Apa Itu Pelaburan Hartanah

Maksud Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah adalah salah satu cara untuk buat duit dalam jangka masa panjang, yang menggunakan rumah sebagai medium perniagaannya.

Pelaburan jenis ini secara ringkasnya adalah mengharapkan market value atau harga semasa rumah itu yang akan meningkat selepas beberapa tahun.

Seperti contoh pelaburan hartanah yang dah berjaya:

  1. rumah SemiD di Taman Armada, dulunya pada tahun 2016 ia dijual dengan harga 130K, tapi sekarang, 2023 market value kalau nak jual dalam 280K – 330K
  2. rumah SemiD di KTC4 Kulim, 2012 harganya RM 250K, tapi sekarang 2023, RM 430K – 450K
  3. Teres Tmn Kelisa di Sungai Petani, dulu beli dengan harga 100K sahaja, tapi 2022 saya jual 230K
  4. Tmn Serai Wangi di Padang Serai, dalam tahun 2016, kawan saya beli RM 105K sahaja, sekarang kalau nak jual RM 250K

Saya bagi contoh empat kes ini sahaja disini, selebihnya anda kena baca sendiri di artikel contoh pelaburan hartanah yang dah berjaya ni.

Kiranya, pelaburan hartanah ini mengharapkan market value hartanah itu yang semakin naik.

Hartanah ni Rumah sahaja ka?

Sudah pasti tak, saja ja saya bagi contoh untuk piih rumah dulu. Tapi hartanah boleh jadi macam macam:

  1. semua jenis rumah landed (teres, double storey, semiD…)
  2. semua jenis rumah highrise (condo, flat, pangsapuri…)
  3. tanah lot – yang khas untuk buat rumah
  4. tanah dusun atau kebun buah ( durian dll )
  5. pam minyak
  6. shopping complex

Kiranya, boleh jadi apa sahaja yang berada di atas tanah. Ada satu abang ipar saya, beli tanah kosong di tepi jalan, dia bina 2 buah kedai kecik untuk disewakan.

Ini pun boleh dikira sebagai pelaburan hartanah.

Berapa pula keuntungan?

Seperti anda tengok 4 contoh kes pelaburan hartanah yang saya bagi di atas, keuntungannya berbeza mengikut harga rumah dan jenis rumah.

Untuk contoh kita, saya nak ambil contoh no 4.

  1. rumah SemiD di Taman Armada, dulunya pada tahun 2016 ia dijual dengan harga 130K, tapi sekarang, 2023 market value kalau nak jual dalam 280K – 330K
  2. rumah SemiD di KTC4 Kulim, 2012 harganya RM 250K, tapi sekarang 2023, RM 430K – 450K
  3. Teres Tmn Kelisa di Sungai Petani, dulu beli dengan harga 100K sahaja, tapi 2022 saya jual 230K
  4. Tmn Serai Wangi di Padang Serai, dalam tahun 2016, kawan saya beli RM 105K sahaja, sekarang kalau nak jual RM 250K

2016, kawan saya beli dengan harga RM 105K. dia buat pinjaman bank.

Kalau nak kira keuntungan caranya ialah kita kena tolak market value sekarang dengan jumlah hutang yang lama.

Market Value sekarang = 250K

Untuk jumlah hutang yang lama =  kita kena guna kalkulator kira installment ni. Saya dapat 98K

250K – 98K = RM 152K

152K yang kita boleh dapat dalam masa 7 tahun. Banyak ke sikit? OK, mungkin tak sampai 152K, sebab ada kos lawyer, agency dan RPGT lagi. Anggaran dalam 5% kesemuanya.

Tapi masih lagi boleh untuk RM 140K

kalau dibahagi per bulan 140K ni:

140K / 7 tahun = 20K / 12 bulan = RM 1666.7

Ibaratnya, macam kita kumpul 1667 sebulan selama 7 tahun. Sedangkan rumah tu kawan saya bayar bulan dengan bank 105K loan baru RM 550 sebulan. Kira tak sampai RM 600.

So dahsyat tak pelaburan hartanah? Tapi ini adalah kes yang berjaya sangat.

Strategi Pelaburan Hartanah

Sebenarnya sepanjang saya jadi agent hartanah:

  • ada lagi kes yang lagi tinggi daripada contoh di Tmn Serai Wangi ni.
  • ada juga kes yang market valuenya naik, tapi orang masih lagi tak nak beli rumah tu
  • ada kes yang rumahnya cantik, tapi orang tak nak beli pula sebab keadaan sekelilingnya
  • paling sedih, rumah yang market valuenya naik, tapi terpaksa jual ikut pada loan yang tinggal dengan bank pun ada. Ini berlaku di Arau, Perlis.

Nak beli atau nak buat pelaburan hartanah, walaupun sebenarnya ikut mana pun market value rumah memang akan naik. Tapi kita mestilah atleast ada ilmu sikit untuk kita fahamkan juga.

Jangan beli ikut suka hati, sebab nanti kesannya tiada siapa yang nak beli.

Sepanjang saya jadi agent hartanah ni, bila saya jual rumah, harga ni sebenarnya ada 3 jenis

  1. harga market value
  2. harga owner nak jual berapa
  3. harga permintaan

3 harga ni memainkan peranan yang penting. Dan harga yang paling tak guna adalah harga yang owner nak jual berapa.

Saya terangkan.

  1. harga market value – ini adalah harga yang paling utama, sebab ini adalah hasil daripada apa yang bank nilai value hartanah tersebut. Jumlah ini juga akan jadi maximum loan yang boleh dibuat oleh pembeli.
  2. harga owner nak jual berapa – kalau rendah dari market value, memang tiada masalah. Itulah yang agent akan ushakan pun. Tapi kalau lebih, dengan alasan dia tinggalkan perabot, dan renovation apa semua. Boleh jadi OK, boleh jadi tidak. Sebab kalau pembeli tahu, market value RM 350K, tapi owner nak jual 380K. Bermaksud, pembeli kena topup duit sendiri 30K, confirm dia lari cari rumah lain.
  3. harga permintaan – bagi saya ini paling penting, selepas market value. Kalau kebiasaanya di area situ orang jual 250K, tiba tiba kita nak jual 300K, dengan alasan market value bank boleh bagi 300K, pun belum tentu juga boleh jual.

Bermaksud, nak buat pelaburan hartanah kena ada ilmu, tak boleh main beli sahaja.

Kalau anda berminat nak faham pelaburan hartanah ni, boleh baca satu artikel khas saya

Pelaburan Hartanah Untuk Beginner

Dalam artikel ini saya ada ceritakan selok belok hartanah untuk kita buat penilaian awal, “kalau aq beli rumah ni, ada ke orang nak beli nanti”

Setiap pelaburan dah pasti tak semuanya manis, nama pun melabur. Kita pun tak tahu untung ke tak, cuma kita harapkan untung ikut kepada strategi yang dicadangkan.

Bermaksud, dah pasti ada risiko pelaburan hartanah juga. Tapi saya tak galakkan anda baca artikel risiko ni, elok baca pelaburan untuk beginner dulu.

Nanti takut terus tak berminat pula.

Sedangkan kita pun tiada pilihan lain, sebab investment itu penting.

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer