satu kes tu, terpaksa cancel proceed sebab loan ada problem. Buyer saya tu ada rekod pembayaran kereta tak cantik. tapi kira DSR dan NDI ok dah.

Kes 5 – kes jual tanah bendang yang saya tak sampai hati nak close

Kes 6 – kes jual rumah low cost yang saya tak sampai hati juga nak close

kes 7 – kes tanah di gunung jerai yang makin kurang hajar

Kes 8 – ada satu taman di Gurun ni, saya jual 2 bijik dah..

Perkongsian kesemua 8 kes ni bukan nya panjang berjela sangat pun. Anda spend masa tak lama mana pun untuk baca habis. Saya berharap dan alu alukan sangat untuk anda baca, supaya lebih kenal dengan cara saya.

INGAT!! sekali anda lantik saya sebagai agent, berbulan la kita duk contact bersama. Jadi persafahaman dari peringkat awal tu sangat lah penting.

Dah simpan no saya? 0136619001

oh ya, saya juga nak kongsikan isu isu yang berbangkit, mungkin berguna untuk kita juga. Saya tulis tajuk sahaja dulu ya, nanti rajin baru saya tulis artikel nya:

  1. ptptn yang tak dibayar 100 bulan
  2. polis bantuan BSN, nak masuk loan bank mana?
  3. isu rumah yang ada renovation, tapi tak sah oleh majlis
  4. kes buyer yang tak ada duit booking

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties.Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!!Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer