Cara Beli Rumah – The Definitive Guide

Saya jadi agent sejak 2018. Hujung 2018. Dan sekarang sudah hampir hujung 2021 masa saya tulis ni, tapi saya sendiri belum ada rumah. haha

Duk uruskan rumah orang sahaja.

Banyak orang kata, beli rumah cepat, nanti harga naik. Betul juga, kalau kewangan kita mampu. Tapi kalau kita tak mampu, tak akan nak beli juga.

So bagi saya, yang terbaik adalah kita beli pada kadar yang kita mampu, pada waktu yang sesuai dan pada lokasi yang betul. ( 3 P )

p1 – Pada Kadar Yang Kita Mampu

Kelayakan mungkin boleh beli mahal lagi, mungkin installment yang anda boleh bayar sekarang RM 1800. Tapi tak semestinya kena 1800 juga, saya sendiri lebih selesa spend dalam RM 1000 sahaja untuk bayar installment rumah.

p2 – Pada Waktu Yang Sesuai

Sekarang kita mampu, tapi macam payah pula. Sebab ada komitmen lain, dan rasa macam nak clear loan lain dulu. Pun boleh juga, tak ada istilah cepat atau lambat.

Tapi kalau anda mampu cepat, lagi bagus. Lagi kalau kita tengok harga rumah itu memang cantik, murah, tapi tak seiring pula dengan komitmen kita sekarang, tak boleh ambil juga.

p3 – Pada Lokasi Yang Betul

Harga rumah memang lokasilah yang paling ambil perasan. Kalau rasa satu satu tempat itu memang bukan harga RM 200K, janganlah anda cari.

Tak akan jumpa

Contoh macam yang berlaku pada saya di Bertam, ada juga yang mencari rumah harga RM 200K, memang tak dapat. So saya memang akan rekemen unit di luar sikit, seperti contoh Sungai Petani, Penaga dan lain lain.

Lokasi ni, kalau anda sembang dengan saya sebagai agent, insyaAllah saya boleh tolong bagi tahu location yang sesuai dengan bajet anda.

Ataupun, kalau anda masih lagi tak pasti nak beli atau tidak, mungkin belajar dahulu cara kira kelayakan dan installment yang anda boleh bayar.

Cara Kira Kelayakan

Untuk tahu cara kira kelayakan dan estimate berapa harga installment untuk satu satu rumah anda boleh rujuk artikel dibawah.

Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan ( Bank Loan )

Ataupun kalau malas boleh contact saya untuk saya kirakan sendiri untuk anda.

Dan lepas itu, bolehlah termenung dan buat kira kira, adakah aku mampu survive dengan komitmen sekian sekian ini. begitu!

Katakan anda tak mampu, boleh terus masuk kerja macam biasa dan buat OT macam biasa. Tapi kalau memang ada hasrat nak tahu atau mungkin nak prepare masa mendatang apa maklumat yang anda perlu tahu, boleh teruskan membaca.

So awal tadi, kita dah decide guna 3 P, kita pun dah semak kelayakan.

Next step, kalau memang nak beli rumah, saya cadangkan pula untuk tahu proses jual beli rumah itu bagaimana.

Proses Flow Jual Beli Rumah

Saya yang bekerja sebagai agent hartanah, atau pihak tengah yang akan membantu anda yang menjual, dan pembeli. Kalau di bahagikan secara mudah untuk step by step prosesnya ada sepeluh semuanya.

1. Lantikan Agent Hartanah
2. Semak Market Value
3. Promotion
4. Viewing dan Booking
5. Loan Submission
6. Loan Lulus / Refund booking kalau x lulus
7. SnP Signing
8. Stamping
9. Lawyer Side
10.Dapat kunci

Untuk saya, memang saya kena go thru proses ini dari awal sampai akhir. Sebenarnya ada lagi proses dimana saya akan buat semakan owner yang lantik saya untuk jual rumah itu betul ke tidak. Ada caveat ke tidak, geran ada apa jenis sekatan.

Tapi saya tak masukkan untuk anda yang sebagai penjual dan pembeli lebih mudah nak faham.

Untuk penjual, kita memang terlibat daripada 1 hingga step 10.

Untuk pembeli, anda akan terlibat daripada 4 sampai step 10.

Untuk penerangan lebih detail, boleh baca artikel ini, saya memang kongsikan hampir semua perkara yang berlaku setiap step by step itu.

Panduan Lengkap Proses Jual Beli Rumah

Seterusnya, anda kena tahu macam mana nak tengok rumah

Cara Nak Viewing Rumah

So kalau tengok pada step proses 10 kita di atas tadi, saya akan bawa anda tengok rumah. Anda tau tak nak tengok rumah ni macam mana?

Macam kita beli ikan, macam macam faktor yang kita tengok, warna mata, bau, harga, jenis ikan, kesegaran dia, dengan siapa kita beli, jujur ke tidak dia, tau ke dia pasal ikan ni, atau dia jual ikan busuk pada harga yang mahal ke.

Serupa juga dengan beli rumah, anda kena ada ilmu sikit.

Saya sendiri pun tak suka, anda datang dengan tengok macam tak bersungguh sungguh, lepas tu balik. Sebab confirm tak beli, dan confirm kacau masa owner.

Rumah itu bukan muzium, so kita kena hormat masa owner, dan masa pembeli. Masa saya tak apa, masa saya tak penting, jadual saya ja penting.

Berikut adalah antara point yang penting bila tengok rumah

  1. pastikan lot bumi atau non bumi
  2. pastikan faham apa itu term term biasa berkaitan dengan rumah, contoh macam leasehold, caveat,
  3. pastikan tahu kejiranan anda
  4. pastikan tahu apa yang dpt free gift untuk kita jimat masuk rumah nanti.
  5. pastikan tahu apa kerosakan atau penambahbaikan yang perlu untuk kita plan bajet masuk rumah nanti
  6. perabot apa yang kita nak beli untuk fitkan area sekian sekian.
  7. tekanan air laju tak.
  8. ada kes kecurian tak
  9. ada bocor ? crack?
  10. dan lain lain, untuk lain lain ni, anda baca di sini, cara viewing rumah

Banyak jugakan nak tahu.

Ya memang banyak sebab anda baca sendiri, tapi nanti saya akan ceritakan masa kita jumpa.

Ada cuma decide 3 P awal sahaja.

  • cara kira kelayakan saya boleh tolong kira
  • proses jual beli rumah, saya akan terangkan masa step viewing
  • cara nak tengok rumah anda kena share share dengan saya, mana yang penting untuk anda bagi tahu atau tanya saya.

Saya ada dua lagi point untuk anda tahu. Hak anda sebagai pembeli dan terakhir sesi qna.

Hak Anda Sebagai Pembeli

So duit deposit atau booking yang saya minta di step 4, selepas anda viewing dan setuju. Atau nak balik dulu ka, nak fikir dulu ka macam mana, dan baru nak bayaq adalah milik anda lagi selagi tak sign SnP.

Maksudnya, kami sebagai agency pegang sahaja dahulu.

Kat sini, banyak owner bising sebab kenapa tak masuk dekat bank akaun dia terus. Yang sebenarnya memang tak boleh pun.

Dikira salah, dan masa isi booking form, memang ada term lawyer yang PERLU ada dalam form booking itu. Hanya agency sahaja boleh terima duit deposit, bukan lawyer, bukan agent, bukan owner.

Sebab duit ni bukan milik setiap bahagian itu, masih lagi milik pembeli, cuma kita pegang sahaja, istilahnya stakehold, pemegang amanah.

Kalau loan dah lulus, dan dan sign SnP, baru jadi milik Owner, dan baru kami agency akan transfer ke owner kalau perlu. Kalau loan tak lulus, anda sebagai PEMBELI BERHAK UNTUK DAPAT DUIT ITU 100%.

Yang ni banyak berlaku, kesian. Ada kes di KL, cikgu muda ni sampai nangis nangis sebak call saya bagi tahu dia kumpul 3.18% tu memang untuk beli rumah, sekali kena kencing.

kalau anda booking 1000 sahaja dulu pun, itu masih lagi hak anda sebagai pembeli.

Tapi kalau loan lulus, anda pula tiba tiba nak cancel, akan ada portion untuk penjual dan charge agency. Kira kemungkinan besar tak dapat. Tapi kalau sebab kena buang kerja, saya sendiri pun tak sampai hati.

Saya pun tak suka, kesenangan saya, kesusahan pula pada orang lain, apalah jadi dengan rezeki saya nanti. Nak bagi anak bini makan tu, bukan nak bagi kat kambing.

dan terakhir, saya pun dah lenguh menaip. sesi QnA

QnA

anda boleh tanya saya apa sahaja, antara soalan yang paling popular, apa kos lain yang terlibat, berapa kos lawyer, bila 1st installment, semua ni akan saya jawab nanti.

InsyaAllah

Assalamualaikum

Kalau ada rumah nak beli atau nak jual di Kedah atau Penang, boleh wasap saya kalau berminat.

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Sharul
Sharul
2 years ago

Assalam bang, macam saya dah sign letter offer dengan bank, SnP belum lagi, lepas sign LO tu baru tahu yang rumah tu banyak gangguan, so nak cancel. Apa perlu saya buat? Jumpa agent atau bank?

Site Footer