Markup Loan Rumah Kerajaan

Markup loan rumah kerajaan ni sebenarnya ada masalah sikit tau. Ya, mungkin anda memang beli rumah yang di bawah market value. Tapi bila dah guna loan lppsa ni memang kita tak boleh nak agak.

Contoh, katakan harga yang valuer bagi ialah RM 230 000

Kalau masuk loan bank – insyaAllah boleh dapat RM 230 000

Tapi kalau masuk loan government, kemungkinan RM 230 000 ni akan dikurangkan lagi. Mungkin dalam RM 210 000 contohnya.

Berbanding dengan bank, kalau diorang kata boleh lepas 230 000, insyaAllah value yang lulus tu nanti pun akan dapat RM 230 000.

So kalau LPPSA ni, yang minta JPPH buatkan penilaian harga property memang tak boleh nak agak.

Saya pun pernah berapa kali duk ulang alik pejabat JPPH kes macam ni.

Tambah lagi, bila renovation buat rumah owner yang tak disahkan oleh majlis.

So macam mana nak buat ni?

Berikut adalah yang saya praktikkan untuk pastikan kalau boleh mark up ke tak loan rumah, khas nya loan kerajaan LPPSA ni.

  1. check value dengan betul

Syarat pertama mesti dapatkan belian di bawah market value ya.

Tapi valuer dari mana yang kita nak check? Jangan ambil value dari bank ya. Sebab bank value kemungkinan akan bagi tinggi. So kita check daripada valuer yang memang khas verify property value.

Daripada sini, katakan value nya tu RM 230 000, dan loan nak proceed 220 000, tapi nak mark up loan. Boleh try apply RM 240 000 atau 250 000. Kiranya, kita apply lebih sikit.

  1. check value dengan pergi ke pejabat JPPH sendiri

Kalau kes begini, kami sebagai agent, memang kemungkinan besar JPPH tak nak layan. So better kalau owner atau buyer sendiri pergi check. Tapi, kadang kadang cara ni memang tak masuk akal. Sebab pernah jadi kat saya, value yang diorang bagi terlampau rendah sampai tak masuk akal.

Tapi bila document buyer saya dah proceed, boleh pula nak capai loan lulus RM 540 000.

Sedangkan sebelum ni diorang cakap dalam 400 000 sahaja.

  1. andai kata sudah proceed tapi loan masih lagi tak sampai

So katakan anda nak apply 250 000 tadi. Tapi dapat RM 230 000 contohnya. Apa yang anda boleh buat? Usaha terakhir yang kita boleh buat ialah buat rayuan.

Siap satu surat untuk buktikan atau tambah lagi penerangan kenapa value perlu lebih tinggi dan sebagai nya. Untuk kes saya, saya tak tulis pun surat ni. Tapi memang panel khas agency kami yang akan buat kan.

Apa apa pun, good luck

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer