Market Value Vs Owner Value Vs Market Demand

Artikel ni saya tujukan khas kepada Owner di luar sana yang nak jual rumah. Terumatanya nak saya urus kan. Saya percaya, kebanyakan owner rumah tahu apa itu market value.

Market Value adalah jumlah yang ditentukan oleh pihak valuer atas sesuatu property.

Antara faktor faktor nya mungkin seperti:

  1. lokasi
  2. renovation yang dibuat
  3. ada kitchen cabinet ke tak
  4. build up rumah
  5. luas tanah atau land size yang dirujuk pada geran
  6. previous transaction, atau rekod jualan sebelum ini.

dan sebagai nya.

So valuer yang tentukan. Valuer ni kalau anda nak tahu, dia bukan nya main suka suka letak satu harga. Kalau tak silap, untuk sekian sekian masa, valuer ini dipertanggungjawab kan untuk MENJAWAB andai kata ada pihak yang pertikai harga dia.

Kiranya valuer pun perlu bertanggungjawab dengan harga yang dia letak. Diorang memang ada satu badan yang monitor. Bukan main ikut suka sahaja.

Sebab Buyer dan Owner, jumlah market value ini lah maximum loan yang boleh dimohon di bank.

Itu sebab, sangat penting, untuk Owner punya harga, jangan lebih daripada Market Value. Supaya Buyer boleh lepas loan dengan mudah. Lagi bagi kalau kurang kan 10k atau 5k untuk buyer tampung kos lawyer fee dalam loan. Ini pun terbaik juga, so ia sangat memudahkan kerja saya yang agent ni, dan buyer. Sebab tak semua buyer ada cash banyak untuk bayar itu semua.

Tapi apa pula Market Demand?

Masa mula mula jual rumah start daripada September 2018 dulu, saya pun tak perasan lagi. Tapi bila sudah lama lama jual rumah ni. Saya perasan, akan buyer yang tak akan belanja atau beli rumah lebih daripada kebiasaann nya untuk setengah setengah kawasan.

Maksud saya, katakan kiri kanan depan belakang rumah jiran terjual dengan harga RM 200k, tapi tiba tiba anda letak harga RM 230k. Memang susah nak jual. Sebab kebiasaannya harga di jual untuk satu satu kawasan tu ialah RM 200k

Itu maksud saya dengan Market Demand. Jumlah yang dah biasa dijual untuk sesuatu kawasan.

Macam sewa lah, bila dah biasa rumah sewa RM 500, tiba tiba ada sewa RM 800. Agak agak kita nak juga tak rumah tu?

Mesti tak kan..

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments