Contoh website homestay

Servis Pemasaran Homestay RM 1800

Boleh tengok antara contoh website homestay yang saya dah buat bawah ni.

  1. homestaytaiping.com
  2. homestaykenanganipoh.com
  3. homestaytokpuan.com

Ada dua website yang focus untuk single property atau satu satu homestay sahaja, dan satu lagi macam bersifat lebih kepada directory gitu. Kiranya, segala homestay yang ada di Taiping saya akan masukkan didalam satu website.

Kelebihan Ada Website

Pelawat Lebih Mudah Faham

Bagi saya kan, apa apa perniagaan online pun, baik separuh online dan separuh offline, apatah lagi yang 100% online. Mesti ada website. Website ni sangat sangat memudahkan orang ramai sebenarnya.

Sebab dengan website, maklumat yang kita nak sampaikan tu akan jadi lebih tersusun.

Kalau kita guna facebook semata mata, lambat lambat post kita akan turun kebawah. Boleh ja kita update terbaru supaya ada di atas balik. Tapi kalau kita dah lama tak update facebook page, akan nampak macam perniagaan kita tu macam dah lama tak active.

Berbeza dengan website.

Dengan website, kita boleh susun apa yang pelawat nak tengok dulu. Mungkin kita nak tunjuk depan rumah dulu, mungkin kita nak tunjuk video dulu. Mungkin kita nak bagi tahu detail dahulu. Semua itu tiada masalah dengan website.

Walaupun ada sikit learning curve nak belajar, tapi bukanlah susah mana pun. Saya sendiri dah belajar buat website ni sejak 2010. Dan semamangnya cara dan pemahamaman buat website ni jauh lebih mudah di waktu sekarang, berbanding dengan cara buat website yang dulu.

Lebih Mudah Nak Cari

Cuba anda search keyword homestay anda sekarang di Google. Dapat tak jumpa facebook pages anda sekarang di ranking yang pertama?

Sepatutnya akan dapat kalau homestay dah lama. Tapi kalau anda ada website, untuk website anda berada di atas itu akan jauh lebih cepat berbanding dengan facebook pages. Sebab website ni lebih mesra search engine.

Tapi kena buat website tu elok eloklah ya, sebab website homestay tak sama dengan blog biasa. Website homestay ni ada maklumat yang kita kena isi. Dan penting untuk kita letakkan.

Tips Buat Website Homestay

mobile friendly

Bila buat website homestay, dah pasti, bukannya nampak cantik di dekstop atau di komputer sahaja. tapi nampak hari dalam mobile.

Bila kita buat website, ini yang paling susah sebenarnya. Bila website kita tak cantik di smartphone, sebenarnya ia akan memberi ketidakseleseaan pada pelawat. Yang memang sedikit sebanyak akan jejaskan kepenggunaan si pelawat tadi.

ada link ke google map

ya, bila ada brick and mortar business jangan lupa register di Google Business Profile, lepas tu, linkkan location homestay anda di Google Map tu di website. Mungkin dibahagian contact atau di bahagian footer. Boleh tengok contoh homestay tok puan tu, saya ada buatkan.

Memang kena buat macam ni sebenarnya.

kena main seo

rugilah dah ada website, tapi tak optimize untuk SEO. sangatlah rugi. tapi guna teknik blackhat. saya sendiri main seo ni sejak 2012 lagi. dulu website saya banyak ranking page pertama google, tapi sebabkan saya guna teknik blackhat, lastnya website saya drop jatuh sampai bisnes pun collaps. Itu yang jadi agent hartanah pula tu, haha.

So kena hati hati kalau main SEO, jangan terlampau over. just natural gitu.

google map

bila dah boleh ranking di website, jangan lupa untuk rankingkan Google Map location anda juga. tapi biasanya memang akan naik dengan mudah. cuma kena monitorlah juga, takut tak jadi.

Citation atau NAP

Citation yang dimaksudkan disini ialah, di website tu mesti ada 3 maklumat ni yang mesti didekatkan sekali.

Iaitu, nama busines kita, alamat dan no telefon, atau short form kepada NAP.

Name, Address dan Phone = NAP. Nama business kita tu, adalah nama homestay kitalah ya.

3 perkara ni juga, kalau anda promote di fb, di ig, di tiktok, di youtube, mesti ada serentak. kiranya kita nak buat ia nampak seragam di semua platform.

Akhir kata

Saya kan, tak sangka yang saya akan cerita hal hal teknikal berkaitan dengan website blog property ni. Niat kita nak cari orang jual rumah ja sebenarnya. Kalau anda memang berminat dengan SEO dan website, boleh baca blog saya lagi satu, rankstudio.my

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments