Sepanjang hampir 4 tahun saya jadi agent. Saya ada pengalaman 2 kali pengalaman lawyer yang buat kerja macam taik.
Dua lawyer ya, maksudnya beberapa kes juga saya kena hadap dengan lawyer 2 ekor ni.
Memang naya.
Paling teruk kes di Perlis, sampai saya terpaksa bayar 8 ribu lebih kepada pembeli. Sebab dia sudah book 3.18%, tapi kunci rumah tak dapat. Ikutkan, bukan salah saya. Sebab lawyer yang salah baca geran.
Tapi itulah, kita pun tak larat nak menghadap. So saya terpaksa guna duit saya sendiri. Nak pula bila agency duk simpan tangan dalam poket.
Terpaksalah..
Estimate Proses Jual Beli Rumah
Saya pernah sembang dengan satu owner, yang kes dia sebelum pernah selesai dalam masa 3 bulan sahaja. Dan dia macam berbangga sebab dapat selesaikan kes cepat.
Dia cakap, setiap hari dia follow up.
Untuk saya sendiri, sememangnya saya tak boleh nak follow up sampai setiap hari. itu sebenarnya kerja gila. Dan sememangnya tak adil untuk lawyer yang dah pasti ada juga ambil beberapa kes.
So estimate time kalau bank saya akan bagi lawyer dalam 4 hingga 6 bulan.
Dan kalau loan gov, urusan dalam 6 hingga 8 bulan.
Kadang mungkin akan lebih lama lagi, sebab ia sangat bergantung kepada jenis geran rumah tersebut. So kita tak boleh nak pukul rata, dan rasa semua rumah ni kononnya cara buatnya sama dan tempohnya pun sama.
Tambah lagi, urusan jual beli rumah ni bukannya melibatkan lawyer sahaja, ada juga pihak lain terutamanya agency kerajaan yang dah pasti akan ambil masa dan turn juga.
Oh ya, dan juga bank. Bank pun tengok juga bank apa, CIMB speednya lain, Maybank lain, Bank Rakyat lain. Kalau Ambank pun lain.
So kalau anda nak jual rumah, dan confirm nak setel dalam 3 bulan, kalau sanggup bayar lawyer 50 ribu mungkin dia akan tolong buat. Sebab owner pun kos dalam RM 1700 sahaja.
Pendek kata, kalau kita nak maki hamun lawyer pun, mesti dalam keadaan yang sesuai. dan tempoh yang sesuai. Bukannya membuta tuli.
Cara Yang Betul Follow Up
Untuk saya, kalau anda nak follow up kes lawyer buat kerja, yang pertama adalah tempoh tadi, 4 hingga 6 bulan untuk bank. 6 hingga 8 bulan untuk LPPSA.
Ada ja kes yang lebih awal sebenarnya. Cuma saya tak nak kita terlampau bagi harapan yang tinggi, sebab macam tadi, setiap geran itu lain. Dan lain cara kerjanya.
So, cara betul follow up, ialah anda pastikan kalau nak bertanya pun mesti dalam tempoh 4 hingga 8 bulan ni. Sebab kebiasaannya tempoh ini kes akan selesai.
Jangan baru sign snp hari ni, minggu depan dah tanya doc di mana. itu tak masuk akal.
Cara terbaik juga anda minta ETA time. ini yang saya biasa buatlah. Contoh kalau document itu pending untuk stamping kita minta ETA dari lawyer supaya kita tahu progress next process nya tiba bila.
System Lawyer Yg Bagus
Yang terbaik adalah system lawyer yang ada ditunjukkan progress step jual beli rumah kita tu di mana.
Seperti contoh yang dibawah ini.
Yang keratan di tengah tu saya potong ya. Sebab panjang sangat. So setengah lawyer, memang ada bagi progress macam ni. So mudah kita nak faham.
Selain daripada tu, ada juga lawyer yang buat group khas untuk kita tengok status dan tanya apa2. So ini pun memudahkan juga.
Dalam rekod saya, alhamdullilah. Saya ada beberapa lawyer yang memang saya rasa kredibilitnya terbaik dan tak songlap duit.
Antara bagi saya lawyer yang bgus ialah:
- Mohdanuar.co di Sungai Petani
- Sharifah Taqiah and Partners di Alor Setar
- Ram Reza di Bertam, Penang
- Kak Wani Alor Setar – untuk LPPSA
- Sabri n Co dri Sungai Petani pun boleh juga
Jangan terkejut kalau memang ada lawyer yang songlap duit. Tak pernah kena, mmg tak percaya, tapi kalau dah pernah kena, memang confirm akan cari saya punya.
Macam lah saya boleh buat apa apa, sekadar dengar dan nasihat jelah apa yang patut. Ceritanya anda sudah terkena juga.
Itu sebab, penting untuk cari lawyer yang bagus. Kes saya yang kena dengan dua lawyer shit di atas tu memang terpaksa hadap.
Saya pun hanya boleh minta maaf je la dengan pembeli dan penjual. Harap saya tak ada lagi dapat lawyer yang macam tu.
Itu sahaja.
Untuk senarai lawyer yang saya cakapkan tu, anda boleh direct sendiri dengan mereka atau nak saya informkan kes untuk anda pun boleh. Kiranya, saya akan datang jumpa, dan akan tolong follow up kes dengan anda.
Andai kata loan masih lagi tak proceed saya akan tolong submit juga.