Kelebihan Beli Rumah Under Construction

Saya ada kongsikan topik ni di artikel sudah, tajuk nya sama ada nak beli rumah baru atau 2nd.

Kelebihan atau kekurangan, bergantung kepada cara anda fikir dan set mindset perbelanjaan macam mana yang akan anda lalui.

Kalau memang kena, tiada masalah pun dengan beli rumah yang baru atau pun rumah subsale.

Berikut adalah antara kelebihan yang mungkin kebanyakan orang perasan, bila beli rumah baru

  1. dapat cash back 10% daripada developer – memang banyak ni. Kalau bumi lot lagi lah banyak. Cash back ni kadang kadang boleh cecah sampai 40k 50k. untuk unit macam semi D atau teres biasa. Kalau low cost atau low medium, memang jarang sangat dapat cash back yang besar besar macam ni
  2. booking RM 1000 sahaja – betul, banding dengan rumah 2nd, atau subsale, anda perlu sediakan 10%. Walaupun ianya tak wajib, tapi sebagai pemudah cara. Elok anda sediakan. Kalau tak ada tu, sila PM saya. Saya boleh cuba bantu kat mana yang boleh.

Tapi yang pasti, rumah baru, memang tak mengenakan booking yang tinggi. Hanya RM 1000 sahaja begitu. Bahkan kos lawyer fee segala juga dikatakan FREE atau termasuk dalam harga total rumah.

  1. rumah baru, so mesti kita puas miliki property ni dari awal sampai ia rosak teruk kan. Ini memang kepuasan mana mana homeowner yang beli rumah. Memang akan timbul rasa puas hati. Ibarat macam beli kereta baru lah dengan kereta 2nd.
  2. lagi duit EPF boleh keluar – ya, sudah lah dapat cash back. Lawyer fee tak perlu cover, booking pun 1000. Nanti diakhir process anda boleh dapat duit dari akaun 2 EPF lagi. 10% atau 10 plus 10. Banyak juga tu kan.

Dan beberapa lagi kebaikan lagi.

Tapi harus diingatkan, tak semua yang bagus tu bagus.

Contoh, rumah undercon, memang ada kemungkinan akan jadi projek gajah putih. So hati hati dengan developer yang anda beli. Pastikan rekod mereka baik.

Kalau memang berminat nak cari rumah baru, boleh tengok tab Listing saya di atas. Memang saya ada senaraikan beberapa projek besar yang lain untuk anda miliki, sekitar Perak, Penang dan Kedah.

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties.Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!!Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer