kalau gaji RM 3000 dan nak beli rumah, insyaAllah memang tiada masalah. Sebab 3000 tu dah kira cukup sangat untuk bank bagi approve.
Pengiraan kasar nya begini
Bahagi dengan 3 untuk target awal berapa bulanan rumah yang anda patut ambil
RM 3000 / 3 = RM 1000
Dan darab pula dengan 200, atau the power of two hundred setengah orang kata, untuk tahu berapa harga terbaik property yang anda boleh dapatkan.
Makanya, RM 1000 x 200 = RM 200 000
RM 250 000 boleh tak? Boleh juga, RM 300 000 pun boleh, tapi cerita nya sekarang, saya kira juga komitmen normal yang anda mungkin tanggung juga.
So kalau nak lebih tepat, kena whatsapp saya untuk kira kan exact berapa. Sebab saya tak tahu komitmen anda berapa. Untuk normal case, bahagi 3, darab 200 ni kira antara yang terbaik dan terselamat lah.
insyaAllah lulus A plus.
anda dah baca pengalaman jual rumah saya? Atau pun panduan lengkap cara beli rumah?