Daftar Perniagaan Homestay

Untuk daftar perniagaan homestay, kita perlu buat pendaftaran dengan Motac. Motac ni singkatan kepada Ministry of Tourism, Arts, and Culture.

Daftar dengan Motac ini juga, adalah antara syarat utama untuk anda apply pinjaman perniagaan homestay. Bagus pinjaman ni, sebab hanya 3.5 percent sahaja ratenya. Biasanya rate personal loan daripada 7 hingga 10 percent.

Untuk pendaftaran anda boleh rujuk artikel instruction dibawah ni:


GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PREMIS PENGINAPAN PELANCONG

Definisi Premis Penginapan

Mana-mana bangunan, termasuk asrama, hotel, rumah inapan, rumah tumpangan, rumah rehat, rumah pemalaman dan struktur lain sama ada kekal atau sementara, yang dikemukakan oleh tuan punya, pemunya atau pengurusnya, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, sebagai menawarkan tempat penginapan pemalaman atau tempat tidur kepada pelancong untuk disewa atau dengan balasan apa-apa bentuk ganjaran yang lain, sama ada makanan atau minuman juga disediakan atau tidak. (Seksyen 2, Akta Industri Pelancongan 1992)[Akta 482].

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Pemohon mesti
      1. berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau
      2. berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sekiranya adalah Koperasi; atau
      3. mengemukakan Surat Pengesahan Akuan Milik sekiranya pemohon adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) /Agensi Kerajaan.
    2. Premis hendaklah mempunyai Lesen Perniagaan Premis Penginapan daripada PBT. Hanya pemohonan bagi lesen tetap sahaja akan diproses); dan
    3. Pemohon mesti menawarkan tempat penginapan pemalaman atau tempat tidur dan struktur lain sama ada kekal atau sementara kepada pelancong bagi tujuan penginapan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
    1. Pemohon mestilah mengemukakan salinan-salinan dokumen berikut:
      1. Salinan e-Info SSM yang terkini (Pembelian e-Info SSM melalui
        sistem SPIP); atau
      2. Sijil Pendaftaran Koperasi di bawah SKM; atau
      3. Surat Pengesahan Akuan Milik perlu dikemukakan bagi pemohon
        daripada PBT / Agensi Kerajaan.
    2. Salinan Lesen Perniagaan Premis Penginapan daripada PBT; dan
    3. Lain-lain dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Pelancongan bagi tujuan memproses permohonan pendaftaran dari semasa ke semasa.
Salinan dokumen yang dikemukakan perlu mendapat pengesahan oleh Penjawat Awam daripada
Kumpulan Pengurusan dan Professional Gred 41 ke atas (selain Pegawai MOTAC) ATAU Ketua
Kampung / Penghulu ATAU Pesuruhjaya Sumpah.
TATACARA PERMOHONAN
  1. Melengkapkan maklumat permohonan di dalam Sistem Pelesenan
    Industri Pelancongan (SPIP) melalui laman sesawang
    www.spip.gov.my.
  2. Semua dokumen seperti yang dinyatakan di para 2 hendaklah dimuat naik
    ke dalam SPIP
FI YANG PERLU DIBAYAR
  1. Fi memproses sebanyak RM20 dan fi pendaftaran sebanyak RM50
    (pembayaran setelah diluluskan).3/4
  2. Pembayaran secara online bagi setiap permohonan melalui laman
    sesawang www.spip.gov.my; atau
  3. Pembayaran secara manual dalam bentuk Wang Pos / Deraf Bank /
    Kiriman Wang sahaja atas nama PESURUHJAYA PELANCONGAN.
SIJIL PENDAFTARAN
  1. Sijil pendaftaran akan hanya dikeluarkan setelah permohonan
    diluluskan.
  2. Sijil dicetak atas nama premis dan alamat seperti di lesen perniagaan.
    (Penggunaan nama premis dengan menggunakan perkataan ‘melancong’,
    ‘pelancongan’, ‘pengembaraan’ atau ‘pengendali pelancongan’ dan
    seumpamanya seperti yang ditetapkan di dalam Seksyen 13: Akta 482
    adalah dilarang).
PERTUKARAN PEMILIK BAHARU PREMIS DAN NAMA PREMIS BAHARU
  1. Pemohon perlu mengemukakan surat rasmi permohonan pendaftaran
    semula kepada pihak MOTAC Negeri yang berkenaan apabila berlakunya
    keadaan seperti berikut:

    1. Pertukaran pemilik baharu; atau
    2. Pertukaran nama premis yang masih mengekalkan pemilik asal.
  2. Sijil pendaftaran baharu perlu dikeluarkan semula bagi permohonan ini.
    Pemohon dikehendaki untuk memulangkan semula sijil pendaftaran lama
    bagi tujuan pembatalan.
  3. Fi bagi permohonan pendaftaran semula pertukaran pemilik baharu;
    atau pertukaran nama premis yang masih mengekalkan pemilik asal
    adalah sebanyak RM70 (pembayaran setelah diluluskan).
KEHILANGAN SIJIL PENDAFTARAN
  1. Pemohon perlu mengemukakan surat rasmi berserta dengan justifikasi
    bagi tujuan pengeluaran sijil gantian; dan4/4
  2. Fi penggantian sijil adalah sebanyak RM50.
PIAGAM KELULUSAN PERMOHONAN PENDAFTARAN
  1. Di peringkat Pejabat MOTAC Negeri :
    Tujuh (7) hari bekerja apabila permohonan lengkap, teratur dan
    sempurna diterima daripada pemohon dan dihantar ke Ibu Pejabat.
  2. Di peringkat Ibu Pejabat MOTAC Putrajaya:
    Sijil Pendaftaran dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah
    permohonan diterima daripada Pejabat MOTAC Negeri.
TARIKH KUATKUASA

Garis Panduan ini adalah berkuat kuasa mulai 15 Januari 2021.


Sekian, terima kasih…

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hafiz
Hafiz
1 year ago

As Salam,
Betul ke pendaftaran SSM for enterprise tidak boleh letak code Homestay?

HOMESTAY.

JENIS PERNIAGAAN BERKAITAN PELANCONGAN, AGEN PELANCONGAN, HOMESTAY TIDAK DIBENARKAN DAN DIKAWAL OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN, MESTI DAFTAR SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD.

Ahmad
Ahmad
9 months ago

Boleh ajar cara daftar homestay dari zero to settle?