Cara Nak Elakkan Kena Tipu Dengan Market Value

Senang je ni, check lah sendiri.

Sebagai agent, atau mana mana broker, kalau saya ditempat anda sendiri pun, pasti kita akan sangsi berapa lah market value satu satu rumah tu kan. Boleh ke kalau percaya 100% bila agent letak satu harga?

Kalau ditipu macam mana?

So kalau rasa sangsi, boleh sahaja anda check sendiri. Dan ini jugalah tujuan saya buat blog ini pun. Selain daripada saya harapkan anda lantik saya sebagai agent, saya juga nak berkongsi supaya anda sebagai owner dan pembeli rumah reti akan apa yang berlaku.

Sebab jual rumah ni, libatkan duit yang banyak. Proses pun ambil masa yang lama, naya juga kalau dah proceed rupanya2x benda x jadi. Lagi nak kene tunggu berbulan semula.

Makanya, rajin rajin lah pergi ke bank.

Atau pun, mai detail di bawah kat saya:

  1. Geran 3 helai tu
  2. Alamat
  3. Maklumat renovation kalau ada

3 ini sahaja, boleh terus wasap kat saya di 0136619001. Nanti saya akan tolong check kan.

Untuk area Kedah dan Penang sahaja ya.

Cuma saya nak bg tahu awal awal. Kalau anda check dengan agen sorang ni letak 350k, jangan terkejut kalau dengan saya check harganya jadi RM 330k, atau pun RM 370k.

Sebab property value ni bukan nya ada macam satu table untuk refer.

Tapi lebih kepada pendapat valuer itu sendiri. So kalau lari lari sikit tu, kira normal lah.

Dan jangan lupa, bila jual rumah ada 3 kategori harga, boleh rujuk nya disini, apa ia selain daripada market value.

Saya Ada Satu Citer

Saya ada satu cerita ni, berlaku di Bertam.

Ceritanya macam ni, agent dan owner set harga rumah tu terlampau tinggi. Kita ambil contoh, 350K

Sedangkan yang biasa dijual RM 330K. Ni value contoh ya.

So jual dengan harga 350K, dan bila loan dah lulus, si valuer pun datang untuk pastikan harga 350K tadi.

*kalau bank ni, memang bagi loan lulus dulu, baru pergi check rumah, beza dengan loan kerajaan. cek rumah dulu, baru bagi kelulusan.

Dan bila valuer check rumah tadi, sekali dia tak setuju pula. Dia cakap tak sesuai dan tak boleh nilai RM 350K.

Untuk whole process bila valuer check, anda boleh tengok step dalam proses jual beli rumah ni. Valuer akan check selepas step 6, sebelum step 7.

So harga rumah, memang tak boleh buat main main. Tak boleh suka suka letak. Kalau tidak, kita semua akan buang masa.

Saya bukan macam manchester united suka buang masa bila minit terakhir.

Sebabkan jadi gini, terpaksa start over balik. Pembeli pun mesti akan kecik hati punya, lagi terpaksa cari pembeli lain.

dah 5 tahun saya jadi agent, manusia ni, emosinya ja yang penting. harga tu kadang no 2. haha

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments