Pengalaman Jual Rumah Loan Kerajaan

Dalam pengalaman saya jual rumah ni, memang tak boleh lari dengan kes yang libatkan buyer yang gunakan loan lppsa.

Ikutkan pengalaman saya, LPPSA ni at least akan ambil masa 6 bulan. Tak kesah lah, kalau buyer yang apply guna lppsa. Atau previously owner yang buat loan rumah yang nak dijual tu guna LPPSA. Sama, 6 bulan juga proses nya. Saya ada juga dengar cerita, kes mungkin akan jadi lebih awal selesai, kalau owner sendiri yang uruskan.

Tapi dengar dengar cerita sahaja lah, kesahihan nya betul betul saya belum pernah nampak lagi.

Agent Tak Nak Proceed Kalau Guna Loan LPPSA/GOV?

Betul, saya ada pernah dengar buyer saya yang mengadu hal ni. Kadang bukan agent yang tak nak, owner pun tak nak juga, sebab malas nak tunggu. Saya pun ada 1 kes baru baru ni, buyer proceed guna loan gov. loan dah lulus pun, tapi dia cancel dengan buyer saya, tapi proceed dengan buyer guna bank.

Kenapa tak nak? sebab kes lama tadi lah. Itu baru kes yang kerjaya macam cikgu yang buat goverment loan LPPSA, kalau tentera, saya dengar cerita mungkin akan jadi lebih lama.

saya sendiri? insyaAllah OK je. tambah lagi kalau boleh sediakan booking awal. InsyaAllah saya ambil, nak cari qualified buyer kadang tu bukan mudah juga.

Saya percaya agent yang lain pun punyai pendirian yang sama, iaitu, asalkan ada closing. So, kalau lambat lambat sikit, remeh temeh sikit tu, contoh macam ptptn problem ke. Selagi buyer dan owner tak tambah pening kepala, insyaAllah kita proceed.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments