Pinjaman Perumahan Kerajaan – Semua Yang Anda Perlu Tahu!!

LPPSA atau singkatan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam adalah badan yang bertanggungjawab memberikan pinjaman rumah untuk penjawat awam.

Bermaksud, penjawat awam ada pilihan sama ada untuk buat pinjaman dengan bank atau pun LPPSA.

Dan dalam artikel ini, saya akan kongsikan segalanya yang berkaitan dengan LPPSA, mengikut kepada pengetahuan dan pengalaman saya menguruskan jual beli rumah untuk client saya yang sudah jugalah.

  1. Definisi LPPSA
  2. Kelebihan LPPSA – Pinjaman Perumahan Kerajaan
  3. Apa beza LPPSA dengan pinjaman Bank
  4. Syarat Kelayakan LPPSA
  5. Cara Kira Kelayakan – Kalkulator
  6. Syarat hutang untuk pekerja kerajaan
  7. Berapa lama proses loan dan selesai kes sampai dapat kunci
  8. Pengalaman saya uruskan pinjaman LPPSA
  9. Panel LPPSA saya
  10. Cara selesaikan pinjaman lppsa – panduan untuk owner (penjual rumah)
  11. Others
  12. QnA

Definisi LPPSA

So LPPSA, adalah satu skim pinjaman perumahan yang dikhaskan hanya untuk penjawat awam yang dapat jawatan tetap sahaja. Kalau kontrak, anda terpaksa tunggu disahkan dahulu, ataupun sementara waktu mungkin terpaksa guna loan bank sahaja.

LPPSA ini juga, sebenarnya tak semua goverment servant dapat. Antaranya yang saya ingat ingat, kalau anda kerja under GLC tak dapat. Polis bantuan pun tak dapat, tapi nak lebih pasti, anda kena call sendiri LPPSA atau rujuk pada cawangan/department masing masing layak atau tidak.

Kalau yang bekerja dengan MARA pun tak dapat juga, rasanya MARA ada jenis loan rumahnya sendiri.

Kelebihan LPPSA

Interest rate LPPSA kekal 4% dan tidak floating macam bank.

Kalau loan bank anda proceed 90%, memang boleh dapat bawah 4%. Atau kalau time Covid ni, memang 100% loan pun boleh dapat bawah 4%.

Makna kata, loan LPPSA lagi mahal sebab kekal 4%, tapi tak selamanya.

Sebab interest rate loan bank ni floating, akan berubah rubah. Cuma tak terlampau tinggi sampai naik 10%. 10% ni biasanya kalau negara sudah maju sangat, macam Singapore atau America.

Sedangkan interest rate untuk LPPSA, kekal 4%

Bank juga, anda akan dikira maximum loan sampai 70 tahun sahaja, sedangkan LPPSA sampai umur 90 tahun. Sebab lepas habis perkhidmatan pun ada duit pencen untuk sambung loan.

Lagi satu, LPPSA loan anda tak perlu bayar charge bank valuer. Bila bank loan lulus, nanti bank akan hantar pihak valuer untuk datang rumah dan buat semakan.

Kos valuer bila loan bank yang tidak ada pada LPPSA ini lebih kurang dalam RM 800 ke RM 1500.

Apa beza LPPSA dengan pinjaman Bank

Yang paling ketara sekali ialah, LPPSA adalah flat rate interestnya, kekal 4% selama lamanya. Sedangkan pinjaman bank bersifat floating. Sebab ia tertakluk kepada OPR bank negara dan juga percentage daripada pakej pihak bank.

LPPSA untuk pinjaman perumahan kerajaan ini juga, boleh dibuat dua kali sepanjang mana mana penjawat awam itu bertugas dan berhak mendapat pinjaman sebanyak 100%.

Sedangkan bank, hanya pinjaman pertama sahaja 100%, kedua 90% dan kalau beli rumah ketiga, kelulusan loan hanyalah 70% sahaja. Untuk pembiayaan 100% itu pun hanya yang layak sahaja, sebab ada juga syarat syaratnya lain yang perlu dipatuhi.

Insurance pinjaman LPPSA juga akan cover penuh, walaupun umur peminjam lebih 40an sekalipun, dan akan dimasukkan ke dalam total loan. Sedangkan insurance kalau dengan pinjaman bank, memang tidak dapat sepenuhnya, bermaksud pembeli mesti topup atau tambah kos insurance dengan duit poket sendiri, dan selebihnya akan dimasukkan kedalam total loan.

Pinjaman LPPSA juga lebih mudah lulus, berbanding dengan Bank, dengan syarat market value tak terlebih sangat dengan harga jualan.

Syarat Kelayakan LPPSA

Tadi saya ada go thru sikit beberapa point syarat LPPSA, saya nak tambah lagi beberapa points sebab terlepas.

  1. pinjaman mesti dibuat sebelum anda bersara
  2. hanya yang sah jawatan sahaja boleh memohon
  3. maximum loan up to 90 tahun ( bank 70 tahun sahaja )
  4. digalakkan untuk kira guna LPPSA Kalkulator

Cara Kira Kelayakan Pinjaman LPPSA

Sepatutnya saya kena sediakan video untuk berkongsi cara kira kelayakan pinjaman LPPSA ni, nantilah saya tunjukkan. Sebab LPPSA tak macam kira untuk bank. Memang sudah disediakan kalkulatornya untuk kita guna dan kirakan kelayakan anda.

Tapi untuk sekarang, malas pula saya nak buat videonya sekarang. Nantilah.

Mudah cerita, loan LPPSA lebih mudah untuk lulus berbanding dengan loan bank. 

Sebab loan pinjaman perumahan kerajaan ni hanya kira komitmen yang di dalam payslip anda sahaja.

Contoh kita buat loan aeon untuk motor, atau direct bank untuk kereta. Selagi dua loan ini tak masuk dalam payslip, kira masih lagi boleh lepas loan.

Yang kedua saya boleh sebut disini, ialah DSR untuk Lppsa lebih besar berbanding dengan bank. DSR ni adalah debt service ratio, maksudnya nisbah total hutang kita dengan total komitmen.

total hutang ( 60% ) : total komitmen ( 100% )

Contoh untuk loan bank, baki pemohon yang gaji RM 5000 ke bawah adalah 60%.

Bermaksud, segala hutang yang ada, termasuk dengan hutang rumah yang akan dimohon mestilah dibawah 60% daripada total komitmen. Kalau lebih loan memang tidak akan lepas.

Tapi kalau LPPSA, tak silap saya DSR nya cecah sampai 80%.

Syarat hutang untuk pekerja kerajaan

Anda tahu cerita ini tidak? Mungkin setiap department atau jabatan berbeza, tapi ada sesetengah goverment servant ni yang tak boleh lebih peratus gaji tinggal dengan hutang itu bawah 60%.

Contoh, macam apa yang berlaku sebelum ni di Kubang Semang, Penang.

Client saya ni dia sudah beli rumah di Kubang Semang, tapi bila check balik payslip, percentage itu dah terlampau besar. Ibarat macam mesti dirujuk kepada pihak yang tertentu untuk naikkan kembali.

Biasanya jabatan yang strick gini adalah yang beruniform, macam Polis, Lembaga, Kastam dll. Macam kes saya yang di Kubang Semang ni pegawai Kastam.

So terpaksalah jual rumah itu, dan alhamdullilah lepas 1 minggu marketing rumah itu pun dah di close dengan harga RM 450K.

So anda yang baru nak apply, kena tahu tahu juga, selepas loan itu lulus nanti berapa pula percentage yang tinggal?

Next…

Berapa Lama Proses Loan

Kalau bank, nak tunggu lulus syarat dalam booking form mesti selesai dalam tempoh 21 hari. Kalau tak lepas, owner berhak untuk cancel jualan, dan jual kepada orang lain.

Tapi kalau loan yang nak submit itu adalah loan LPPSA, saya akan minta kebenaran awal awal dengan owner untuk anjakkan lama sikit. Sebab Lawyer perlukan 1 hingga ke 2 minggu untuk prepare SnP, dan baru boleh submit loan. Submit loan pula perlukan 1 bulan untuk approval.

Tak seperti bank, kita proceed loan dulu, lulus baru prepare SnP. Tapi LPPSA tak, kita kena prepare SnP dahulu, baru submit loan.

Untuk total proses, kalau bank, akan setel atleast dalam tempoh 4 bulan. Bergantung kepada jenis geran dan pegangan juga. Kalau LPPSA, atleast 6 bulan.

LPPSA juga kadang tu boleh drag sampai setahun. Sebab bergantung juga jenis kerjanya apa. Kalau askar memang drag lama sikit.

Baru baru ni, kes saya cikgu rasanya dia tu. Lupa dah saya, kes selesai selepas 8 bulan. Bagi saya 8 bulan cantik sangat dah tu. Nak nak pulak time covid ni.

Pengalaman saya Uruskan LPPSA

Kalau ada pembeli yang nak buat loan LPPSA ni memang tak semua owner setuju untuk jual, sebab ambil masa yang lama untuk setel. Macam saya cakap tadi, atleast 6 bulan. Tapi banyak sahaja kes yang owner masih lagi rasa OK.

Tambah pula, kalau owner punya loan sebelum ini pun memang guna loan LPPSA. Sebab speed setel nanti tetap juga akan ikut which ever side yang guna LPPSA.

Kalau anda buat loan bank, tapi owner sebelum ni guna LPPSA, tetap kira atleast 6 bulan juga.

Untuk pengalaman ni, anda boleh baca artikel bawah ni

Pengalaman Jual Rumah Loan Kerajaan << KLIK KLIK

Panel LPPSA Saya

Saya berpusat di Bertam, Pulau Pinang. Untuk covering area memang Kedah, Penang dan juga utara Perak.

Untuk Panel LPPSA yang akan submit loan anda saya ada dua agency yang boleh buat. Salah satu agency LPPSA ni memang saya dah guna sejak 2019 lagi. Kiranya, memang dah kenal kakak LPPSA tu sangat sangat dah.

Selain daripada 2 panel LPPSA, saya juga 4 lawyer panel yang boleh uruskan kes LPPSA juga. Bunyi sahaja banyak, tapi sebenarnya saya hanya beberapa panel lawyer sahaja, sebab panel lawyer dan panel LPPSA saya sekarang memang mobile.

Bermaksud, mereka boleh berjumpa dan datang ke tempat anda. Tapi kalau anda dekat, dan boleh datang ke office lagi bagus.

Cara Selesaikan Pinjaman LPPSA

Ini untuk pihak owner. Kalau anda ada loan Lppsa sebelum ni, dan nak jual rumah. Ia bukan satu masalah besar pun, sama sahaja proses macam bank juga. Cuma masa proses itu dianjakkan sikit.

Kenapa lebih lama berbanding dengan bank? Soalan ni kena tanya perdana menteri sendiri.

Untuk kes saya yang sudah, anda sebagai owner memang datang sign ja. Penolakan loan lama dalam LPPSA itu lawyer yang akan uruskan.

Anda cuma perlu tunggu payslip hutang dah tak ada ja.

QnA

Bahagian bawah ini pula, saya nak tulis mana yang persoalan yang hanya perlukan penerangan ringkas.

Alhamdullilah, itu sahaja. Ada apa apa soalan tak? Boleh tinggalkan komen dibawah.

Q1 – X Tau Nak guna Loan LPPSA atau Bank!

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Amin
Amin
3 years ago

Assalamualaikum..Saya Amin..pesara kerajaan..soalan saya berapa lama kita membayar interest pinjaman LPPSA,maksudnya tahun ke berapa ansuran bulanan yang kita bayar benar2 bayar rumah secara bersih yakni tanpa interest.Semoga dapat jawapan..Terimaksih.

Rabaah
Rabaah
1 month ago

Assalamualaikum Tuan. Apa pendapat tuan jika saya settle loan rumah dgn lppsa rm23k dan proceed beli tanah pertanian 200k. Umur 53 th. Akan bersara Umur 60thn.