Nama komersial untuk homestay

Servis Pemasaran Homestay RM 1800

Sebelum kita sama sama brainstorm nama komersial untuk homestay ni. Rasanya, elok juga kalau kita set the standard dulu, homestay jenis apa yang kita cuba nak capai.

Maksud saya, seglobal manalah nama homestay yang kita cuba nak capai ni.

  • Adakah sampai orang putih pun boleh guna?
  • Adakah kita nak buat orang Malaysian, termasuk Cina, Melayu dan India sahaja guna?
  • atau kita nak bagi orang Islam sahaja yang massuk?
  • atau kita nak kecikkan lagi scope customer kita, dengan bagi orang Islam Malaysian sahaja yang boleh masuk?

Setiap satu satu target ni dah pasti menentukan tahap ke=komersial=lan nama homestay yang kita cuba nak pilih.

Susahnya Nak Bina Satu Brand

ya, memang susah. Dan disebabkan susah, banyaknya homestay yang bagi saya tidak menggunakan nama homestay dengan betul. Antaranya:

Homestay Kamy Ipoh
De Memoire Guest House
Harapnya, owner homestay ni tak marah sayalah ya. Tapi bagi saya, nama macam seperti ini, Kamy dengan menggunakan ending ‘y’ tu agak mengelirukan pengguna. Penggunakan perkataan guest house dalam nama homestay kita agak betul juga bagi saya, hasil daripada duk promote promote homestay ni buatkan saya perasan.

Kalau kita ada perkataan guesthouse, memang akan tarikh orang putih untuk duduk. Cuma De Memoire tu macam tak berapa nak tepat. Sebab perkataan tu boleh mengelirukan pengunjung, andai kata dia nak cari kita balik.

Amazing Holiday Home stay
Taiping Cozy Homestay
Ini lagi satu, homestay yang bagi saya namanya tak sesuai. Perkataan seperti amazing, stunning, apatah lagi awesome, sangatlah tidak sesuai dan sedap. Dari segi market segment, minta kita boleh nampak dah focus tetamu dari mana yang dia nak pilih. Cuma pemilihan perkataan ni bagi saya masih lagi tidak kena.

Untuk Taiping Cozy bukanlah terlampau tak OK sangat, cuma sekadar OK sahaja bagi saya. Tapi still boleh terima.

Fahaz Kamunting Homestay
Kalau sebelum tadi dua contoh yang tak OK, kali ni agak simple namanya. Tapi bagi saya sangat OK. dan boleh kata juga play safe gitu. Tapi tak apa, mungkin focus dan target segment customernya hanya yang berbangsa melayu sahaja.

Saya suka nama ni.

MEI LEE HOME ENT (3A)
Homestay ni agak popular juga di Taiping. Banyak juga review. Bagi saya, namanya OK cuma tidak consistent. Di Booking lain, di Google Map lain. Nama brand sudah pasti kena sama, untuk elakkan kekeliruan atau nampak macam kita tak urus dengan baik.

Walaupun saya masih lagi musykil, apa tujuan dia letak perkataan ENT.

Austin GuestHouse
Ini yang saya maksudkan di atas tadi. Nama best, simple dan target macam orang luar. Mesti mahal juga ni satu malam, dengan design ala ala modern contemporary gitu.

Homestay Bertam Murah
Bertam Putra Homestay
Homestay bertam murah ni sebenarnya pemilihan yang cheeky gitu. Sebab dia tahu, keyword ni banyak orang guna. Dia sengaja pilih nama macam tu untuk orang lebih mudah nak cari dia di Google. Yang putra tu pula adalah nama taman. Saya pernah jual area taman ni rasanya dulu.

Bukanlah tak OK, cuma takut akan ada banyak repetition gitu. Sebab dah pasti satu taman tu, atleast akan ada 300 rumah. Dan takut takut yang lain pun guna nama sama.

Oklah, rasanya cukup bahagian contoh nama homestay ni. Apa apa pun, ini adalah hanya pendapat saya sahaja. Tapi saya nak kongsikan antara rules yang penting bila kita pilih nama homestay. Tapi pmilihan nama homestay ni, masih lagi tak sampai ke tahap tahap komersial yang kita nak pilih tadi tau.

Best Practise Nama Homestay

Jangan Guna Nama Sama
homestay ni, orang akan biasa letak teratak opah, atau homestay + direct location. Bagi saya, sangat penting untuk kita guna nama yang unik. Walaupun nampak unik sekarang, tapi tak unik lagi 3 4 tahun kan? haha. Tapi ceritanya kena unik, supaya orang mudah cari homestay kita. Dan kita pun tak sia sia promote, lastnya orang pergi ke homestay lain sebab nama lebih kurang sama.

Contohnya, macam nama teratak homestay cikgu bawah ni. Kalau memang brand sama lain ceritakan.

Nama Simple Tapi Ejaannya MasyaAllah
Ya ini satu hal, saya pernah jumpa ni. Tapi tiba tiba tak jumpa pula. Nama homestay tu macam simple dan straightforward. Tapi nak ejanya macam tak kena. Sebab kononnya dia buat ejaan macam tu macam unik. Padahal, akan menyusahkan diri sendiri. Lagi teruk lagi, kalau kita taip di Google, kita tak jumpa pun nama homestay tu, walaupun bunyi ejaan kita sudah betul.

Kena guna dua atau tiga patah perkataan sahaja
Saya rasa maximum 3 patah perkataan sahaja. Baru ja bulan lepas, ada satu homestay saya promote. Mula mula dia nak guna nama lain, tiba tiba dia guna nama lain. Adoi, tapi tak apalah. Sebab saya pun baru 2 minggu promote macam tu. Tapi nama baru yang pihak owner fikirkan tu memang menarik, sebab bila search di Google Map, sekor homestay pun tak guna lagi. POWER POWER

Jangan tukar tukar dan mesti konsisten di semua platform.
Ya, homestay ni, nama owner homestay, dan no telefon ni tak boleh ditukar tukar tiba tiba tau. Sebab setiap promosi yang berlaku, tambah tambah lagi di Google, Google perlukan masa pula untuk fahamkan balik perkataan apa yang melambangkan homestay kita. Seperti nama homestay, no telefon semua ni. So jangan suka suka tukar kalau tak perlu.

Saya pun terasa seksanya, sebab nak kena start over dari mula balik. Sebab bila dah tukar nama, mesti nama domain pun dah lain, nama facebook pun dah lain, nama di detail marketing kita yang kita duk forward pada kawan kawan pun kena tukar juga.

dua huruf yang dekat, double pun tak OK
macam nama saya sekarang, shaffizan. Ada double F. bagi saya tak sesuai. Patut saya letak shafizan sahaja kot. Tapi duk guna nama ni dah 6 tahun dah. Nama ni juga nama di IC, tak kan nak tukar sampai bunyi kamarul pula kan. Nanti tak mengaku anak pula. Tapi tetap tak cantik, bagi saya, huruf ni tak boleh double atau triple dekat. Ataupun mungkin tak didekatkan, tapi bila kita tulis akan jadi dekat.

Contohnya Teratak Kami. Mungkin OK, tapi K dihujung teratak, dan K di awal kami tu, kalau didekatkan jadi teratakkami. So dia k ni bila di dekatkan, bagi saya tak berapa comey. Tambah lagi, kalau kita nak gunakan ia sebagai nama domain, atau nama website kita.

Selesai 2 topik. Untuk contoh nama homestay yang bagus dan tak bagus dalam pandangan saya. Dan best practise yang saya rasa penting bila nak pilih nama homestay.

Dan sekarang, kita nak plan macam mana nak buatkan nama homestay kita ni menepati focus market segment yang kita nak dapatkan guest nanti. Mungkinlah tak sekomersial mana bunyinya nanti.

Business Name Ideas

cuba set nama ikut pada konsep yang anda bawa
kira macam ada satu root word yang anda mula, dan kembangkan kepada perkataan lain yang mungkin boleh ada. Contohnya, konsep minimalist yang paling senang di buat. Dari perkataan minimalist ni, kita kembangkan lagi perkataan lain untuk bagi dia nampak lebih menarik dan unik

Saya suka sebenarnya konsep rumah ala ala macam atas ni. Industrial gitu. tapi contoh atas ni, dah macam serabut sangat, sebab terlampau banyak detailing. Jangan sampai anai anai duk buat makan tengah hari sudah, nanti RM 2500 kena lagi, macam rumah yang saya jual di Balik Pulau.

satu sahaja memang tak kena
cuba senaraikan banyak banyak nama, mungkin dalam 5 atau 7. Dan kita cuba buang balik satu satu. untuk mana yang lebih baik.

guna carian di google untuk perkataan synonim
contoh macam perkataan tu dah biasa orang guna, mungkin kita search di Google untuk perkataan sinonim pula. Yang membawa maksud yang sama.

yang melambangkan location kita
mungkin homestay kita dekat dengan taman tasik taiping, atau tepi laut, atau di kawasan hutan, atau tempat tak berapa sejuk macam di Cameron, semua ni juga boleh kita jadikan point untuk nama homestay, malahan, saya patut jadikan point ni sebagai no 1 dalam cadangan business ideas ni.

yang melambangkan ciri ciri binaan homestay kita
kalau tadi lebih kepada faktor lokasi, kali ni ciri ciri yang ada dalam binaan homestay kita. Mungkin tanah kita luas, mungkin unit kita adalah unit tepi, corner lot. mungkin unit kita ni open facing, mungkin kita rumah banglo. Atau mungkin homestay kita berbentuk loft gitu di ruang tamu.

Ada tau saya nak jual rumah macam ni di Perak. kalau berkenan, boleh PM.

ciri ciri unik yang kita ada
ok, lokasi sudah, faktor binaan sudah, kali ni faktor seperti ciri ciri pula. Mungkin homestay kita sahaja yang boleh parking 3 biji kete di dalam, mungkin homestay kita sahaja yang ada aircond tiap bilik, mungkin homestay kita sahaja yang ada konsep lain daripada yang lain. macam konsep bali ke, konsep rumah kampung ke, konsep industrial ke.

brainstorm ideas dari business name generator
anda cuba google macam bawah ni.

Antara yang saya biasa guna, rasanya sejak sebelum covid lagi. Tapi bukan guna untuk nama homestay, tapi guna untuk nama busines saya. Kira nak brainstorming nama website saya, ialah:

  1. namify
  2. namelix

dan bila anda cuba, maka terjumlah perkataan yang saya rasa. OK juga kalau kita mulakan dengan perkataan ni, macam MiniHome, Medina

Maka terjumlah juga perkataan seperti zen zen ni. Mungkin boleh google balik, what is zen untuk kita tahu maksudnya, confirmkan. Apa apa pun, business name generator ni memang terbaik.

Biasanya business name generator dari shopify bagi idea yang best, tapi kali ni tak menjadi pula.

Keyword yang saya guna masa buat carian atas ni adalah ‘minimalist homestay’, kalau nak ikut tak berapa sesuai sebab orang kita ja yang panggil homestay ni. Kalau orang putih, depa guna nama short vacation rental, so mungkin boleh cuba cuba sendiri nanti ya.

tukar kepada, short vacation rental, atau corner house unit, atau loft stay. Boleh try perkataan seperti guesthouse juga.

apa apa pun, nama brand kita ni memang susah nak dipilih. jangan sampai tak selesai selesai pula.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments