Kos Guaman Beli Rumah Pertama [ second hand dan baru ]

Salam, saya ada cover topik kos guaman untuk beli rumah pertama di artikel sudah.

Kalau anda rujuk disitu, atau pun proses jual beli rumah ni InsyaAllah akan faham juga pasal kos guaman beli rumah ni, sebab saya memang kongsikan detail juga disana.

Walaubagaimanapun, saya boleh juga kongsikan semula dalam artikel ni, tapi kita buat versi yang lebih ringkas, kalau anda ada masa boleh baca lebih detail untuk perengan di artikel proses jual beli rumah itu ya.

Saya juga akan kongsikan kos yang terlibat untuk beli rumah subsale atau rumah second hand dan rumah baru juga. Dan akhir nanti kita akan buat table sikit untuk perbezaan.

Kos guaman beli rumah second hand

Macam biasa, mudah saya nak kongsikan kalau kita rujuk proses jual beli rumah dibawah, supaya anda tahu bila deal dengan agent itu step mana yang berkenaan.

So, untuk pembeli, kos yang pertama ialah di step booking 3.18% biasanya, di step 4.

Contoh, katakan rumah itu harga RM 200K, maka 3.18% bookingnya ialah RM 6360

Lepas loan proceed, baru akan sign SnP ( step 7 ). Katakan loan tak lulus, agent yang anda deal itu wajib pulangkan RM 6360 di atas.

Memang wajib ya, mesti kena pulangkan. Ini adalah untuk kebajikan pembeli yang dijaga agent juga.

Kita tak macam orang booking kereta, saya pernah booking kereta RM 500, tapi sebabkan loan tak lepas, dan lepas dia cuba beberapa kali di tempat lain, dia burn duit booking saya RM 500.

Itu sebab kalau beli rumah jangan deal direct terus dengan owner, atau pun deal dengan broker kampung.

Mesti pilih macam saya, supaya hak anda sebagai pembeli terjaga.

Dan katakan dah tiba masanya anda sign SnP. Ada lagi kos lain yang menyusul.

Iaitu:

  1. 6.82% – Anda kena bayar lagi 6.82% daripada harga rumah. So kalau tambah dengan booking awal awal tadi, cukuplah 10%. [ 3.18 + 6.82 ]
  2. lawyer fee – saya akan terangkan dibawah
  3. bank valuer – ni kos untuk bayar bank yang buat valuation report rumah yang anda nak beli, setiap kali submit loan memang perlu buat report ni. Kosnya dalam RM 800 lebih kurang. Bank valuer ini juga anda tak perlu bayar kalau proceed pinjaman perumahan kerajaan.

10% yang anda bagi, kalau buat loan 100%, akan dipulangkan balik masa dapat kunci.

Atau, kalau deposit itu tak cukup 10%, biasanya memang boleh nego lagi sampai jadi. Sebab yang paling penting, ialah loan lulus dan rumah ada pembeli.

Untuk kos guaman, mudah cerita, anda darabkan sahaja dengan 3%. Sebabnya kos ni berlegar dalam 2.5% hingga ke 3.5% daripada harga rumah. Untuk kes rumah pertama sahaja ya, kalau rumah kedua akan ada penambahan stamp duty.

Kebiasaanya, saya memang cakap terus dengan pembeli saya, kos guaman untuk rumah pertama ialah 4%. Nanti actual kos guaman itu akan jadi dalam bawah sikit daripada 4% yang saya katakan tadi.

Berkenaan dengan stamp duty..

Sebenarnya kos stamp duty rumah pertama pun ada, tapi kerajaan bagi kelonggaran untuk tidak perlu bayar.

Itu sebab average kos lebih kurang dalam 2.5 hingga ke 3.5 percent.

Kos lawyer yang kita duk bagi anggaran dalam 3% ini pun sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu

  • kos spa yang lawyer sediakan
  • dan kos legal loan yang anda buat masa submit loan.

Andai kata, anda beli rumah, tapi bayar cash sahaja, so anggap sahaja kos legal fee loan itu tak perlu dibayar. Biasanya dalam separuh atau 1.5% akan kurang kalau beli rumah cash, tanpa buat sebarang pinjaman rumah.

Jelas? kalau tak faham lagi tak mengapa, saya sediakan table dibawah.

Sebelum tu kita tengok kos guaman beli rumah dari pemaju pula.

Kos Guaman Beli Rumah dengan Pemaju

jawapan ZERO.

Kebiasaannya kalau beli rumah baru atau dengan pemaju ini akan bayar booking RM 1000 sahaja. RM 2000 itu pun jarang, kecuali kalau projek high end di Penang, atau di Langkawi.

Kalau projek bawah 400k jarang minta sampai lebih 2000.

Ada juga projek yang saya handle minta RM 100 sahaja di Perak atau di Kedah.

Dan duit booking ini pun akan dikembalikan juga bila kes selesai nanti.

Dan tak pelek pun kalau ada developer yang langsung tak minta apa apa bayaran booking pun, asalkan loan boleh lulus.

Persoalannya

Tapi, bagaimana semua boleh percuma sedangkan subsale kena bayar?

Jawapannya, kita sendiri pun boleh agak, tak mungkin kos guaman free bila beli rumah dengan pemaju. Pasti ada yang terselit, kalau tidak, kalau tak kan lawyer, siapa lagi yang buat perjanjian tukar hak milik semua? yang nak dengan pejabat tanah, cukai pintu, cukai tanah semua dah pasti lawyer sahaja yang boleh bantu kita.

Kes subsale lebih kepada bersifat individu, kes satu satu sahaja.

Beza dengan jual rumah developer, serentak. dan semua berkaitan, sebab memang dari developer yang sama juga.

Lagipun nak mudahkan orang untuk membeli, developer akan masukkan kesemua kos dalam harga rumah. Kira untung juga kat situ.

Sebenarnya,saya boleh sahaja cakap, jual rumah 300K, lawyer fee free. Padahal harga jual dengan owner RM 280K sahaja.

So masih lagi cerita yang sama, lawyer fee dah markup dalam total harga rumah yang hendak dijual.

Subsale VS Undercon

Rumah Subsale Undercon
booking 3.18% RM 100 – RM 2000
lepas snp 6.82% tidak perlu 10%
lawyer fee anggaran 3% macam free
bank valuer = RM 1000 macam free

Hah, sekarang mesti fikir, kalau macam tu baik beli rumah baru kan?

Belum tentu juga, cuba baca rumah baru vs rumah subsale!!

Oh ya, 3.18 dan 6.82 percent untuk rumah kes subsale, bukanlah wajib. Ia bergantung kepada rumah, dan owner rumah macam mana.

Kebiasaannya, bila rumah yang dia nak jual itu dia masih duduk, memang dia akan minta deposit awal sikit supaya dia boleh pindah.

Apa apa pun, semuanya boleh dirunding, dan yang paling penting ialah loan pembeli lulus.

Tak mengapa, baca dulu, rumah baru vs rumah subsale

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer