Kenapa Kita Perlu Buat Investment?

Kenapa kita perlu buat investment?

Supaya kita tak bekerja sampai mati lah kot. Atau pun supaya kita boleh pencen awal.

Untuk orang yang kerja kerajaan, mungkin tiada masalah sangat. Sebab anda ada pencen.

Separuh daripada gaji pulak tu. Kalau diploma gaji mati sampai RM 3500, ada juga RM 1 750 sebulan.

Banyak juga tu.

Tapi kalau yang kerja kilang?

Jangan kata nak harapkan EPF.

Sebab saya pernah terbaca, statistik sebelum covid pun ada bagi tahu, duit yang banyak banyak orang dapat tu, tak sampai 5 tahun dah habis.

  • mungkin buat renovation dapor
  • mungkin buat kereta settlement
  • mungkin beli kereta lain
  • mungkin bercuti
  • mungkin umrah atau pergi haji
  • mungkin terkejut duit banyak, terus beli macam2x dan terkejut lagi sebab tinggal seringgit je.

end up, umur dah 60 tahun, masih lagi bekerja jadi Guard.

*Tapi jadi guard bukan satu masalah ya. jangan salah faham. kalau rasa happy. silakan. mungkin bosan duk rumah, nak juga berkawan kawan. silakan.

Tapi kalau duk ja rumah, dan masih lagi ada duit masuk best tak?

Lagi best kalau tak perlu tunggu 55 tahun, umur 40 tahun pun dah boleh pencen awal.

Best kan gitu?

Tapi itulah, semua itu tak tiba tibanya datang dan terjadi tiba tiba. Ada sesuatu yang kita perlu buat, ada yang kita perlu usahakan dari awal supaya mudah kita nanti.

InsyaAllah saya akan cuba kongsikan semampu yang saya tahu.

Sebelum tu, jum kita sama sama fikir, apakah tujuan untuk kita buat investment ni.

Sebab investment ni, bukannya nak hari tua sahaja. Boleh jadi untuk perkara yang lain juga. Dan dah pasti, setiap satu investment yang lain masanya untuk kita raih keuntungan, dah pasti lain juga strategi atau jenis pelaburan dan usahanya.

Berikut antara tujuan kebanyakan kita untuk buat investment:

  1. supaya boleh hantar anak sambung belajar
  2. supaya kita ada simpanan banyak di hari tua
  3. untuk pergi melancong
  4. untuk pergi umrah dan haji
  5. untuk buat setlement rumah dan kereta
  6. nak satu investment yang boleh dapat bulan bulan

So itu dia, ada 6. Saya rasa ada lagi ni, tapi otak saya tak dapat nak fikir dah.

Nanti kalau saya terfikir, atau anda boleh tolong saya ka di komen, saya akan tambah nanti.

Kalau anda perhatikan balik, 6 tujuan tu, ada yang macam nak kena sediakan duit itu awal, atau lambat sikit, atau lagi lama, atau ada juga yang kita biarkan sahaja duit tu.

Anggaran Duitnya

Ok, tadi saya dah senaraikan beberapa tujuan untuk kita kumpul duit. Sekarang, saya nak buat anggaran berapa pula duit yang perlu daripada tujuan kita buat investment itu nanti.

Dan dari sini, baru mudah kita nak pilih jenis jenis investment yang sesuai dengan target kita.

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer