Kes 6 – kes jual rumah low cost yang saya tak sampai hati juga nak close

Saya bukan agent yang kejam. Jangan risau ya.

Tambah lagi kalau rumah yang saya jual tu low cost. Lagi la saya tak sampai hati nak guna ayat closing power nak close. So terpulang lah, kalau bajet anda begitu. Memang ini lah anda dapat ya.

Low cost, kekurangan utama nya yang saya perasan tanah atau jalan raya kat depan tu. Sempit nya lah.

Kereta pun boleh lepas 1 laluan ja.

Tapi tengok pada taman juga. Ada yang kalau low cost nya pun tapi luas juga. Ada satu perumahan di Kulim, low cost lah ni. Kecik nya jalan depan. Saya nak promote pun rasa ralat. Tapi lepas saya stop promote, tiba tiba agent lain pula close. haha

tak pe lah, mungkin bukan rezeki saya.

Ada juga satu kes, di Sungai Petani. Low cost juga, rumah RM 130k. Memang dah 20 tahun lebih rumah tu. So saya tanya terus terang kat buyer, ok dak rumah ni. Sebab kalau saya, memang saya rasa tak OK. kecik kan, tapi mungkin buyer tu pun tak nampak macam berkira sangat. Dia pun tahu bajet dia kat mana.

Sekarang ni masih lagi deal, harap ada rezeki saya untuk close juga rumah yang low cost di SP ni.

Kesimpulan nya, kalau rumah low cost, jangan la nak demand sangat. Dah memang itu yang kita boleh dapat, andai kata dapat corner lot kira dah bertuah sangat lah tu.

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2022 ni, saya 34 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer