Kenapa Jangan Hire BROKER?

Ok, saya sendiri adalah sebagai Agent Hartanah. Kiranya saya memang bekerja di bawah satu Agency IW Properties. Boleh check sendiri nama saya di website IW Properties untuk bukti.

In total, kami ni ada 9 cawangan. Ni paling latest lah. InsyaAllah rasanya lagi beberapa bulan, mungkin setahun kot. Untuk ada cawangan lain di Ipoh pula. tengok lah macam mana bos kata apa.

Broker ni, yang saya tahu adalah panggilan personal yang jual hartanah secara sendiri.

Kiranya dia tak terikat dengan mana mana agency.

Kiranya, komisen yang Owner rumah baru pada broker tu bukan nya ada pecahan untuk Agency. Berbanding dengan saya yang bergerak di bawah Agency ni, komisen akan split. Kalau ikutkan undang undang LPPEH sekali pun, yang merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk monitor hartanah Malaysia, mesti bergerak di bawah Agency yang berdaftar.

Tapi yang pasti, kalau beli melalui saya, atau agent, duit booking tu memang akan dapat balik. 100% akan dapat.

Dan setiap transaksi, akan ada form signing untuk kita jaga kebajikan buyer dan owner juga. Seperti contoh, andai kata tiba tiba ownel cancel jual rumah, atau buyer cancel jual rumah? Ada dia punya syarat syarat yang dua belah pihak kena patuh supaya 2 2 tak rasa buang masa dan geram atas apa yang berlaku.

Alright?

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer