Skim Rumah PertamaKu – Jangan Salah Faham

Bila saya jadi agent hartanah ni, ada juga client yang cakap ‘saya nak apply skim rumah pertama‘. Rasanya, kalau 10 orang, dalam 2 atau 3 orang akan minta nak apply skim rumah pertama ni.

Dan bila saya tanya balik, apa kelebihan skim rumah pertama? pasti tak boleh jawab.

Yang sememangnya bukan salah anda pun, saya pun kalau jadi agent, kalau saya sendiri tak deal sendiri dengan banker, memang saya pun tak tahu. Sebab apa yang tertulis di website https://www.srp.com.my/en/index.html berkenaan dengan skim rumah pertama ni tak detail.

Cuba baca bahagian kelebihannya.

Key features and Benefits
First home purchase (Subject to affordability)
  • Up to 110% financing
  • Residential property for own occupation (either under construction or a completed unit) from the primary or secondary market

So salah satu benefitnya, boleh buat 110% loan?

Maksudnya, contoh rumah harga 200K, so boleh proceed loan 220k? 20k itu dapat di tangan?

Salah.. 10% itu bukannya untuk duit poket anda guna untuk renovation, tambah kichen cabinet ke apa, tapi hanya cukup untuk cover 3 kos lain bila beli rumah.

Iaitu:

  1. mrtt
  2. valuation report
  3. loan legal

So loan boleh proceed untuk harga rumah hanya 100%. 3 perkara yang diatas ini sahaja boleh cover dalam 10%.

Dan yang cover total loan. Saya guna istilah total loan ya, sebanyak 110% ni bukannya semua bank. Kebanyakan bank hanya 105% sahaja.

Dan juga, semua kelebihan ini bergantung kepada kuota bank juga. Tapi kalau pasal kuota ni, jaranglah ada masalah, sebab kita boleh try bank lain juga.

Dan erti kata lain..

Bila kita apply loan, contoh macam tadi, rumah itu harga RM 200K. Bukannya bila kita semak penyata bank kita itu loan kita akan jadi 200k juga. Tapi mungkin akan jadi 220K, atau 215K begitu.

Sebab ada penambahan 3 perkara tadi. Sebab agak susah juga customer nak bayar, tambah lagi bila lawyer fee atau stamp duty masih lagi perlu bayar.

Penerangan 3 Perkara Tadi

MRTT

Yang ini adalah insurance, atau takaful. Jaminan kepada bank andai kata apa apa jadi pada kita, siapa yang nak tanggung installment? so mrtt inilah yang akan cover.

Actually ada lagi satu jenis iaitu MLTT

MLTT ini lebih mahal sikit, sebab nilai coveragenya tidak menurun. Saya ada kongsikan detail di artikel MRTT vs MLTT.

Untuk sekarang ni, boleh faham yang MRTT ini adalah sebagai takaful, atau jaminan yang membantu kita, andai kita bila kita meninggal, waris kita tak terbeban. Ataupun kita dapat kecatatan kekal yang membuatkan kita tak boleh bekerja.

So MRTT ini akan tolong.

Apa pula MRTA? beza dekat A. A tu untuk assurance, T untuk takaful

MRTT – mortgage reducing term takaful
MLTT – mortage leveling term takaful

MRTA – mortgage reducing term assurance
MLTA – mortgage leveling tern assurance.

dan average kos untuk MRTT ialah dalam 5%. dan MLTT pula memang lebih mahal sikit, sebab coveragenya lebih besar.

Valuation Report pula

Ini adalah kos yang pembeli perlu bayar bila buat loan dengan bank. Kalau yang goverment servant, loan LPPSA tak perlu bayar.

Berapa kos? estimate dalam RM 800 ringgit untuk rumah dalam harga 200K. Kalau rumah 350K lebih kurang dalam RM 1500.

So ia bergantung kepada harga rumah. Kos ini, anda boleh bayar melalui duit epf juga. Ataupun masuk dalam loan kalau masih lagi ada kuota. Sebab berbalik kepada skim rumah pertama tadi, kalau memang bank itu hanya boleh buat loan up to 105% sahaja.

Mungkin anda kena bayar awal valuation report ini.

Ataupun kalau anda sudah berumur 40 tahun ke atas. had 105% loan bank memang tak cukup, sebab MRTT untuk 40 tahun ke atas ini memang agak tinggi juga.

So anda mungkin topup separuh, boleh guna dari duit epf juga kalau cukup.

anda boleh rujuk proses jual beli infographic yang saya sediakan ini, di mana step yang anda perlu bayar kos valuation report.

loan legal

Orait. so dah pasti lawyer fee mesti ada.

Kalau dengan saya, biasanya saya akan cakap, kos lawyer fee untuk rumah sekian sekian ini adalah antara 3 hingga 4 percent.

Maka banyaklah yang bising sebab kata mahal lawyer ambil. Ibaratnya semua 3 hingga 4 percent ni masuk ke poket lawyer.

Salah salah.

Kos yang saya cakap itu sebenarnya adalah total untuk loan legal juga.

Bila anda beli rumah, sebagai side pembeli, akan ada dua legal fee yang kena bayar. Iaitu SPA dan juga Loan Legal.

SPA – atau sale and purchage aggrement yang lawyer sediakan ini bukannya boleh main bantai harga. Sebaliknya memang harga tetap dan di kelola oleh badan yang monitor berapa lawyer duk charge.

So tak boleh letak saja saja tinggi sangat, atau rendah sangat.

Loan Legal – ini bank yang kenakan. Sebab buat loan, kalau anda bayar rumah beli dengan cash tunai, kos loan legal ini tak perlu bayar.

So itu dia, berkenaan dengan skim rumah pertama.

Kalau dah rasa pening, macam mana nak bayar, boleh rujuk artikel ini pula, cara nak bayar kos guaman dengan mudah.

Syed Shaffizan, saya agent hartanah base di Kedah, covering Kedah dan Penang sahaja. Tapi kalau anda jauh, bolehlah kalau nak tanya apa apa.Wasap Shaffizan

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer