Kalkulator kira kelayakan pinjaman rumah yang saya nak kongsikan ini ada dua jenis ya. Satu yang untuk kita kira DSR. Saya akan bagi tahu DSR itu apa.

Selepas itu untuk kita monthly installment rumah berapa. Untuk kalkulator yang kedua ini akan kena pergi bahagian artikel ini dibawah sekali.

Kalau anda perhatikan, ada 3 ruangan utama.

Bahagian 1 – Total Income

Total Income Bersih ( Net Income ) – total income bersih ini adalah income anda selepas tolak KWSP, Socso, or Cukai semua. Atau kalau saya boleh bagi contoh payslip saya kerja tahun 2015 dulu.

Net Income yang saya maksudkan ialah yang RM 3490.03 tu.

Jelas ya? jangan tersalah isi ya. Dan lagi satu, pastikan anda pilih net income gaji yang standard anda dapat. Jangan time bonus, hujung tahun, bulan 12 yang tinggi pula anda isi. Tak boleh, tak tepat nanti. Sebab ia tidak tetap.

Sebenarnya boleh juga, contoh net income di payslip anda RM 3000. Dan anda dapat bonus 12 ribu satu tahun (contoh lah ya). 12k ni boleh sahaja bahagi dengan 12. so jadi RM 1000. RM 1000 ni anda boleh campur terus dalam net income yang RM 3000 tadi. so Net Income boleh letak RM 4000.

Tapi untuk sekarang, jangan letak dulu. Biar saya atau agent yang deal dengan rumah anda yang kira. Atau pastikan dia tahu dan biar dia kira sendiri, andai kata kelayakan anda paras paras hidung. Kalau memang cantik, tak perlu kesah sangat.

Ataupun kalau anda ada OT, tapi tak menentu. Kalau macam ni, kira average untuk latest 6 months.

Seperti contoh

bulan 1 = 2800
bulan 2 = 2300
bulan 3 = 2570
bulan 4 = 2600
bulan 5 = 2590
bulan 6 = 2800

Kalau macam ni, tambahkan kesemuanya 6 bulan ni, dan bahagi dengan 6. Kira akan ambil average sahaja.

Iaitu RM 2610

Bahagian ke2 ialah Total Komitmen.

Ada dua kotak kan, Total Komitmen dengan Installment rumah yang anda akan apply.

Untuk Total Komitmen, katakan anda ada komitmen seperti dibawah:

  • kereta RM 450
  • ptptn RM 150
  • personal loan RM 300

tambahkan semua dahulu, dan baru tulis dalam ruangan Total Komitmen, iaitu 900. Kira apa yang anda bayar bulan bulan ya. Saya biasa client yang bagi tahu saya 80 ribu terus, untuk harga kereta yang dia beli. Buat apa bagi tahu tu? Yang kita nak tahu, penolakan bulanan sahaja.

Installment rumah yang akan anda apply – contoh anda nak apply rumah RM 200 000. Bahagi sahaja dengan 200 dahulu. Untuk mudah kira. Kalau nak diikutkan, anda kena kira jugalah berapa interest rate, bank mana yang anda apply, berapa loan yang anda apply sama ada 100% atau pun 90%, dan juga berapa umur anda sekarang.

Tapi sekarang kita nak mudah kira. Nanti dah confirm rumah mana, baru anda confirm semula dengan agent. So untuk sekarang ni, bahagi sahaja dengan 200. Orang kata, the power of 200 gitew.

So kalau rumah nak beli tu RM 300 000. Berapa installment? 1500 kan. pandai

Dah bahagi dengan 200, jangan lupa isi di ruangan bahagian 2.

Bahagian 3 pula

Ada dua kotak di sini.

DSR dan NDI

DSR – adalah Debt Service Ratio. Pastikan ialah tak lebih 60%. Kiranya pastikan result anda tu nanti 60% dan ke bawah. Jangan sampai 67% atau 70%. Nanti loan tak lepas.

NDI pula – Net Disposal Income, bermaksud, kalau tolak total net income dengan total komitmen, ada dapat tak RM 800 ke atas? Kalau dapat RM 800 ke atas. Kira cantiklah tu. InsyaAllah boleh lulus loan. Itu pun kalau anda di Kedah. Kalau Penang, NDI ni mesti RM 1000 ke atas.

Itu pun, kalau anda bujang. Kalau dah kawen, anak 3 dan kebawah. NDI mesti atleast RM 1500.

Jelas? Kalau tak jelas, contact saya. wasap ja ya, saya malas nak angkat telefon sebenarnya. Wasap saya, nanti saya akan bantu anda isi.

Wasap 0136619001

SyedShaffizan
FB ShaffizanProperty

0136619001
Property Agent ( IW Properties )


Untuk semak monthly payment pula, anda boleh gunakan kalkulator dibawah.
[rmc]

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties.Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!!Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

Site Footer