Cara Jual Rumah Sendiri!

Untuk anda jual sendiri ini mudah sahaja.

Pergi sahaja ke bank, bawa document dan butiran rumah anda ke bank untuk proseskan loan pembeli. Untuk lawyer pula, anda boleh pilih sendiri di Google ataupun guna sahaja lawyer daripada bank sendiri.

Oh ya, anda kena minta valuer check market value dahulu, baru cari pembeli dan minta bank uruskan.

Lebih kurang macam inilah, kalau saya buatkan point by point untuk lebih mudah faham:

  1. check market value dengan valuer
  2. cari pembeli
  3. suruh pembeli submit loan
  4. loan dah lulus, suruh banker proceed dengan lawyer sendiri
  5. anda tunggu duit masuk.

Lebih kurang macam proses jual beli rumah yang saya kongsikan juga. Cuma kali ni lebih pendek. Daripada 10 steps yang saya kongsikan, dah cut jadi 5 sahaja.

Kesan Jual Rumah Sendiri

Saya sendiri agent hartanah, dan bila saya kongsikan tips jual beli rumah dalam blog ni sudah pasti untuk saya dapatkan client juga. Sama ada ada pemilik hartanah yang nak jual rumah, ataupun pembeli hartanah.

Hartanah yang saya maksudkan bukan rumah sahaja, dusun, bendang, dusun apa semua kalau location cantik memang saya akan ambil.

Walaupun saya nak tolong jualkan, tapi saya pun faham. Tak semua pemilik hartanah selesa untuk bagi comission. So anda boleh gunakan 5 cara di atas tapi saya nak kongsikan juga kekurangan kalau anda gunakan 5 step di atas ni.

Kekurangan Jual Rumah Sendiri

Susah Nak Tanya Soalan

Ya, betul tu. Jual beli hartanah ni memang simple, tapi kalau kita masih baru memang banyak hak hak kecil yang kita kena pastikan. Sedangkan kalau minta agent seperti saya yang uruskan, semuanya anda boleh dapat jawapan secara direct jumpa dengan saya sahaja.

Sebab agent hartanah ni, ibarat banker + lawyer + pejabat tanah + cukai pintu + tnb + sada (bil air) dan segalanya berkaitan boleh ditanya.

Jangan terkejut, kalau hal pinjaman anda banker sahaja tahu, tapi hal lawyer, banker tak tahu. Begitu juga, hal banker, lawyer pun tak tahu.

Tapi kalau agent hartanah seperti saya, memang kami boleh jawab untuk soalan soalan yang level biasa ditanya ni.

Dengan adanya agent hartanah persoalan anda tu lebih cepat dijawab.

Saya sendiri pun selalu juga, ada pembeli atau penjual rumah yang tak nak guna agent, tapi masih lagi duk tanya saya. Walaupun ada juga terasa menyampahnya di situ.

Tapi tak apa, kita layan jelah.

Slow Response

Terumtanya dekat Lawyer. Lawyer yang biasa bank submit kes, dengan Lawyer yang biasa agent hartanah submit kes memang sama. Belajarnya pun bidang yang sama, kelulusannya pun sama. Entah entah dua dua lawyer ni adek beradek mak sebapak pun.

Tapi response depa confirm tak sama.

Sebab pernah terjadi pada saya di Alor Setar, kami terpaksa guna lawyer panel bank.

Saya pun terpaksa OK lah, dan lepas beberapa lama memang saya perasan lawyer tu responsenya slow. Dan macam cepat naik angin bila ditanya tanya. Sebab depa ni tak biasa deal dengan agent, jadi depa macam rimas.

Agent ni memang asek tanya sahaja. Asalkan dapat info sikit untuk report pada pemilik.

Banker pun sama. Itu sebab banker dan lawyer, saya tak ambil atau tak deal dengan banker yang saya direct pergi bank. Sebab biasanya mereka ni tak responsive dan lambat reply bila saya tanya.

Saya ada satu banker CIMB di Geogetown, chinese guy yang kalau saya wasap dia tengah pagi pun dia reply. Kalau dia bangunlah. Susah tau nak jumpa banker yang tengah pagi reply ni, sebab ada yang straight sangat, bila time office sahaja baru boleh nak chat kita.

Sudah Proven

Ya, ini pun satu hal. Panel Lawyer yang saya guna adalah yang proven. Memang dijamin tiada masalah. Dijamin tiada songlap. Sebab memang dah kenal dah hantar kes kat depa ni bertahun tahun.

Ada panel lawyer saya yang sudah kenal sejak tahun pertama jadi agent hartanah lagi, pada tahun 2018, sampai sekarang.

Bila dah kenal lama ni best buat kerja.

Tak adalah, rasa takut nak tanya update. sebab nanti depa melentingkan.

Tapi kadang kadang tu kalau lawyer yang baru jadi panel, memang saya tanya ja kalao dia marah pun. Asalkan dapat update.

Banker pun sama. Anda tahu, ada satu kes saya yang loan sudah lulus, tapi terpaksa cancel. Kalau banker yang kita tak kenal, takut juga kalau dia blacklistkan client saya. Tapi sebabkan kami memang sudah kenal lama, kira halal je lah.

Sebab nanti saya akan hantar kes kat dia juga. So dia pun boleh cancelkan kes saya hari tu macam tu sahaja.

Alhamdullilah dalam next month jugalah pembeli saya dapat rumah yang lain untuk submit. Dan saya submit dekat banker yang sama juga.

Baiklah, itu sahaja.

Saya harap anda beri peluang pada saya untuk tolong uruskan jual beli rumah anda. Saya cover area daripada Simpang Pulai, Perak sampai ke Sungai Petani, Kedah, dan seluruh kawasan Penang. Jangan jual sendiri dulu ya, minta luangkan masa dengan saya dahulu untuk jumpa.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments