Kes 5 – kes jual tanah bendang yang saya tak sampai hati nak close

Jadi saya pernah juga jual tanah bendang, lupa pulak berapa relung. Tapi dalam 2 petak sawah plus dengan satu kawasan tanah dalam 4000 ke 5000 sqft. Dan atas tanah tu memang ada rumah lah.

Kes ni simple je, sebab Buyer ada cash. Dan tanah tu pun tak berapa nak mahal sangat.

Kira murah, dan untung juga buyer ni beli. Sebab dapat petak sawah tu.

Kiranya, at least dia sudah ada pendapatan pulak kan.

Tapi yang kasihan nya, Buyer macam keadaan yang terpaksa beli dan pindah dengan cepat. Masa mula mula awal jumpa, memang saya niat nak gunakan segala skill closing saya. Tapi bila tengok family tu yang dalam keadaan terdesak, dan terpaksa pindah dengan cepat.

Rasa kesian pulak. Lantas, saya cakap elok elok, win win punya kalau dia beli rumah tu. Saya pun tak berapa nak mengayat sangat untuk dia beli.

Saya pun tak ambil kesempatan pun kalau kata, baik tuan amik tanah ni, sebab dalam keadaan terpaksa kan. So saya serah kan pada Nya kot ada rezeki saya.

Tapi Alhamdullillah. Jadi juga close esok nya. masuk booking esok nya juga.

Itu je lah nak cite.

Cuma nak bagi tahu, tolong lah deal dengan agent jual rumah tu elok elok. Supaya x keliru. Buyer ni jadi kalut sebab Agent sebelum ni tak bagi tahu awal awal bila tarikh dia kena keluar rumah. So itu sebab macam terpaksa.

Apa apa pun. Adios

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments