3 Cara Paling Mudah Nak Bayar LAWYER FEE

Saya faham, lawyer fee ni memang bukan murah. ( contoh pengiraan sebenar )

Setiap kali saya berurusan dengan pembeli rumah, bila saya cakap tang harga lawyer fee rumah, memang ramai pun x expect dan tak boleh terima dengan harga lawyer fee saya quote.

Rasanya, kalau dalam 10 orang, dalam 3 4 orang je yang tak “merungut” dengan harga.

Mungkin tak sesuai kalau saya guna perkataan “merungut” tu. Mungkin yang lebih sesuai adalah ‘salah faham’.

Salah faham sebab kita tak biasa dengar, atau salah faham sebab kalau beli rumah undercon ni FREE.

Tambah lagi bila kalau agent tu cakap

“lawyer fee adalah 4% daripada harga rumah”

Ayat ni sebenarnya tak ada masalah pun, memang betul. Memang dalam 3.5% hingga 4%. Ini yang saya biasa gunakan kalau pembeli macam anda tanya. Cuma, takut takut ada yang salah faham kalau semua 3.5% ni masuk bulat bulat kat poket lawyer.

Itu yang salah.

Kos lawyer, yang uruskan segala, yang memang ada bangunan yang nak disewa, staff yang nak dibayar gaji hanya lebih kurang 1/3 sahaja daripada total 3.5% tadi. Selebihnya, semua bayar kepada government untuk tax yang perlu.

Dan lagi satu, bila saya cakap anggaran lawyer fee ialah 4%, yang actualnya akan kurang lagi daripada 4% adalah jumlah keseluruhan kos lawyer fee.

Bila beli rumah, ada dua jenis lawyer fee:

  1. spa fee – ini memang kena ada sebab lawyer nak sediakan document semua. kos ini juga fix, memang dah ditetapkan oleh pihak board, iaitu 1% daripada harga rumah.( pembeli bayar )
  2. loan legal fee – kos ini terjadi, sebab kita buat loan. so loan legal fee ini adalah untuk bank yang anda buat loan tu. ( pembeli bayar )
  3. owner documentation – ini owner bayar, dalam 1500. bergantung kepada isi kandungan geran.

so, 4% yang dimaksudkan ialah termasuk spa fee dan loan legal fee. Memang kita terpaksa kena charge loan legal fee sebab kita buat loan. Itu sebab kalau kes saya yang customer bayar cash, memang depa perlu bayar spa fee sahaja.

Sebab tak buat loan.

Tapi tak apa lah, saya nak bagi tahu tentang cara paling mudah nak bayar lawyer FEE.

*update – anggaran 4% bila beli rumah untuk lawyer fee adalah untuk kes rumah pertama sahaja ya. kalau rumah kedua, 4% kena tambah pula dengan stamp duty. ( 4% + calculator stamp duty )

Cara Pertama

Guna duit EPF ler, apa lagi.

Kalau nak lebih detail tentang proses jual beli rumah, anda boleh rujuk artikel ni. Panduan Jual Beli Rumah

Kalau anda lihat balik di step by step proses jual beli rumah ni, anda akan keluarkan duit kwsp di Step 8

Ok, selesai cara pertama.

Cara Kedua

Ialah dengan ‘MARKUP LOAN’.

Dengan syarat, owner mesti jual rumah di bawah MARKET VALUE. ( boleh rujuk artikel ini untuk apa yang saya maksudkan dengan market value, owner value, dan market demand valuer )

Kiranya, value rumah itu ialah RM 180k, dan owner jual RM 170k. 10 ribu extra dalam loan tu kita boleh gunakan untuk lawyer FEE. Kalau EPF pun ada, lagi pula buat mark up ni, lagi CUN. Cuma cara kedua ni, option terbaik untuk government staff yang tak ada EPF.

Selesai.. Tapi cara ini sebenarnya bukanlah perkara yang baik, dan sebenarnya memang ada banker yang ban atau batalkan loan lulus terus. So jangan share apa yang saya cakap ni kat orang lain. diam diam sudah.

Cara Ke Tiga

Cara ketiga ni, antara yang paling pedas la. Tapi saya nak kata juga.

Kalau dah tahu nak beli rumah, tolong la buat persediaan awal.

Rumah, bukan macam beli goreng pisang. Beli sekarang, makan sekarang, lagi 3 4 jam pergi buang.

Rumah ambil masa yang lama, dan libatkan duit yang banyak.

Anda mesti prepare.

Mesti bersedia.

Maaf cakap, kalau dah tahu hidup tu berkeluarga, tolong la atleast ada 10k or even 5k sekalipun dalam bank tu. Nanti jadi apa apa macam mana..

Pedas kan. So cara ketiga, guna simpanan.

Sentiasa amalkan 35 / 65 bila bahagikan duit gaji tu. 35% peratus adalah komitmen, lagi 65% untuk simpanan atau belanja. Supaya kewangan kita sentiasa sihat.

anda sudah baca about me page saya? mungkin elok baca supaya lebih kenal siapa lah saya ni.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments