Kenapa Hire Agent Hartanah? shaffizanproperty.my

Post ni agak panjang ni, nak bela diri punya pasal.

The Situation

Cerita nya sekarang, anda belum pernah kena tipu kan?. Jual rumah pun seumur sekali, jadi mesti tak expect akan berlaku benda buruk. Padahal sepatutnya, sebab kan seumur sehidup sekali ni lah kena buat hati hati.

Bila dah kena tipu yang sampai ratus ratus ribu, masa tu baru terduduk. Dan tolong hubungi saya semula, sebab saya nak buat testimoni.

Bayangkan, dalam tempoh 1 tahun saya buat property ni, rasanya ada 2 kes berlaku. Salah satu nya baru sahaja dalam 2 bulan lepas. Atau 3 bulan lepas. So dalam sekeliling kita, kes penipuan hartanah ni sentiasa berlaku, cuma kena tak kena pada batang hidung sendiri sahaja.

Agak agak kes lawyer tipu ni, kat mana boleh berlaku?

Kalau tanya lawyer sendiri, mungkin lagi banyak la lubang yang diorang tahu. Tapi saya sebagai agent, yang saya perasan adalah masa duit dari bank yang masuk ke akaun lawyer tu.

Contoh

anda sebagai owner, nak jual rumah harga RM 500 000

dan jumlah loan lama yang masih ada katakan dalam RM 100 000.

harga nak jual = RM 500k

loan principal ( hutang lama ) = RM 100k

Ceritanya, bila ada buyer yang approve loan 500 000 untuk beli rumah anda. Apa yang berlaku pada RM500k ni ialah, mula mula sekali bank akan tolak dengan jumlah loan lama, iaitu RM 100k tadi.

so RM 500k – RM 100k = RM 400 000

Dan 400 000 ni lah yang bank akan masukkan ke akaun lawyer. Dan lawyer pun, apa lagi nak tunggu kan.

Yang anda kena tipu ni, tertunggu tunggu lah, dalam proses dalam proses. Padahal kawan sorang tu tengah melancong.

So itu sebab guna agent macam saya, atau pun agent hartanah berdaftar yang lain. Hanya berani menggunakan lawyer panel. Sebab memang dah proven tak akan songlap duit. Kes kat lawyer panel kami pun masuk 5 kes sehari. Rasa tak la kot dia nak menipu untuk sustain lebih lama kan.

Senang cerita, bila dah nama nya lawyer panel, mesti ada sebab kukuh kenapa agency ambil kan?

Kelebihan kalau hire agent macam saya!

Dah baca proses jual beli rumah ni?

Bila saya terangkan depan depan, bunyi macam panjang, bunyi macam bnyak benda nak kena buat. Tapi hakikatnya, anda tolong dtg sign sahaja. Itu pun, kalau jauh, lawyer akan datang dekat. Jumpa kat oldtown contohnya.

Property agent macam saya, atau pun kami semua ni ( lebih adil ), sudah terlatih, dan sudah biasa dengan aktiviti jual beli rumah. Loan masuk pun insyaAllah failure untuk tak lepas tu macam terlampau sikit. Sebab dah tahu sangat, mana satu yang tak lepas, mana satu yang boleh dibantu lagi.

Ada Jaminan!

Ya, setiap transaksi atau deal yang kami buat ada jaminan. Setiap owner dan buyer memang perlu sign satu form, yang nampak nya macam leceh. Tapi sebenarnya ia akan bantu melicinkan proses jual beli.

Dan andai kata tiba tiba ada masalah di masa hadapan, form ini lah yang akan bantu kita balik.

Seperti contoh, katakan anda beli rumah, step pertama mesti booking. Booking dapat balik tak kalau loan x berjaya? Kalau setengah broker, insyaAllah tak dapat.

Kami agent, memang sudah jadi satu rule untuk pulangkan semula booking, kalau sebab nya boleh diterima.

Kalau owner tiba tiba cancel, anda sebagai buyer nak jadi apa? X dapat rumah? Memang la tak dapat, tapi anda akan dapat denda yang dikenakan pada owner yang suka suka sahaja nak cancel tadi.

Semua itu hanya kami dapat cover dan bantu kalau anda dengar apa agent macam saya cakap. So jangan takut takut nak sign.

Kami Lebih Tahu, InsyaAllah la noh

Saya pernah ada sekali tu, kawan lah ni. Tanya saya, Syed, hang tengok rumah ni, kat pahang, aku berminat lah nak beli. Sebab elok katanya, dan dia ada lah bagitahu saya satu harga.

Saya pun terkejut lah sebab macam murah pulak rasa.

Dan bila saya tengok, rupanya leasehold.

So padan lah dengan harga pun.

Saya bukan lah nak cakap, beli leasehold tu rugi. Tapi sebagai Buyer, anda berhak untuk tahu jenis jenis property yang anda beli dengan cepat. Kalau ada masalah, ada tempat nak tanya, ada tempat nak rujuk. Kalau semua nak kena call pejabat tanah, semua nak kena tanya lawyer, semua nak kena tanya banker, banker pula setiap jenis bank tu lain. CIMB lain, Maybank punya syarat syarat kelulusan lain, Hong Leong Bank lain.

Kenapa perlu susah kan diri tanya satu satu dekat semua tempat ni, kalau saya dah ada depan mata kan?

Syed Shaffizan, saya agent hartanah base di Kedah, covering Kedah dan Penang sahaja. Tapi kalau anda jauh, bolehlah kalau nak tanya apa apa.Wasap Shaffizan

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer