Contoh ayat promosi homestay [ GAMBAR ]

Servis Pemasaran Homestay RM 1800

Contoh ayat promosi homestay yang dimaksudkan ni ialah yang kita copy paste di facebook kan?

Harap kita sembang maksud yang samalah. Untuk saya, saya ada beberapa format. Setiap format ni saya akan rotate setiap minggu. Supaya tak macam guna ayat sama. Tapi walaupun ayat sama, hashtag kena ada ya.

Anda boleh karang sendiri ikut kepada kreativiti sendiri, tapi untuk contoh ni, saya ceritakan yang 4 jenis sahajalah ya.

  1. standard format
  2. simple format
  3. informative format
  4. complete format

Saya pun tak tahu kenapa saya namakan ayat promosi homestay ni kepada 4 cara. Anda terpulanglah nak guna yang mana satu. Tapi untuk saya, setiap kali buat promosi homestay, memang saya guna yang paling penuh, iaitu complete format. [ tapi saya nak kongsikan dua sahaja dalam post ni, sebab malas nak tulis ]

Dan format pun, ikutkan saya hanya ada satu format sahaja, yang complete. Yang lain tu ada juga saya buat, tapi macam saya tulis time itu juga. Kiranya maklumat tu, saya memang masukkan maklumat yang paling penting sahaja, seperti berapa maximum orang yang boleh masuk, berapa bilik tidur dan bilik air.

Standard Format

Standard format ni macam saya tulis description rumah untuk dijual je, kalau anda baca, tiada aura dan tiada pujukan rayu pun dalam ayat promosi ni.

Homestay [nama homestay] di [ location ]
boleh muat [ jumlah capacity ] orang
[ jenis rumah juga boleh letak sini kalau nak dimasukkan ]
[ jumlah bilik tidur ] bilik tidur
[ jumlah bilik air] bilik air
#muslimonly#Location
google map link [ gantikan link google map ]
waze link [ gantikan dengan link waze ]#alamat
[ masukkan alamat rumah ]#kemudahan/kelengkapan homestay
[ boleh senaraikan kemudahan yang ada ]#kemudahan memasak/dapor
[ khaskan kemudahan dalam dapur untuk bahagian ini ]#kemudahan dan tarikan berdekatan
1 min ke [ nama tempat ]
4 min ke [ nama tempat ]
5 min ke [ nama tempat ]
5 min ke [ nama tempat ]
8 min ke [ nama tempat ]#rules&regulation
– check in 3pm, checkout 12pm
– homestay rate RM450/night

#untuktempahan
[ link wasap ]

[ nama homestay ]
[ nama homestay owner/manager ]
[ no tel ]
[ nama website ]

Orait? Kira standard ni, ayat promosi atas ni ibarat macam saya tulis detail untuk saya jual rumah ja. Untuk ayat promosi yang paling saya suka, adalah ayat promosi yang macam memujuk gitu.

Macam bawah ni

Minimalist Black and White Blank Paper Document

Bolehlah tambah mana yang kurang, tukar mana penggunaan ayat yang salah.

Gambar Pula

bila dah siap ayat promosinya, gambar pula macam mana?

Ikutkan pengalaman saya, kalau ada camera mirrorless atau yang profesional tu ok lah. Tapi kalau tak ada, mungkin kena tangkap dengan iphone 13 ke atas. Sebab baru saya ni saya buat, aduh memang nampak cantik gambarnya.

Pastikan gambar yang di tangkap tu ada gambar yang daripada:

  1. gambar dari depan
  2. gambar nampak rumah jiran
  3. gambar lorong rumah
  4. gambar pintu masuk
  5. gambar dari pintu rumah ( kalau view cantik, atau porch nampak luas )
  6. gambar ruang tamu
  7. gambar meja makan
  8. gambar dapur
  9. gambar setiap toilet
  10. gambar setiap bilik
  11. gambar belakang rumah ( yang ni mungkin tak payah )
  12. gambar dari balkoni tingkat atas

Setiap gambar juga, mesti nampak lantai dan syiling, kalau ada gambar khas yang macam nak highlightkan perabot atau kemudahan yang utama mungkin boleh juga, yang macam biasa hotel buat. Kadang kadang kekemasan pun hotel akan tangkap juga.

Gambar ini semua, kalau tangkap mesti akan besar saiznya. Mungkin dalam 3 ke 4 mb. Kalau gambar besar macam ni, untuk transfer ke komputer, memang kena guna cabel atau telegram. Kalau transfer semua guna whatsapp dekstop dan and save ke komputer akan kurang kualiti nanti.

Orait.

so macam mana, ok tak? buat ja dulu, nanti lama lama improvelah.

*tahukah anda, 12 jenis gambar yang saya kongsikan di atas tu adalah gambar yang mesti kena tangkap bila nak check market value rumah dengan bank? kena tangkap macam tu, baru banker puas hati dan kita boleh check market value dengan tepat. So bolehlah bagi saya gambar tu, kalau nak check market value ya. saya juga perlu geran dan alamat penuh atau cukai pintu juga kalau anda berhasrat untuk jual property anda.

*gambar juga penting untuk anda tulis, bilik 1 yang mna, bilik dua yang mana, sebab nanti customer tu mesti dah berkira kira siapa yang tidor dengan siapa. Kira anda mudahkan customer anda rancang perjalanan atau percutian depa nanti.

selesai.

Untuk Uruskan Tempahan

Tapi saya nak tambah lagi dengan ayat format andai kata homestay anda sudah mendapat tempahan, atau sudah ada orang tanya tanya.

bila customer mula whatsapp, anda terus reply macam bawah ni

Salam, terima kasih kerana berminat dengan [ nama homestay ], nama saya [ name owner/manager ]. Boleh saya nak minta tolong untuk isikan butiran dibawah. Nanti saya buat semakan kalau tarikh itu available atau tidak.

Nama :
berapa orang :
berapa jumlah kereta :
berapa hari nak tempah homestay:
tarikh check in:
tarikh check out:

Ayat atas ni anda tak perlu tulis satu satu, kalau guna whatsapp boleh copy dan pin-kan sahaja ayat atas ni. Nanti mudah, kalau ada orang whatsapp terus tekan ayat yang sudah di pin sahaja.

Macam yang saya buat pin untuk semak kelayakan pembeli macam bawah ni.

Mudah kan? tapi yang ni untuk semak kelayakan. Anda boleh guna ayat yang atas tadi. Penting tau untuk kita tanya berapa orang nak masuk takut dia bawak lebih pula, penting untuk kita tahu berapa kereta, takut terlampau banyak, nanti kacau jalan raya, dan penting juga kita tanya terus semua direct untuk chat yang kedua.

Baru nampak macam teratur dan anda pun tak buang masa. Tak yah nak sembang sembang mesra sangat, nanti dia minta nego pula. haha

Seterusnya, adalah baik juga anda pastekan semula, detail dan gambar homestay anda sekali lagi di whatsapp. Supaya si customer tadi alert dengan location homestay kita dan rupa homestay kita. Takut dia terbook salah homestay pula memang naya.

Seterusnya, katakan tarikh yang dia nak tu memang available. Anda pun mungkin dah jawab soalan soalan dia bagai, bolehlah hantar ayat untuk macam format di bawah pula

Kali ni ayat kita untuk terima tempahan.

OK cik, ikutkan tarikh yang cik nak masuk tu memang ada.

Jumlah penginapan : 3 hari [ contoh 3 hari ]
Jumlah Tetamu : [ berapa? ] orang
Tarikh dan masa check in : 3pm, 5 March 2024
Tarikh dan masa check out ; 12pm, 9 march 2024

kalau cik bersetuju, minta masukkan jumlah bayaran seperti dibawah:

harga satu mala penginapan : RM 250
deposit : RM 50

250(3 hari ) + 50 = RM 800

*terms*
deposit RM50 akan dipulangkan dalam tempoh 24h checkout
untuk cancel mestilah inform sekurng-kurangnya 3hari sebelum tarikh penginapan

OK? ingat ya tarikh check in dan tarikh check out tu bila. Masuk hari ni, keluar esok, kira satu hari.

contoh dia nak masuk 1 hari, masuk hari ni jam 3pm, esok 12pm check out. Macam hotel biasa buat.

anda juga digalakkan untuk bagi tahu terus, bagi tahu kena sekurang kurangnya 3 hari sebelum tarikh penginapan supaya dia tak suka suka cancel. nanti anda yang putih mata.

3 hari tu bukan peraturan mana mana, saya saja letak, hasil daripada satu promosi homestay yang saya buat sebelum ni pada owner. elok letak 3 hari lah senang. janganlah satu hari sahaja dah boleh refund, nanti anda akan sakit hati punya bila banyak cancel.

jangan lupa, anda pin kat ayat di atas, dan juga pin kan no akaun untuk customer tadi masukkan duit.

Nama : nama anda/nama ssm
No Akaun :
Nama Bank:

done?

apa apa pun, biar semua perlu dijelaskan sebelum dia buat bayaran, kalau tak nanti bergaduh punya.

4 2 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
MON
MON
9 days ago

Terbaik ilmu yang tuan curahkan.. sangat mendidik.. dalam usaha kami ke arah itu. Terima Kasih tuan.