Pengalaman Beli Rumah Leasehold

Rumah yang saya baru beli di Ipoh 3 bulan lepas pun leasehold juga. Bukanlah saya beli, tapi guna nama wife. Kira sekalilah tu kan. Guna LPPSA dia.

So, kalau nak menjawab, pengalaman beli rumah leasehold.

Dah pasti orang yang bertanya tu macam ada sangsi sikit, sama ada semasa proses membeli, atau proses semasa menjual!

Kalau orang yang tengah beli rumah leasehold, mungkin dia akan bimbangkan hal seperti:

  1. Akan ada masalah kalau nak wariskan pada anak sebab leasehold, so nanti anak kena bayar pejabat tanah pula sebab dapat leasehold
  2. Rasanya tak best sebab rumah tu leasehold, ibarat macam bukan milik kita sepenuhnya.
  3. Andai kata anda beli rumah leasehold ni untuk buat investment, takut takut kalau orang tak nak beli pula.

Atau pun, kalau yang nak menjual rumah leaseholdnya, pasti akan terfikir soalan seperti:

  1. Berapa lama proses nak jual rumah leasehold
  2. Atau kalau ada syarat syarat lain yang berbeza disebabkan rumah leasehold tadi.

InsyaAllah saya akan cuba jawab seringkas yang boleh ya.

Untuk pembeli,

Masalah kalau nak wariskan rumah!

Macam betul dan tak betul. Kalau memang niat anak tu nak jual, memang akan ada masalah. Tapi kalau memang anak tu nak duduk, tiada maslah. Sebab renew leasehold ni lebih kurang dalam 10k to 15k sahaja.

Tak best sebab bukan rumah tu bukan milik kita?

Sebenarnya, leasehold atau freehold, kalau kerajaan nak ambil, mereka tetap boleh ambil. Sebab memang ada akta yang mengatakan boleh. Leasehold tu ibarat macam charge tambahan atau keuntungan pada kerajaan sahaja sebab kita kena bayar lebih kurang dalam 10k ke 15k gitu setiap kali nak renew, dalam tempoh 99 tahun.

Ada juga yang 66 tahun, tengak kawasan juga. Dan ikutkan briefing yang lawyer cakap saya dengar masa tahun 2018 dulu, dalam akta itu pun tak mengatakan kerajaan MESTI kena bagi pampasan bila nak ambil tanah kita tadi.

Tapi, memang confirmkan pun kerajaan akan bagi juga pampasan bila meraka ambil!

beli rumah leasehold untuk buat investment

Kalau memang niat anda nak beli leasehold tu sebabkan untuk investment, kena hati hati sikit. Sebab rumah leasehold ni market valuenya tak setinggi macam rumah freehold.

Anda juga kena tengok kawasan, kalau area yang nak beli tu ada juga freehold dan leasehold. Better jangan beli. Contohnya macam di Alor Setar.

Tapi kalau memang kebanyakannya leasehold macam yang saya beli, memang tiada masalah kalau kita ambil leasehold. Contohnya macam di Ipoh.

Rasanya selesai kot, kalau ada yang nak saya panjangkan lagi, minta tinggalkan komen ya.

Seterusnya untuk penjual!

Berapa lama proses nak jual rumah leasehold

Ikutkan lawyer kata, memang ada perbezaan. Untuk pengalaman saya, saya tak pasti perbezaan yang sama ada lama sangat atau tidak. Sebab yang masa kes saya sebelum ni, kes tu berlaku masa covid, jadi transaksi tu jadi lama disebabkan covid juga, orang pejabat tanah tak boleh masuk pejabat.

Syarat syarat lain?

Sepanjang pengalaman saya, kalau landed macam tiada masalah sangat. Yang jadi masalah bila rumah highrise, atau rumah pangsa, apartment dan condo ni.

Sebab projek rumah macam ni, biasanya masa pembeli beli, geran masih lagi master title.

Dan paling maksimum untuk developer beri arahan untuk pembeli tukar kepada geran strata dalam 10 tahun macam tu. Ada yang lebih awal pun ada.

Cuma, biasanya dalam 10 tahun surat daripada developer yang mengatakan, sila tukar nama geran ini daripada nama developer kepada nama anda sendiri akan sampai.

Dan anda mesti tukar, kalau tak tukar, memang akan efect pada proses jual beli, yang mungkin akan ambil masa setahun. Dan lagi teruk, bila rumah tu tak boleh nak jual pun, sebab bila master title sudah lebih 20 atau 25 tahun, bank pembeli pun tak boleh nak proceed loan.

Benda dah pernah terjadi pada saya di Alor Setar, sia sia sahaja saya berulang jauh.

Naya betul.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments