Pentingnya Kita Berhutang!!

Daring betul tajuk saya ni. Dan bila kita semua nak lari daripada hutang, saya boleh kata kena ada hutang pula. Bila jadi manusia ni, memang seronok tak ada hutang.

Kita dapat gaij RM 3500 sebulan, sebulan itulah masih kekal. Tanpa perlu tolak apa apa.

Kalau bil api, air, makan itu semua dah memang kena buat.

Tapi itulah, memang duduk di Malaysia ni susah nak lari daripada hutang. Tambah lagi bila kita nak buat pinjaman rumah. Sebab bank, susah nak bagi kita loan 100% kalau tiada hutang.

Sebenarnya boleh, ada sahaja bank yang boleh, tapi lebih baik ada hutang sikit. Atleast motor, terbaik ada hutang kereta. Sebab bila saya nak submit loan, lebih mudah sikit.

Mudah daripada saya nak pilih bank yang bagi interest rate yang paling rendah, dan mudah juga untuk permohonan pinjaman rumah kita dapat lepas.

Sebab bank ni, dia nak tengok sikap kita membayar hutang tu. Itu sebab depa ni perlukan kita ada hutang, baru boleh mudah dapat kelulusan.

Kalau anda bercadang nak langsaikan hutang lain, kira nak bayar lumpsum sebab nak masuk loan rumah. Tunggu dulu, dapatkan kelulusan pinjaman rumah itu dulu, baru buat bayaran lumpsum atau setelkan loan lain.

Sebab nanti ia akan efek kelulusan loan rumah, sama ada tak dapat loan 100%, atau ambil masa untuk lulus.

Jenis Hutang Yang OK

Hutang ni, bagi saya ada 2 jenis yang kita tak boleh lari. Iaitu hutang kereta dan hutang rumah. Hutang motor pun ya juga, tapi biasanya tak lama. 2 tahun kita dah boleh setel hutang motor.

So bagi saya, kereta dan rumah sahaja yang kita boleh buat. Atau kita terpaksa buat.

Nak proceed loan rumah, pastikan ada loan kereta. Atau kalau tak nak, anda boleh dapatkan pinjaman ASB. yang ni pun cantik juga. Setengah bank suka kalau kita ada loan ASB.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments