Masih Mencari Ejen Jual Rumah?

Menjadi agent hartanah sebenarnya adalah impian saya sejak 2014 lagi rasanya. Masa tu saya fikir, apakah cara nak buat duit yang komisennya besar. Sebab saya ni memang jenis jual barang online, dulu tahun 2010 memang duk sibuk jual barang di amazon.

 

Syed Shaffizan – Wasap Only

Masa ni, lazada dan shopee tak ada lagi.

So bila jual barang di Amazon, ok juga. ada juga conversion, cuma tak banyak, dalam 20 ringgit untuk satu item. Macam macam jual, seluar jeans Levis, bantal mengandung pun ada. Saya juga pernah cuba jual ebook, panduan solar panel.

Tapi sampai satu masa, saya fikir, apakah produk lain yang bila saya jual 1 sahaja tapi dapat lebih? Maka disitulah terdetik untuk jadi agent hartanah. Tapi saya cepat cepat batalkan sebab ingatkan orang yang kelulusan bidang hartanah sahaja boleh jadi agent.

Saya pun jadi takut dan malas pula sebab kena ambil lesen semua.

Sampailah pada tahun 2018, hati saya terbuka dan nak tanya juga. Boleh atau tidak saya jadi agent, alhamdullillah response baik. Dan sekarang, tahun 2021 genap dah 3 tahun saya jadi agent hartanah di Kedah. Umur saya pun dah 33, kalaulah saya jadi agent dah awal awal grad mechanical dulu lagi bagus.

5 masalah utama pembeli dan penjual!!!

ini contoh masalahnya (click here)

Focus area saya ialah di seluruh kawasan Penang, selatan Kedah, daripada Sungai Petani ke bawah, dan Utara Perak, dari kampung saya Simpang Pulai ke atas.

Pengalaman Jual Rumah

Setiap rumah, pasti akan ada ceritanya, dibawah ni adalah antara yang menarik untuk saya kongsikan!!

Condo Evoke Residences, Bukit Mertajam

Antara kes yang saya paling ingat, sebab ini adalah jualan pertama saya sejak menjadi agent hartanah.

Double Storey Kulim Utama

Saya langsung tak pernah jumpa owner rumah ni. Owner stay di Sarawak, saya uruskan proses jual belinya dari Kedah. Kes ni antara yang paling lama, follow up sampai 2 tahun untuk selesai. Harap saya dapat lagi rumah type ini di Kulim. Memang senang jual.

1.5 Storey Taman Insaniah, Kuala Ketil

Dulu owner buat sewa ikut kepala. Tapi lepas covid, sewa pun tak berapa cantik sebab student Unishams balik rumah. Owner decide untuk jual dan gunakan hasil daripada jualan rumah ini untuk buat rumah di tanah sendiri di Alor Setar.

Teres Taman Sepadu, Tasek Gelugor

Rasanya ini kes pertama saya yang cecah 1 tahun baru setel. Disebabkan consent dr SUK. Lagi pula kes ini berjalan masa tengah covid. Memang lama.

Tmn Serai Wangi, Padang Serai

Kes ni pun berlaku time covid teruk juga. Proses sangat slow, biasanya pembeli akan bayar 1 atau 2 bulan sahaja installment dan dapat kunci, tapi pembeli ni, terpaksa tunggu sampai 3x bayar installment.

Teres KTC 1, Kulim

Antara kes yang paling clean sepanjang saya jadi agent hartanah. Rumah di Kulim ni memang tak payah kalut, sebab permintaan terlampau banyak. Nak pula rumah ni dijual below 300K. Saya jual dua unit dah area sini.

Double Storey Tmn Mengkuang Jaya, Kubang Semang

Saya ada kes rumah taman ni. Satu sebab owner komitmen tinggi, so dia terpaksa minta saya jualkan. Satu lagi, sebab owner terpaksa pindah ke KL. Dua dua kes, dapat pembeli dalam tempoh kurang 2 minggu. Saya selalu sangat dapat permintaan untuk student nak sewa sini, harap anda investlah area sini.

Semi D Tmn Keladi, Sungai Petani

Ini lagi kes jarak jauh, owner stay di Sepang rasanya. Tapi nak jual rumah di Sungai Petani. Saya jualkan kepada pasangan muda yang baru berkahwin sebulan. Owner datang untuk signing SnP sahaja. Sebenarnya, boleh ja owner sign di Selangor sebab ada cawangan lawyer saya di sana. Tapi dia saja gatai balik sebab boring duk rumah, sebab time ni covid teruk juga. Dia saje nak merentas negeri.

Semi D, KTC 4, Kulim Hi Tech

Rumah SemiD full reno, rasanya dapat pembeli dalam tempoh 1 bulan. Tapi kesian owner, sebab dia tak dapat duit penuh daripada hasil jualan rumah ni. Sebab ada nama anak yang tak cecah 18 tahun lagi. So duit tu hold under mahkamah tinggi.

DSSD, Kulim Perdana, Kulim Hi Tech

Kes paling menghayat hati. Lebih 10 kali saya bawa pembeli rumah ni, ulang alik pejabat JPPH kulim pun 2 3 kali juga. Lepas loan lulus, lega sangat. Sebab takut value tak sampai, sekali owner cancel. Naya betul. Sebab ada agent chinese yang offer harga jualan lagi tinggi. Adumak, dah la pembeli yang beli drpd sy ni sy follow  dan kenal dia sejak 2 tahun yang sudah. Penat je la, kita jaga buyer.

DSSD Laman Kuda, Alor Setar

Ada satu chinese yang beli, dia buat loan 85% sahaja. Interest dia cantik, sebab memang ada investment dan rekod baik dengan CIMB. Dia beli, sebab dia bosan duduk dengan family, nak privasi katanya. haha. Saya uruskan kes ni sampai register bil api, air, cukai pintu, cukai tanah dan indah water pembeli. Sebab dia tak sempat nak buat.

Double Storey Tmn Ilmu, Nibong Tebal

Tamn ni memang laju. Ada unit sahaja mesti boleh jual punya. Sebab permintaan sangat tinggi. Mujur saya dapat juga cari pembeli. Buyer pun profile kewangannya strong, proses jalan dengan mudah.

Flat Blok 330, Bukit Gambir Penang

Saya sendiri tak sangka rumah ni boleh jual. Sebab memang rumah ni teruk yang amat. Tapi kalau repair elok, memang permintaan sewa tinggi. Sebab dekat USM.

Flat Jln Mad Saad, Butterworth

Flat Blok 330 atas tadi, rumah anaknya, ni rumah bapaknya pula. Ini pun antara kes yang paling lama juga, sebab ada 3 jenis consent. Mujur lawyer yang uruskan kes ni memang reti uruskan kes gini.

Teres Corner Lot, Residensi Perlis

Antara pembeli favourite. Muda orangnya, tapi pandai dia jaga kewangan. Loan pun lulus dengan cemerlang. Dia cakap kat saya, dia nak duk rumah ni dalam 10 tahun sahaja, nanti nak jual balik. Harap dia cari balik saya nanti. Haha

Condo G Residence, Alor Setar

Saya jual dua unit condo di Alor Setar ni. Dua dua kes sebabkan pembeli nak buat homestay. Moga investment client saya dua dua ni berjaya.

Semi D Kelisa Ria, Sungai Petani

Rumah ni berharga 385K. Saya sendiri tak sangka boleh jual. Sebab rumah cecah dekat 400K di Sungai Petani ni berlambak, tapi tak sangka menjadi rezeki juga. Alhamdullillah.

Double Storey Tasek Gelugor

Cantik rumah ni, kes yang tengah proses sekarang. Sepatutnya lagi seminggu akan tahu result LPPSA. Harap lulus dengan cemerlang juga. Owner dah pindah ke German. Tu sebab dia jual rumah ni.

Setiap gambar rumah kes saya di atas bukan gambar sebenar. Tapi memang jenis yang sama.

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

Site Footer