Cara Mempromosikan Bisnes Homestay

Servis Pemasaran Homestay RM 1800

Untuk promosikan homestay, saya nak kongsikan 8 perkara yang anda kena buat.

Tapi sebelum kita mulakan, ada beberapa persediaan dulu kena buat. Supaya nanti lebih senang nak buat 8 perkara cara untuk promosi homestay nanti.

Antaranya:

jangan lupa ambil gambar yang cantik.

Anda boleh hire profesional atau pun tangkap ja sendiri menggunakan 0.5 angle. Saya tak pasti kalau semua handphone ada, tapi telefon saya ada 0.5 angle ni. Ikut pada pengalaman saya, bila tangkap gambar guna 0.5 angle ni memang nampak gambar tu cantik sangat, apa yang kita tangkap pun nampak luas. Lagi menyerlah kalau ada banyak benda yang kita nak tunjukkan dalam isi rumah tu.

brand name homestay

fikirkan brand name homestay anda yang…

  • brand name homestay yang menarik
  • yang unik, supaya tak sama dengan homestay lain, nanti kita buat promote, homestay dia pula yang laku.
  • yang belum orang lain guna
  • yang mencerminkan tempat anda juga kalau boleh
  • yang mudah ingat pun ya juga
  • yang senang eja pun ya juga, supaya bila orang taip kat google senang depa nak eja
  • Elakkan huruf yang ada double.

Macam nama saya tu, shaffizan. ada double f. Saya tak boleh tukar dah, dah memang lahir memang nama gitu. Kita akan gunakan nama yang sama ikut pada brand kita ni pada semua platform promosi nanti.

register SSM jangan lupa

mana yang register SSM lagi, bolehlah buat cepat cepat.

no telefon yang tukar tukar

pastikan juga no telefon yang akan kita gunakan khas untuk uruskan homestay kita ini adalah nombor yang sama. Jangan tukar tukar, email yang sama, jangan tukar tukar.

Dah, selesai.

Rasanya 4 perkara ini dahulu.

Seterusnya, 8 perkara yang anda buat untuk promote homestay anda ialah.

1. register google map for business – mudah sahaja ni, pastikan location betul, dan update gambar tadi semua masukkan dalam google map.
2. buat fb pages – jangan lupa, gunakan brand name tadi.
3. fb ads – kena hati hati juga ni, takut lesap duit.
4. buat website – murah sahaja ni, kalau upah saya baru mahai, haha.
5. pastikan website ada di page pertama – ni guna teknik SEO, saya ada buat juga servis kalau nak.
6. pastikan page anda di fb page muka depan – teknik SEO juga.
7. mana pelanggan yang dah duduk, minta depa tinggalkan review di Google Map.
8. pastikan google map anda di page pertama. yang ni senang sikit nk buat – SEO juga

Bila ada brick and mortar business macam homestay, kedai, hotel semua ni. Location sangat penting, macam kedai makan. Walaupun jual atas pokok pun, orang tak nampak. Tapi sebabkan visibility dan location di Google Map nya betul, orang akan sampai juga.

Dengan Google Map juga, akan buatkan orang percaya akan homestay anda betul betul ada disitu. Bukannya, duk bagi deposit homestay, tapi bila customer sampai homestaynya entah kemana.

Itu sahaja, tak faham boleh tanya.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments