Cara Saya Jual Rumah ( cara saya follow up )

Erm, macam biasa. Yang paling penting adalah untuk saya check kelayakan dahulu. Kalau ok, menepati syarat2x nya. Baru kita sembang untuk tengok rumah.

Atau pun, saya kongsikan pula step by step cara nak beli rumah nya, bila sudah jelas. Baru kita akan tengok rumah.

Saya tahu ada yang tak selesa untuk bagi saya payslip kan. Ye la, kita baru kenal berapa saat, dah saya minta payslip pula. tapi itu, saya memang perlukan payslip untuk dapatkan exact berapa net gaji anda.

Kalau saya hanya sekadar harapkan daripada apa yang anda bagi tahu, takut saya tersalah kira pula.

Contoh, kalau saya tanya berapa net salary, mesti ada yang akan jawab RM 1800 contoh nya. Dan bila saya dapat kan payslip, rupanya RM 1709. Atau pun, betul RM 1800, tapi 2 bulan yang lepas. Yang lain RM 1500.

Kiranya, setiap bulan tu berbeza. Ini yang buat masalah, takut takut saya tersalah kira.

Kalau kes gaji yang tak sama ni, mungkin disebabkan OT. Saya memang perlukan payslip 6 bulan, untuk betul betul faham pattern bulanan income anda berapa.

Cara Saya Follow Up

Ini yang paling penting sebenarnya, dalam mana mana business pun. Kalau tak silap, ikutkan kajian pun, sales tu akan lagi mudah dan banyak daripada follow up. Berbanding dengan 1st time customer.

Kenapa? Sebab kita kan tak kenal. So macam biasa, ia perlukan masa untuk ada positif bonding tu. Saya pun perlukan masa untuk yakin kan anda yang saya ni baik baik sahaja kan.

Jadi, jangan lah tension sangat bila saya follow up. Saya bukan paksa beli, saya cuma nak rekemen sahaja.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments