Beli Rumah Dapat Cashback

Beli rumah dapat cashback ni hanya pada rumah undercon sahaja. Atau rumah baru sahaja. Kalau rumah subsale tu nampak macam mustahil lah nak dapat.

Kecuali kalau beli rumah markup loan.

Untuk kes yang cashback ni, kalau dapat pun, duit tu kita dapat dari EPF. Itu pun kalau duit EPF tu banyak yang boleh tampung kos lawyer. Contoh, satu kes buyer yang saya kira sebelum ni untuk rumah subsale, rumah harga 140 000.

Memang buyer niat nak buat investment pun. So dia plan nak buat 90% loan sahaja. RM 14 000 sebagai 10% deposit dan lawyer fee ambil dari EPF. Tapi tak apa lah, kalau memang EPF akaun 2 nya banyak sampai RM 34 000 dalam kes ni.

Buyer ni boleh dapat extra 8 000 lagi.

Kalau kes undercon, memang developer yang bagi.

Biasanya 10%

Contoh kalau projek perumahan di Penang memang biasa bagi banyak cash back. 70k gitu pun ada.

Kawan saya, beli condo kat KL 500 000, dapat cash back 70 000, bila projek dah siap, terus dia jual balik. So makan duit dekat cashback sahaja. bersih bersih dapat juga 50 000 tu kan.

Kalau di Ipoh pun ada, harga rumah 365 000, cash back 10% kalau international lot. Kalau bumi lot, cash back sampai 15%.

15% x 365 000 = RM 54 000 at least ada juga tu

So terpulang anda nak beli rumah baru atau 2nd, dua dua ada kelebihan nya.

Syed Shaffizan, InsyaAllah seorang yang rajin balas whatsapp awal. Kecuali bila dia tengah tidur. tak pun, cuba anda test, kot kot memang ada soalan nak tanya pasal property. KLIK SINI >> 0136619001

2 comments On Beli Rumah Dapat Cashback

  • As salam.. nak bertanya, duit cashback ni dapat waktu bila? Adakah sejurus loan approve atau sebulan atau setahun atau bagaimana?

    • Shaffizan Property

      eh ni yang wasap saya hari tu ya. maaf ler, notification new comment ni saya tak berapa monitor sangat. so kalau apa apa nak cepat wasap ya.

      untuk soalan ni.

      bergantung kepada developer, sama ada:
      1. selepas snp
      2. selepas disburse

      kebiasaannya, selepas disburse. disburse tu maksudnya jumlah loan yang anda apply di bank mahupun lppsa untuk gov employee sudah pun masuk ke dalam akaun developer.

Leave a reply:

Your email address will not be published.