Macam Mana Nak Beli Rumah Tanpa Modal

Modal ni sebenarnya apa ya. Kira macam satu budgetlah-kan. Duit awal yang kita perlu sediakan untuk membeli rumah.

Saya senaraikan dahulu apa yang perlu dibayar, kiranya proses standard.

Tapi sebelum itu, anda tengok dahulu flow proses jual beli rumahnya. Sebab duit yang anda perlu sediakan nanti bukannya mesti bagi seketul, atau serentak. Ada dia punya peringkatnya.

Untuk panduan lengkap penerangan bagaimana proses jual beli rumah itu berlaku, anda boleh rujuk post asal.

10 Proses Jual Beli Rumah Subsale

Saya nak kongsikan flow penting yang berkaitan kos yang perlu dikeluarkan pembeli sahaja dalam artikel ni.

So ada 10 step

Kita ambil contoh rumah yang anda nak beli berharga RM 250 000. Dan step yang perlu bayar ialah

di step 4 = booking 3.18% daripada harga rumah

Selepas anda tengok rumah, saya pula akan terangkan semula 10 proses ni, Anda juga boleh tanya saya apa sahaja yang berkaitan dan kalau setuju saya sebagai agent, atau bila deal dengan mana mana agent yang lain pasti akan minta 3.18% daripada RM 250K ialah RM 7950 sebagai deposit/booking.

bermaksud, kami memang akan stop promosi rumah ini dan tidak akan beri peluang kepada orang lain untuk masuk loan. Kita akan tunggu loan tuan/puan lulus dulu.

Dan kalau lulus kita proceedlah, dan duit RM 7950 ni akan dikembalikan semula kepada anda selepas tamat proses (dapat kunci) andai kata buat loan 100%.

Seterusnya di step yang ke 7

Di step 7 ni ada banyak jenis bayaran. Dan anda mestilah jelas akan sebab kenapa setiap bayaran ni. Setiap transaksi kita mestilah di dalam jumlah RM 250K sahaja.

Contoh baru tadi client masukkan deposit RM 3000

Rumah ni kes untuk Taman Sepadu di Tasek Gelugor. Harga jual RM 290K. 3.18% dalam RM 9222. RM 1000 dah bagi masa viewing, dan katanya lepas lulus baru nak masuk lagi RM 8222.

Tapi endup client masukkan lagi 8222 baru tadi. Semalam sign SnP, tak apalah. Boleh sahaja.

Tapi itulah terlebih RM 30. So memang saya akan note pada lawyer untuk pulangkan. Segala transaksi kita memang libatkan RM 290K sahaja.

Saya dah melalut dah ni.

So di step 7 ni, apa yang anda perlu bayar lain ialah:

6.82% – daripada harga rumah, so cukuplah 10% totalkan.

RM 1000 – ini untuk bank valuer. RM 1000 estimate sahaja, biasanya memang tak lebih dari RM 1000. Bergantung kepada kes juga. Kalau anda buat loan LPPSA, kos ini tiada ya.

duit lawyer – duit lawyer dalam 4% sahaja daripada total harga rumah.

Duit lawyer ini adalah total keseluruhan untuk loan aggrement dan spa.

Actually lawyer fee ada 3 jenis

  1. untuk loan aggrement pembeli – andai kata anda buat loan. kalau cash tiada. bermakna, total lawyer fee anda mungkin dalam 2 atau 3 percent sahaja.
  2. untuk spa – ini perjanjian yang lawyer sediakan untuk side pembeli yang perlu bayar.
  3. untuk spa owner – ini kos atas owner yang perlu tanggung. sebenarnya, kos lawyer atas owner ni tak libatkan kos yang macam pembeli bayar. Sebab kebiasaannya side owner hanya perlu sediakan doc sahaja.

kiranya owner tak perlu pun security yang macam pembeli perlu sebab dia dah habis tanggungjawab dah pun. Duit dah dapat, kira dah lepas rumah dah.

So untuk anda sebagai pembeli, no1 dan 2 sahaja. dan total dua ni adalah dalam lingkungan 4%. Biasanya tak sampai.

Dan makin tinggi nilai jualan, akan makin kurang daripada 4%.

Contoh kalau rumah harga 200k, 4% nya dalam RM 8000. So memang betul pun harga kos lawyer fee total nanti dalam RM 8000.

Tapi kalau rumah harga RM 490K, 4% sepatutnya hampir 19K.

Tapi bila saya tanya sendiri lawyer untuk minta terus quote, dalam RM 15K sahaja. dalam 3% something gitu.

Untuk kes rumah pertama sahaja ya. Kalau kes rumah kedua akan ada tambahan stamp duty.

Stamp duty ada dua, side spa dan juga side loan. Bermaksud, kalau bayar cash, side loan tak perlu bayar. Bayar stamp duty side spa sahaja.

Dan itulah kos yang anda perlu bayar kalau beli rumah harga 290K

Summary

10% – 29K
Lawyer fee – 12K
bank valuer – 1000

total RM 42 000

Itu sebab ada agent yang bagi tahu, kalau nak beli rumah better prepare 15% daripada harga rumah. Ya, banyak, memang banyak.

Tapi tak semua kes, untuk pemudah cara, dan anda memang mampu. Silakan, loan pun akan jadi rendah. Sebab interest akan lebih rendah kalau buat loan 90%. Walaupun anda layak 100%.

Apa pun, ikut kepada budi bicara,kelayakan anda dan owner sendiri.

Atau kalau confirm memang tak nak keluarkan 1 sen pun. Boleh cuba cari projek developer yang memang tak letakkan apa apa deposit. Hanya bagi document sahaja untuk submit loan.

Macam yang berlaku pada satu projek teres di Tasek Gelugor, jalan nak menuju ke Kubang Semang, sebelah taman sepadu.

So itulah satu satu caranya macam mana nak beli rumah tanpa modal.

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer