Akibat Batal Loan Rumah, Cancel Booking?

Dalam 1 tahun saya buat property ni kan.

Memang ada kes kes yang buyer or owner cancel.

Kalau nak cancel cancel gini, atau separuh jalan punya cerita ni bukan tak boleh. Boleh je lah, cuma jadi masalah kalau orang dah buat kerja, atau pun ada perjanjian yang dah sign.

Bila perjanjian tu dah sign, atau tandatangan – confirm kena bayar denda

Kalau tak yang melibatkan tandatangan anda – kes akan jadi budi bicara untuk orang yg buat kerja tu.

Tak pa, sekarang ni saya nak highlightkan proses yang akan anda lalui kalau beli rumah, dan kat mana yang sign sign tu.

  1. saya check kelyakan layak ke dah
  2. tengok rumah – lepas check kelayakan baru kita akan tengok rumah
  3. booking – kalau rumah ok, setuju, boleh bayar booking untuk proceed loan
  4. loan dah siap hntar dan lulus selepas 2 minggu
  5. sign SnP – selepas 2 minggu gitu, lawyer akan panggil untuk sign SnP
  6. Lepas sign snp, bila lawyer dah stamping – lebih kurang 1 minggu, dia akan bagi satu surat, hah surat ni lah yang anda bawak g kwsp. Nnt lepas 2 minggu gitu, duit akan masuk ke akaun anda.

Dan seterusnya lah, anda boleh rujuk panduan jual beli rumah ni untuk full process.

Dan bahagian yang sign sign itu ialah di step no 4 dan 5

Step no 5 tu memang lah, perjanjian SnP. Owner dan Buyer perlu datang dan jumpa lawyer atau kalau guna panel kami, lawyer sendiri akan pergi dekat untuk dengar briefing dan dapatkan tandatangan jual beli anda.

Yang no 4 pula – perjanjian letter offer dengan bank. Atau biasa orang duk panggil LO. Perjanjian loan yang lulus tu. Memang banker akan panggil untuk tandatangan setuju.

Sebagai BUYER, kalau anda cancel proses jual beli, selepas tandatangan dua dua ni, memang kena denda. Berapa? Saya pun tak tahu, dan kemungkinan besar booking step 3 pun tak dapat juga.

Kalau sebagai Owner pula, kalau anda cancel part ni, kos lawyer yang sediakan SnP kena bayar, dan duit booking bayar yang masuk pun kena bayar double pada buyer. Yang ni, memang sudah ada dalam perjanjian masa sign.

kalau step 4, loan dah lulus, tapi belum sign lagi LO dan nak cancel. Kalau kes gini, anda tak perlu bayar denda. Tapi booking mungkin tak dapat. Sebab tak ada sebab kukuh nak cancel.

BOOKING NI DAPAT SEMULA UNTUK KES YANG TERPAKSA BATAL.

Contoh macam loan x lepas ke, owner tiba tiba tak nak sign ke. Macam kes yang saya kena hari tu, boleh pula owner tak nak bg IC. Geram betul la saya.

Atau kes kes lain yang tak disengajakan.

Jelas?

 

Syed Shaffizan, InsyaAllah seorang yang rajin balas whatsapp awal. Kecuali bila dia tengah tidur. tak pun, cuba anda test, kot kot memang ada soalan nak tanya pasal property. KLIK SINI >> 0136619001

Leave a reply:

Your email address will not be published.