Kes 2 – Alamak, loan buyer hanya lepas 80%. Macam mana nak buat ni

Kes ni kira baru lagi ni. Dalam 2 minggu lepas. Saya kira DSR, NDI ok dah. Saya pun ada tanya dia, PTPTN bayar elok dak?

Dia cakap ok.

So, saya pun hantar lah Public Bank. Lepas seminggu banker public bank ni banyak cekadak, mula mula suruh masuk kan 5000 dalam akaun tabung haji. Selang 2 3 hari, dia minta masukkan 3 200 pula dalam akaun saving nya.

Buyer dah rasa lain macam time ni.

Mujur lah dia memang ada duit. So, masukan juga lah.

Dan lepas 1 minggu daripada tu. Banker call cakap, loan lepas 80% sahaja. Alamak, rumah masa ni RM 160k, loan lepas RM 128k. Mana nak cekau lagi RM 32k.

Buyer dah mula menunjukan kesedihan nya. Saya pun rasa gelabah sikit sambil tengok tengok ikan.

Sebab masa tu wife ajak pergi pasar.

Tak pe lah,saya dengan buat cool, walaupun sebenarnya riso juga. Saya hantar lah lagi sekali tapi kali ni bukan hantar dekat bank. Tapi satu group mortgage yang memang duk biasa uruskan pasal loan.

banyak orang cakap, loan yang tak lulus pun jadi lulus lah kira. Saya pun, forward semua whatsapp detail buyer saya daripada public bank banker tadi ke mortgage ni. Sembang punya sembang, alhamdullillah. Lepas seminggu loan.

Setel, Alhamdullillah..

 

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments