Beli rumah baru atau second hand

Soalan ni macam mudah nak jawab. Pilih sahaja rumah baru, kita pun puas hati kan. Rumah dari awai atas nama kita.

Tapi, ternyata, ada juga vice versa nya.

Sepanjang pengalaman saya yang duk jual rumah ni. Berikut adalah antara yang saya boleh bezakan, antara beli rumah baru atau pun subsale, atau pun kata lain nya, rumah second hand.

Rumah baru – sememang ia nya baru, sebab kan baru, jadi anda kena sediakan semuanya guna duit poket sendiri. Lampu, kipas, wiring, air con, auto gate system ke apa. Tapi mungkin tak berat sangat lah kan, bawah 5k sahaja.

Sedangkan rumah 2ndsemua da siap, dah ada. Silap silap, air con pun 2 3 biji. Dah renovate pun, tarik sana, tarik sini. Normal yang 3 bilik, dah jadi 4 bilik. Dah la 3 bilik zaman sekarang ni dah macam tak relevan dah pun.

Rumah baru – kos booking hanya RM 1000 sahaja. Ada yang RM 500. Paling tinggi, RM 5500 yang saya pernah handle. Tapi perumahan standard, biasa RM 1000.

Sedangkan rumah 2nd – kadang tu, kena sediakan 10%, atau pun at least 3.18%.

Rumah barulawyer FEE, macam FREE. Walaupun sebenarnya tak FREE pun. Sebab developer, confirm dah mark up dalam total harga.

Sedangkan rumah 2nd – memang buyer kena keluarkan sendiri. 3.5% kebiasaannya.

Rumah 2nd – kalau rajin, anda boleh testing duk menyewa dulu, atau ambil ambil tahu environment kejiranan tu macam mana.

Rumah baru – memang kena berserah lah macam mana perangai jiran anda tadi.

Tapi, apa apa pun semuanya takdir lah kan.

Gitu lah, masing masing ada positif nya. Pendek kata, ambil je lah apa yang ada rezeki depan mata. Kadang orang kita, duk fikir, insyaAllah akan dapat rezeki yang lebih baik lagi nanti, tapi ternyata rezeki yang depan mata buat tak nampak pulak kan.

Atau pun, kalau nak cari yang rumah 2nd, jangan la duk rumah perumahan yang dah lebih 20 tahun ni. Sebab masa tu, jalan raya semua dah nampak tak kemas. lusuh. 5 or 10 tahun gitu kira OK lagi.

Sekian, sekadar pendapat.

Keluar masuk ikut mana pun, realitinya mesti ada duit dan jaga kewangan keluarga masing masing untuk merasa rumah yang puas hati..

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer