Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan [ LPPSA ]

Saya kan, selalu sangat dapat pertanyaan ni. Bagaimana nak semak baki pinjaman perumahan kerajaan.

Bulan lepas pun ada juga satu kes, owner buat loan LPPSA, rumah di Kuala Ketil nak jual sebab dah tak boleh nak rent pada student. Owner pula dah lama duduk di tempat lain, bercadang nak jual terus rumah di Kuala Ketil supaya dapat beli rumah lain.

Cara Pertama – Buat Panggilan

Dan bila di tanya, jawapan saya memang mudah sangat, macam malas pun ada. Tapi bukan malas pun, sebab memang itu cara yang paling mudah, apa dia? Call sahaja LPPSA.

Step 1
Tapi sahaja LPPSA Hotline atau LPPSA Contact Us di Google

Step 2
Selepas tu, anda terus tekan call

Step 3
Kalau tak silap, selepas anda call akan ada peti suara yang bagi tahu kita pilih no berapa untuk semak baki pinjaman perumahan kerajaan ni. Kalau tak silap saya, no 4. So tekan sahaja no 4

Step 4
Nanti adalah pegawai lain yang akan melayani anda.

Semak kelayakan ni tak boleh kalau agent nak check, sebab nanti masa nak minta butiran perlu anda sebagai owner yang jawab rasanya.

So itu cara pertama, cara paling mudah dengan hanya call sahaja.

Cara Kedua – Ini Yang Paling Saya Suka

Cara kedua ialah anda login gunakan website LMS LPPSA.

Kalau belum register, boleh gunakan link ini, register LMS LPPSA.

Selepas anda daftar, mungkin kena confirm email registration dahulu di Gmail. Lepas tu, pergi ke bahagian tepi belah kiri kalau guna komputer, tengok under inkuiri status > status baki pembiayaan.

Selepas KLIK status baki pembiayaan, sepatutnya anda akan nampak table hutang berapa. Kalau sistem yang kita guna masih sama, akan ada table nama BAKI HARGA JUALAN, BAKI BERSIH, BULAN TERTUNGGAK DAN JUMLAH TERTUNGGAK.

Anda tengok yang BAKI BERSIH sebagai Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan.

Saya paling suka kalau anda gunakan cara ni. Sebab ia lebih jelas kalau nak monitor. Dan kalau anda berniat nak jual rumah tu, saya pun lebih mudah untuk kira. Daripada anda call, takut dengar lain, cakap dekat saya jumlah lain. Lastnya saya kira duit yang anda dapat selepas jual rumah ni salah.

Bila kita ada value atau statement yang nampak macam ni lagi OK.

Saya Pernah Kena Maki

Sebut pasal baki pinjaman perumahan ni kan, saya pernah kena maki dengan satu owner ni.

Dia cakap, lambatnya awak nak cari pembeli? hutang saya makin lama, makin naik. nanti terpaksa letak harga jualan pula.

Padahal barulah berapa hari saya promote tuan oi. Ingat jual goreng pisang?

Bila dia cakap macam tu, saya pun tanya kenapa pula harga rumah tuan makin lama makin meningkat? Dalam keadaan hati saya yang tahu kenapa dia marah. Sebab salah faham dengan penyata baki hutang. (redemption statement)

Owner tu pun perli saya lagi sekali, memang hutang makin lama makin naik dia cakap, awak tak pernah tengok redemption statement ke?

oh.. lagi saya berkecil hati.

Saya pun redha je la, dan terangkan balik kat dia. Yang memang redemption statement macam tu pengiraannya.

Sebab sistema kan detect kita tak bayar hutang tu. Walaupun memang confirm kita bayar, terutamanya LPPSA sebab dah tolak dari angkasa awal awal. Kalau redemption statement untuk loan bank pun sama macam ni juga.

Saya bagi contoh redemption statement LPPSA.

Jenuh juga duk korek korek balik wasap, mujur jumpa juga sebagai contoh baki pinjaman LPPSA ni. Ini kes saya baru lagi, mungkin lagi 1 atau 2 minggu selesai. Start bulan 10, 2022 hari tu, so total 5 bulan, di Kulim.

Anda tengok November 2022, RM 4228.92, hutang makin naik bila Disember 2022, RM 4241.84

Hutang ni naik sikit sahaja, sebab lagi beberapa bulan sahaja loan LPPSA ni nak habis. Owner pun dah pencen, level kakak lagi dari umur mak saya yang lahir tahun 1955.

Tapi ceritanya, memang loan itu akan naik. Bank pun sama. sebab sistem redemption statement ni memang akan anggap kita tak bayar next month tu. Kalau sembang dengan bank mungkin depa akan jawab lebih masuk akallah kot.

Untuk saya sebagai agent hartanah, itulah jawapan saya.

Tapi jangan risau, andai kata kes itu cut off bulan Feb 2023 contohnya. Dan katakan pula, penolakan installment LPPSA dalam payslip sampai bulan March. Kiranya masih tolak lagi sebulan.

Nanti LPPSA akan refund balik terus masuk ke akaun. Anda tak perlu contact lawyer, sebab sistem ini rasanya daripada LPPSA sendiri.

Yang Terakhir

Last sekali, setiap kali beli rumah dengan LPPSA ni. Dan bila anda jual balik, ada boleh claim duit dr takaful. Kiranya lepas kes selesai, kunci pun dah diserahkan pada pembeli rumah baru, anda boleh contact takaful insurance untuk claim baki lebih coverage takaful tersebut.

Untuk berapa anggaran dapat, saya pun tak pasti berapa. Terlupa pula nak tanya kes owner sebelum ni.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments