Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan ( LPPSA Loan )

Baik sebelum ni, saya ada kongsikan cara kira kelayakan pinjaman rumah untuk pekerja swasta. Sekarang saya nak kongsikan LPPSA pula.

Kira nya home skim khas untuk government employee.

Tapi, sebelum tu..

Apa beza atau kelebihan LPPSA dengan loan bank?

  • Kalau bank loan, komitmen yang dia akan kira adalah yg total. Kira semua komitmen bank akan kira. Banding dengan LPPSA, komitmen hanya dikira apa yang ada dalam payslip sahaja. Andai kata ada loan kereta, tapi penolakan bulan bulan tu tak ada dalam payslip. LPPSA tak akan kira komitmen kereta.
  • Kalau bank loan, saya ada bagi tahu yang NDI mesti at least dalam RM 800 to RM 1000 kan. Tapi kalau LPPPSA, kalau tak silap saya hanya perlu tinggal 20% gaji sahaja daripada total income. ( so ibarat lagi mudah nak capai dari bank lah )
  • LPPSA confirm boleh dapat housing loan 100%, sebanyak 2x, dengan syarat 1st loan mesti sudah setel.
  • Interest rate LPPSA kekal di paras 4%, banding dengan bank, yang lebih kurang dalam 4.7% to 5.2% kalau 100%. Depends pada bank, kalau boleh bayar 10%, baru interest rate akan turun kepada 4.2% gitu.

Dan macam macam lagi, saya tulis apa yang ada kepala saya sekarang ni, mungkin ada lagi lain kalau lagi lama saya termenung.

Tapi, adalah LPPSA ni totally bagus? Tak juga.

Sebab LPPSA ni lambat nak proses. Kalau bank loan, tak sampai seminggu dah tau loan lulus ke tak. Kalau LPPSA, nak tahu lulus ke tak, confirm sebulan paling kurang. Lagi nak sign sign pengarah apa semua.

LPPSA juga, kalau kita nak apply RM 400 000 contoh, belum tentu tau loan yang akan dapat nanti ialah 400k. ini yang paling bahaya. Sebab memang LPPSA akan turun kan sikit, tapi kalau bank. InsyaALlah akan dapat exact.

Total pengurusan penukaran hak milik rumah pun berbeza. Kalau LPPSA ambil masa sekurang kurang nya 6 bulan, kalau bank pula dalam 4 bulan.

Cara Kira LPPSA Loan

LPPSA tak macam bank, kita kena kira sendiri guna rumus DSR kan. Kalau LPPSA ni ia memang ada kalkulator khas.

insyaAllah dalam masa akan datang saya akan tunjukkan cara pengiraan nya dalam video.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments