Buat Rumah Sewa Atau Homestay

Servis Promote Homestay!!

Kalau anda baca artikel samada nak buat rumah sewa atau homestay ni, selepas anda baca cara nak buat duit dengan sewa. Saya nak ucapkan tq lah. Sebab dah baca artikel sewa tu sampai habis.

Dan kali ni saya nak bagi pendapat mana satu yang lebih baik, sama ada nak buat sewa atau pun homestay.

Perbezaan Ketara = modal + komitmen

Perbezaan ketara bila anda buat rumah sewa ataupun homestay dah pasti pada dua perkara.

  1. modal yang anda keluarkan
  2. dan komitmen, atau masa yang perlu diperuntukkan.

Bermaksud,

Kalau anda rasa modal macam tak cukup untuk buat homestay, lebih baik fikir sewa sahajalah. Sebab sewa memang memerlukan modal lebih sikit untuk siapkan semua kelengkapan.

Macam kita prepare rumah sendiri juga. Pasti nak ada itu ini, supaya tetamu kita rasa selesa dan puas hati.

Kalau sewa, kadang tu kita tak letak perabot pun tak mengapa.

Seterusnya, komitmen.

Kalau nak buat homestay, dah pasti tak boleh anda set dan terus lupakan. Setiap tetamu yang masuk keluar kena layan, dan kena bersihkan rumah. Dah pasti perlukan masa untuk anda datang ke rumah dan buat persediaan semua.

Berbanding dengan sewa, anda cuba cari penyewa, boleh jadi family atau bujang sahaja. Selepas itu, bertahan jugalah berapa bulan atau beberapa tahun untuk depa stay dalam rumah tu.

Kiranya dalam tempoh depa stay tu, kita tak payah nak fikir apa dah.

Buat Homestay Kalau

Bermaksud, kalau anda nak buat homestay, mesti:

  1. ada modal lebih sikit untuk belanja
  2. mesti ada masa untuk uruskan
  3. dan ketiga, memang anda nak dapat income yang lebih

No 1 dan no 2 rasa macam sudah jelas sangat. No 3, kalau memang anda niat nak jadikan homestay sebagai income yang dapat lebih sikit, memang ia pilihan yang terbaik.

Sebab kalau buat rumah sewa, memang tak berapa banyak sangat dapat. Cashflow positif yang saya biasa dengar pun dalam 300 atau 400 sahaja di area Penang. Itu pun, kalau unit yang anda sudah lama beli, bermaksud rate sewanya meningkat dengan bulanan rumah anda yang makin nampak macam lebih rendah.

Tapi kalau baru beli rumah, mungkin sewa rumah tu boleh cover 60 ke 70 peratus sahaja daripada duit installment.

Lagi sekali, kalau memang anda boleh sediakan dan nak kan buat homestay, kena pastikan atleast 3 perkara tadi.

Nak Buat Homestay Tapi

Ini tengah terjadi pada saya sekarang, dan sebelum ni. Kononnya nak buat homestay, tapi saya takut kalau tiada yang menginap. Sebenarnya ada beberapa cara yang kita boleh buat. Antara yang saya boleh fikirkan:

  1. anda selamba tanya permintaan homestay berdekatan
  2. pastikan harga anda kompetitif
  3. pastikan konsep rumah anda lebih baik

Jangan lupa baca cara buat duit dengan homestay ni juga, sebab ada beberapa tips lain yang saya kongsikan.

3 perkara di atas, anda boleh dapat tahu dengan menggunakan Google Map sahaja.

No 1 – dengan bertanya pada homestay owneryang lain. Hari saya ada pilih homestay yang paling banyak dapat review di Google Map. Rasanya dalam 47x juga. dengan rate homestay RM 250 satu malam.

saya tanya owner tu, banyak ke dapat tempahan segala. Dan kalau memang response dia positif, memang OK lah.

No 2 – anda cuba nilai sendiri, kenapa homestay di no 1 itu banyak orang nginap. Saya assume banyak orang menginap sebab banyak reviewlah ya. Sebab kebiasaannya memang kita boleh nampak pada dua sebab. Sama ada gambarnya yang cantik atau pun harganya sesuai.

Kiranya, cuba anda bandingkan dengan gambar homestay lain. dan harga juga.

No 3 – bila anda buat perbezaan, cuba tengok pada faktor konsep homestay itu sendiri. Kalau sekadar, letak barang macam biasa, pilih barang dan sofa macam biasa, ikut suka hati nak letak dan pilih bentuk dan warna apa. Memang kita tak nampak konsep yang cantik.

Kena ada konsistensinya konsep homestay ni, jangan campur aduk. Baru gambar kita akan nampak lebih win.

Kalau masih tak yakin?

Kalau masih tak yakin, dan rasa nak cuba juga homestay. Anda boleh buat sahaja, pastikan bersedia juga dalam 3 atau 6 bulan. Sebab takut tak dapat pulangan lagi.

Sebab homestay kita dah pasti perlukan masa untuk orang percaya.

Plan yang selamat, mungkin buat sahaja homestay, dan nanti kalau tak dapat sambutan, tukar kepada sewa. Atleast kita cuba juga kan.

Tapi kena promote betul betul, dan plan semua betul betul. Boleh tengok pada 10 tips saya berkenaan dengan homestay ni.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
MON
MON
2 months ago

assalamualaikum tuan Shafizzan. Boleh ajarkan teknik SEO kpd saya?