MRTT Tak Cover Penuh

So masa loan lulus rumah anda lulus, tiba tiba agent hartanah atau banker cakap, MRTT loan anda tak cover penuh.

Lebih Jelas MRTT dan MLTT

So apa yang berlaku?

Jawapannya – Its Normal

Ikutkan pada pengalaman saya, kalau buat loan client yang umur 40 tahun ke atas, kemungkinan besar akan dapat situasi ini. Dimana, MRTT atau insurance anda tidak cover penuh.

Maksudnya begini

Anda buat loan 350K, selamat 35 tahun.

Tapi insurance MRTT hanya cover 300K sahaja, selamat 35 tahun.

Atau pun

MRTT cover 350K, tapi sampai 25 tahun sahaja.

Kenapa Jadi Begini?

Kenapa boleh jadi begini adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya:

  1. umur dah lebih 40 tahun
  2. kerjaya anda juga mempengaruhi
  3. profile kewangan anda
  4. kuota bank maximum loan.

Rasanya, point 1 dan 3 jelas.

Saya nak detailkan point 2 dan 4 sahaja.

Kerjaya…

Jumlah MRTT yang standard kalau saya kira adalah 5%. Daripada harga jualan atau loan yang lulus.

Contoh rumah harga RM 350K, MRTT anda nanti akan jadi 350k x 5% = RM 17 500.

Tapi 5% ni hanya yang bekerja macam cikgu, kilang, office dan sebagainya. Kiranya kerjaya yang tak berisiko tinggi. Banding dengan anda yang bekerja seperti Polis, Askar, kemungkinan MRTT akan lebih tinggi.

Kalau anda kerja Oil n Gas akan jadi lagi tinggi, so tak boleh nak bagi dalam anggaran dalam 5%.

Saya pernah tanya, kenapa Oil n Gas tinggi, jawapan banker sebab ia berisiko tinggi. Walaupun anda bekerja sebagai admin yang memang tak naik ke laut atau duduk di pelantar minyak pun.

So itu sebab dari point kerja. Kita pergi ke kuota bank pula.

Kuota Bank 

MRTT ni memang akan masuk dalam jumlah total loan. Bermaksud, anda apply loan 350K sebab harga rumah 350K. Tapi jangan terkejut kalau tengok balik statement total loan anda jadi RM 365K.

Ada lebih 15k disitu. ( 365k – 350k )

So 15k inilah jumlah MRTT. ( Anggaran saya sahaja ya. )

MRTT memang boleh masuk dalam total LOAN, berbanding dengan MLTT. MLTT anda akan bayar bulan bulan.

dah baca MLTT vs MRTT?

Tapi, walaupun MRTT boleh masuk dalam loan, ia masih lagi bergantung kepada kuota berapa yang dibenarkan.

Contoh, katakan anda buat loan RM 350K, bank bagi cover MRTT ni sampai RM 370K sahaja.

Kalau total MRTT anda sampai 30K, memang terpaksa topup lagi 10K.

10K ni boleh keluarkan daripada EPF ataupun terpaksa cash.

Bagaimana pula dengan MRTT loan LPPSA

Untuk loan perumahan goverment, LPPSA. Anda tak perlu risau dengan MRTT coverage tak cukup. Sebab memang LPPSA ni ikut mana pun memang akan cukup coverage 100%, selama mana kita buat loan, dan sebanyak mana kita pinjam.

So tak perlu risau kalau kena topup atau tidak.

Cuma anda kena tengok tengok juga, berapa total MRTT itu nanti. Sebab bila dah sampai umur 40 an baru buat loan rumah, kemungkinan MRTT akan jadi gila gila punya tinggi.

Dan sebabkan MRTT ini memang masuk dalam loan, confirm installment anda pun akan tinggi juga.

MRTT TanggungJawab Siapa

Dah pasti ini tanggungjawab pembeli, sebab anda yang sign Letter Offer. Tapi sebenarnya agak susah susah juga untuk pembeli rumah tahu kalau bukan kita yang agent hartanah ni yang jelaskan.

So bagi saya, tanggungjawab untuk bagi tahu pembeli berkenaan dengan MRTT dan MLTT adalah jatuh pada agent.

Sian pembeli yang sign letter offer tapi tak faham apa benda yang dia sign. Tau fikir lulus ja. Sedangkan nanti bila dah tua, atau sampai masanya terpaksa tanggung beban.

berapakah MRTT paling tinggi pernah saya dengar?

Buatnya anda yang terfikir nak tanya saya kan, so saya saja saja buat ditanya awal.

Paling tinggi ialah hampir 80K.

Client beli rumah harga 380K kalau tak silap saya. Dan umur dia 45 tahun.

Kenapa terlampau tinggi sangat? Sebab ini loan LPPSA. Loan LPPSA tak sama dengan loan bank. Kalau terlebih kuota, memang anda terpaksa topup.

Tapi kalau loan LPPSA, tinggi berapa pun, ia tetap akan masuk dalam loan. Nampak macam memudahkan peminjam. Tapi mana yang tak berilmu, atau tidak perasan memang terpaksa telan masalah itu.

Itu sebab, penting beli rumah dengan agent yang tahu pasal benda ni. Anda bukannya beli rumah setiap tahun. Jadi normal untuk kita tak tahu atau tidak alert dengan hal sebegini.

Untuk agent seperti saya, InsyaALlah tahu. Kena tahulah kalau anda tanya nak jawab apa kan.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments