Cara Habiskan Pinjaman Rumah Awal – bukan 35 tahun

Tak lain tak bukan, apalagi lah caranya kalau tak bayar lebih.

Sepatutnya kita bayar RM 1000 sebulan, tapi kita bayar RM 1200 sebulan.

Tapi penerangan saya kali macam ilmiah sikit, kiranya kita tahu apa penyebab loan kita selesai lambat. Kenapa 5 tahun yang sudah pinjam RM 400 000, sekrang ni hanya tinggal RM 390K sahaja.

kurang RM 10K sahaja untuk 5 tahun? (contoh ni)

Faham dulu macam mana loan rumah ni dikira

Loan rumah, tak sama dengan loan kita buat untuk personal loan. Atau kereta, atau motor. Pinjaman rumah ni lain, ia tak fixed macam lain.

Sebaliknya ia floating, maksud ia akan berubah ubah. ( kecuali LPPSA )

Lagi satu, loan rumah ni, lagi lama kita bayar, lagi lamalah kita bayar interest.

Loan juga terbahagi kepada dua, iaitu jumlah principal dan interest. Interest itu adalah charge yang bank kenakan pada kita, dan principal pula adalah jumlah pinjaman rumah.

Anda boleh cuba calculator yang saya sediakan ni.

Graf di atas, adalah hasil daripada total loan rumah saya buat sebanyak RM 200K, untuk 35 tahun. Dan dapat bulanan sebanyak RM 827, andai kata interest 3.5%

So bar hijau ada principal manakala yang kuning adalah interest.

Dan line merah yang menurun itu adalah jumlah loan yang tinggal sampai habis.

Kita juga dapat lihat, portion untuk bayar interest pada awal awal pinjaman jauh lebih banyak banding dengan portion principal.

Jelas ya, sekrang anda cuba download app Financial Calculators dibawah ini pula.
( untuk pengguna android )

Cuba masukkan macam maklumat tadi. Pinjaman RM 200K, selama 35 tahun.

Sekarang ni, katakan anda tambah RM 100 sahaja sebulan daripada kos bulanan biasa. Kita tengok berapa bulan kita jimat dan berapa awal tahun loan kita selesai.

Tengok tu, dengan hanya tambah RM 100 sebulan, kita dah jimat 79 bulan. Atau 6.58 tahun.

Umur 30 beli rumah, patutnya 65 tahun baru habis. Tapi umur 58 loan dah selesai.

Sekarang ni cuba tambah RM 50 sahaja.

Tapi kan. timbul persoalan, beli rumah ni memang kita mesti langsaikan hutang sebelum mati ke?

Langsai Hutang Rumah?

Pendapat saya..

kalau anda niat nak duduk rumah tu sampai mati, mungkin lebih elok cuba selesaikan cepat. Supaya nanti bila kita dah pencen, portion untuk kita belanja lebih banyak. Kalau tidak, sudahlah kerja tak ada, lagi nak bayar rumah.

Kalau niat, nak jual balik rumah teres ni, dengan harapan untuk buat rumah atas tanah sendiri? anda bayar macam biasa je, lepas tu jual. So tak perlu usaha untuk langsaikan secepat mungkin. Sebab pulangan hasil daripada market value yang memang sentiasa naik agak tinggi juga.

Sebab nanti anda akan rasa rugi sebab dah jenuh bayar rumah tu sampai habis, pemilik rumah yang macam ni mesti akan letak harga tinggi dari market value punya. Lastnya rumah tak terjual.

Kalau tak pasti? bayar je macam biasa, maap cakap, nanti kalau dah tak ada, insurance akan cover juga loan yang tinggal.

Atau lagi terbaik, anda cuba sahaja bayar lebih, nanti kalau jual balik akan dapat pulangan lebih juga sebab loan rumah yang jauh lebih kurang.

Apa itu MRTT dan MLTT?

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments