Kos Bisnes Homestay

Servis Pemasaran Homestay RM 1800

Untuk kos bisnes homestay ini, saya nak bahagikan kepada 6 kategori. Sebab setiap pada kita mungkin ada modal lebih sikit, ada juga yang modal tak berapa nak banyak sangat, ada juga modal yang tiada langsung. Tapi teringin juga nak buat homestay.

Apa apa pun, jangan harap kalau kos nak dapatkan rumah untuk homestay ni seringgit sahaja, anda masih lagi perlukan beberapa ribu supaya rumah itu dapat disediakan dan kita boleh mulakan perniagaan homestay.

Suka saya nak bagi tahu juga, perkongsian saya ini adalah perkongsian untuk kita memiliki rumah homestay tersebut. Sebab, kalau nak ikutkan, untuk buat bisnes homestay ini rumah itu bukan kita punya pun boleh buat.

Hanya buat perjanjian dengan pemilik rumah sahaja. Tapi perkongsian saya dalam artikel ni, memang untuk kita miliki rumah itu terus.

Ada 6 ketegori:

  1. Jenis yang ada duit + tanah > range dalam RM 200K – RM 250K
  2. Jenis yang ada duit tapi tiada tanah > range RM 200K > RM 300K > RM 400K
  3. Jenis yang ada duit, tapi below RM 100K
  4. Jenis yang ada duit, tapi below RM 30K
  5. Jenis yang dalam RM 1000 sahaja.
  6. untuk LPPSA loan

So itu dia, ikutkan nak ada 3 kategori sahaja. Tapi godek punya godek, macam boleh buat jadi 5 kategori.

Kategori 1 : Jenis yang ada duit + tanah > range dalam RM 200K > RM 300K

Homestay ini kalau kita boleh buat rumah sebiji macam rumah kampung adalah lebih baik. Sebab rumah kampung atau rumah sebiji macam banglo ni lebih menarik dan lebih mudah untuk dapatkan tempahan.

Cuma itulah, kalau memang ada tanah sendiri. Boleh jadi, family punya yang dah ditukarkan kepada nama anda punya. Bolehlah bajetkan dalam RM 200K untuk buat rumah macam atas ni.

Sebenarnya, bajet dalam RM 150K pun dah boleh dapat dah kalau di Kedah. Tapi kalau ada bajet dalam 200K, memang selesa juga anda nak siapkan rumah macam mana pun. Mungkin lagi 30K untuk kelengkapan perabot semua.

So total, saya rasa atleast dalam RM 230K adalah lebih baik.

Kategori 2 : Jenis yang ada duit tapi tiada tanah > range RM 200K > RM 300K > RM 400K

Jenis yang ini agak parah sikit. Saya percaya tak semua orang ada tanah sendiri untuk buat rumah. kalau ada pun, mungkin kedudukan tak sesuai. Macam saya sendiri, tanah tepi jalan mak saya boleh bagi adalah di Parit, Perak.

Sedangkan saya nak menetap di Taiping atau pun di Bertam, Pulau Pinang.

Kalau anda tiada tanah, memang perlukan bajet dalam 300K ke 400K

200K memang dah letak kos untuk buat rumah. lagi 100K atau 200K kita akan gunakan untuk beli tanah. Tanah tu juga kalau boleh, biarlah 5000 sqft ke atas. Walaupun kalau dah cecah 7000 sqft itu memang payah nak jumpa below 200K.

Tanah yang ada pegang sekarang ni di Merbok, saiznya boleh tahan juga, 1 ekar. dalam 43 ribu sqft. Lebih 1 relung, dengan harga RM 280K. Cantik ni, sebab belakangnya macam ada sungai.

Cuma lokasi saya masih lagi tak sure, sebab saya tak pergi lagi. Ada pembeli nak beli dah bulan lepas, tapi owner tak nak turun harga kurang dari RM 265K. Dan owner juga tak nak client saya buat loan, kalau tidak memang dah terjual pun.

Apa apapun, anda bajet 200K untuk buat rumah, lagi 200K untuk beli tanah.

Ikutkan tanah ni 60K pun boleh dapat, tapi memang lot lidi sahajalah ceritanya.

Kategori 3 ; Jenis yang ada duit, tapi below RM 100K

Kita pergi ke kategori 3 pula. Kalau kategori 1 dan 2 adalah anda yang memang nak buat rumah banglo sebiji atas tanah. Memang perlukan kos sampai 400K. Bergantung kepada ada tanah atau tidak, dan detail yang macam mana anda nak buat dengan rumahnya nanti.

Swimming pool, kalau nak tambah RM 60K mesti ada ya.

Untuk kategori 3, kita dah macam tak boleh dah untuk buatkan rumah banglo sebagai homestay. Sebab bajet kita hanya sampai 100K sahaja.

Dan saya boleh cadangkan unit Semi D atau unit Banglo. Tapi kalau nak buat homestay untuk rumah begini memang kena hati hati sikit, dan perlu semak banyak perkara. Takut jiran bising pula. Anda boleh pilih double storey semi D atau double storey banglow.

Untuk bajet double storey banglo, memang kena kira betul betul juga itu ya, takut tak cukup pula nanti.

seterusnya kategori 4

Kategori 4 : Jenis yang ada duit, tapi below RM 30K

Kategori 4 ini macam kategori 3 juga. Anda terpaksa beli rumah taman untuk buat homestay. Cuma kalau bajet below 30K, saya boleh cadangkan jenis intermediate.

Boleh jadi double storey atau pun single storey. Cuma kalau bajet 30K untuk single storey itu lebih mudah sikit.

30K ini adalah option last untuk anda yang nak bina homestay dan homestay anda macam ada konsep konsep tertentu. Sebab homestay ini kita tak boleh setup macam rumah kita, mcam homestay zaman dulu.

Homestay zaman sekarang ni, kita kena buat macam ada satu konsep khas. Tak kesah, sama ada minimalist yang paling mudah, modern, tropika, english style, industri, apa jenis pun tak kesah. Asalkan ia kekal di semua tempat rumah anda.

Maksudnya, bukannya nampak ada kosong kawasan rumah tu, anda pun berminat nak letak meja atau suka sahaja nak letak perabot apa, tanpa mengekalkan konsep asal rumah yang dirancang.

So, 30K ini adalah option last. Selepas ini, untuk kategori ke 5 dan ke 6 kita mungkin tak cukup bajet sampai 30K untuk sediakan konsep.

Kategory 5 : Jenis yang dalam RM 1000 sahaja.

Disini, kita hanya ada 1000 sahaja untuk book rumah. Biasanya untuk rumah baru, ada sahaja yang hanya RM 500 untuk book. Bulan lepas pun saya ada book satu rumah di Jalan Meru, Ipoh. RM 500 juga.

Biasanya rumah yang macam ni, kita akan dapat deposit 10%. Dan kalau anda bumi, mungkin boleh dapat lagi 5%

Apa apa pun, bergantung kepada pemaju nak bagi ke tak.

Untuk saya, bulan lepas, jenuh juga cari. Sebab area Taiping macam tak ada, Kamunting tak ada. Changkat macam ada, tapi rasa macam jauh pula. Tanjung Rambutan macam ada, tapi macam jauh pula dengan tempat industri.

Akhirnya saya book di Jalan Meru, Ipoh. Ini saya buat untuk sewa, bukan homestay.

So kalau anda ada rebate, boleh gunakan untuk beli perabot rumah, dan reno sikit mana yang perlu. Atau kalau anda di kategori 4 yang ada 30K, cari lagi rumah yang ada rebate 10%, +5% lagi sebab bumi, mungkin boleh dapat banyak juga bajet untuk sediakan kelengkapan semua.

Kategori 6 : untuk LPPSA loan

Kategori macam special sikit. Saya baru terfikir nak masukkan sebab orang kerja kerajaan ni memang ada kelebihan sebab ada loan gov yang dinamakan sebagai LPPSA.

Dengan LPPSA, anda boleh buat loan rumah macam biasa. Bezanya orang lain guna bank anda guna LPPSA.

Tapi LPPSA ni juga boleh anda guna untuk beli tanah.

Kiranya, buat loan beli tanah dahulu, mungkin dalam RM 100K, lepas komitmen rumah dah masuk dalam payslip, maksudnya dah buat penolakan dari angkasa. Anda boleh buat loan lagi sekali untuk kos buat rumah pula. Mungkin loan lagi 200K.

Tapi macam biasa, ada banyak syarat syaratnya yang anda kena follow, antaranya:

  1. tanah yang buat loan tadi, mesti tanah 1 nama, bukannya banyak nama
  2. masa loan kali kedua nak buat untuk kos rumah 200K tadi, kemungkinan kontractor akan minta deposit dalam 30K untuk bina tapak rumah. Tapi sangat jarang tak silap saya, sebab LPPSA boleh buat pinjaman penuh tanpa sediakan tapak. Walaubagaimana pun, ianya kemungkinan anda kena sediakan juga.

Itulah dia-nya.

Jelas tak?

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments