Cabaran Bisnes Homestay

  1. strategic location
    • kita tak pasti kalau location yang kita pilih tu adalah tepat atau pun tidak, selagi kita tak cuba
  2. bajet
    • rekomended bajet dalam 60K, pasti tak semua orang mampu.
  3. contractor yang tak bertanggungjawab
    • buatnya dah upah, tapi kene kencing? adoi.. naya
  4. project rumah yang tak siap
  5. risiko tak dibagi buat homestay

Saya ni, kalau bab senaraikan keburukan, takut sampai tuan puan tak beli pula. Tapi antara cabaran kita buat bisnes homestay adalah 5 perkara inilah.

Stratagic Location

Ikutkan kepada apa yang saya kongsikan dalam strategi bisnes homestay. Saya ada kongsikan software AirDNA untuk kita kenal pasti rekod rekod perniagaan competitor homestay kita yang sudah pun dijalankan perniagaannya di AirBNB.

Walaupun kita memang dapat satu data yang boleh diharapkan, tapi ia masih lagi bukan penjamin 100% akan kejayaan homestay kita nanti.

Itu sebab, saya sandarkan lagi satu software iaitu Mangools untuk kita buat juga research berkenaan dengan jumlah carian homestay bagi satu satu kawasan.

Supaya kita boleh faham, atleast kita tahu di satu satu kawasan ni memang ada permintaan untuk menginap di homestay. Dan untuk tentukan ini, memang kita terpaksa gunakan Mangools.

Mangols, atau keyword research ni kalau ikutkan ada lagi yang best, tapi saya pilih Mangools ini sahaja sebab software ni buatkan kita lebih jelas dengan keyword yang kita cuba nak analisa.

Seterusnya Bajet

Rata rata, kita perlukan atleast 60K untuk buat renovation. Ini renovation sahaja tak termasuk dengan kos bawa masuk barang lagi.

Jum kita kira sama sama, untk jenis homestay yang standard size. Rumah teres, intermediate unit yang ada 3 bilik.

Ruang tamu + dining area

  1. TV > RM 1500
  2. Sofa > RM 1500
  3. Meja Makan > RM 1500

Meja makan ni kalau ikutkan kena yang dalam RM 2000 baru nampak lebih cantik gitu. Sebab kalau RM 1000 macam basic sangat. Apa apa pun, terpulang pada anda. Ini adalah anggaran sahaja.

Dan kita hanya ambil kira kos kos yang besar, jam dinding, perhiasan itu semua saya tak masukkan dalam senarai kos buat homestay ni.

Bilik

  1. Katil + Tilam > RM 1500
  2. Aircond > RM 1000
  3. Meja Study > RM 400
  4. Almari > RM 1500

Apa jenis lampu perhiasan saya tak masukkan. Saya hanya plih 4 item ini sahaja. Dan totalnya dalam RM 4400, untuk satu bilik. Dan katakan ada 3 bilik.

4400 x 3 = RM 13 200

Ikutkan RM 1500 kos untuk katil dan tilam adalah untuk saiz queen. Tilam tu kalau saya sendiri survey, mesti yang atleast RM 800. Dan selebihnya adalah untuk kos katil.

Kalau bilik ketiga, biasanya bilik yang ini lebih kecil, dan mungkin akan letak katil saiz single sahaja. Tapi tak mengapalah, itu anda kira sendiri nanti.

Untuk anggaran ini saya hanya darab sahaja 4400 dengan 3 bilik.

Dapor pula

  1. kitchen cabinet RM 10000
  2. dapor dan hood RM 2500
  3. lain lain RM 500

Ikutkan kitchen cabinet boleh cecah sampai RM 15000. Tapi 10K itu adalah bagi saya bajet yang OK untuk rumah teres single storey. Untuk dapor dan hood.

Jenis yang paling murah saya tengok dalam RM 1500 untuk hood. Dan dalam RM 1000 lagi untuk dapor. Ikutkan ada sahaja lagi murah, tapi tak nak nampak obvious sangat murahnya.

Lagipun jenis 1500 hood ni memang ramai orang guna.

So, in total. Kos keseluruhan untuk masuk barang barang ini sahaja sudah cecah sebanyak RM 30 700.

Contractor Problem

Ini pun jadi masalah juga, takut contractor ni awal sahaja charge kita macam murah. Sekali tak siap, dan terus cabut.

Ataupun bila dah siap, tapi banyak kerosakan dan tak nak bertanggungjawab.

Tapi saya ada beberapa kenalan contractor ni Utara, terutamanya di Sungai Petani yang bagi saya betul betul terbaik.

Lagi bagus kalau ada jenis kontractor yang boleh rekemen interior design sikit. Tak adalah jenis yang buat dinding dan pecah dinding sahaja.

Projek Rumah Tak Siap

Dalam satu tips saya, untuk kita dapatkan duit belanja untuk bina homestay ialah dengan mencari rumah baru. Rumah undercon. Sebab rumah jenis ini kadang kadang akan bagi kita cashback.

Dan bila kita ada cashback, bolehlah tampung sikit kos untuk penyediaan homestay kita.

Tapi itulah, bila rumah projek baru ni, walaupun developer tu kaya macam mana pun, establish macam mana pun. Risiko projek itu jadi projek gajah putih, tetap akan berlaku.

Yang paling selamat, cari projek yang hampir nak siap. Tapi itulah, bila dah nak siap, biasanya developer akan tarik cashback. Dan harga rumah pun akan jadi lebih mahal, berbanding dengan harga yang depa open awal awal dulu.

Tak dibagi buat homestay.

So katakan rumah yang anda nak beli untuk buat homestay, akhirnya sudah pun siap. Anda pun dah habiskan modal renovation dan bawa masuk barang semua. Katakan dalam 60K.

Siap dengan wiring point semua. Siap ada lagi point yang rendah ala ala tinggi sofa gitu untuk mudahkan orang yang menginap di homestay kita ni lebih mudah.

Lepas siap semua, anda pun mula promote di AirBnB. Dan katakan selepas beberapa lama, homestay anda mendapat sambutan.

Siap sampai jadi superhost lagi. Kira dah jadi abang kawasanlah ni.

Dan tiba tiba, JMB tak bagi anda teruskan buat homestay. Alamak, macam mana ni? Duit installment rumah ni bukan 1 2 tahun. 35 tahun tu.

Kalau ini terjadi, memang parah. Mungkin dengan mendaftar dengan Motac boleh bantu untuk kita jalankan perniagaan. Kadang kadang jiran ni bukan apa, dia bukan tak suka kita berniaga.

Tapi sebab pelawat homestay ni yang kadang kadang mungkin terlebih excited sebab bercuti kan. Mungkin akan bising sikit.

Apa apa pun, dua dua belah pihak kena duduk berbincang. Mungkin ada certain rules yang kita kena patuhi. Atleast kita masih lagi boleh lagi jalankan perniagaan homestay.

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer