Projek perumahan baru di bertam?

Baru tadi saya dah siapkan perkongsian kawasan rumah terbaik yang menjadi pilihan ramai di Kulim Hi Tech. Sekarang kita beralih ke Bertam pula.

Bertam merupakan rumah kedua saya. Sebab syarikat agency hartanah yang saya attached sekarang memang berpusat di Bertam.

Disebabkan memang saya selalu berulang alik ke sini dari Kulim ( 2018 – 2020 ), maka saya pun agak arif juga dengan kediaman yang sesuai untuk mengikut bajet yang boleh saya bahagikan nanti dibawah.

Terus terang cakap, kalau memang niat anda untuk mencari property dalam harga 200K di Bertam, lebih baik anda lupakan. Sebab sejak saya bekerja sebagai agent ini pada tahun 2018 pun harga seperti sudah memang tiada.

Untuk range harga 200k, range harga RM 200K anda boleh dapatkan di Sungai Petani, hanya 30 ke 40 minit sahaja jarak perjalanan dari Bertam.

Pendidikan di Bertam

Bertam seperti Kulim juga, ataupun mungkin lebih baik dari Kulim dari segi kemudahan pendidikan. Jika memang anak anak berminat dengan kos yang ditawarkanlah. Antara level yang ada terdapat di Bertam ialah:

ILP
MRSM
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
Kolej Kejururawatan
Sek Ren dan Menengah

Bertam Untuk Siapa

Saya tak berani nak mengatakan kalau di Bertam ni banyak government servant sahaja, sebab ada sahaja mereka yang bekerja di Georgetown tapi beli rumah di Bertam Pinggiran. Kalau ada perasan, Bertam ni bukan kawasan kilang, tapi ia macam menjadi center orang bekerja dalam industri perkilangan.

Antaranya, kawasan industri yang berada di Tasek Gelugor, Perai pun banyak juga. Batu Kawan mungkin tak berapa ramai sebab option untuk membeli rumah di Parit Buntar, Jawi dan Nibong Tebal lebih baik dari segi harga berbanding dengan di Bertam.

Bertam Pinggiran adalah perumahan yang agak baru juga dibina pada tahun 2018 gitu, dan antara target ramai pembeli juga untuk harga teres yang bawah 380K. Nanti kita akan pergi satu satu taman atau perumahan best yang di Bertam, dibawah nanti.

Dan kalau anda lihat sendiri pagi pagi suasana highway ke Perai daripada Utara macam mana sibuknya. Sebaik sahaja lepas ke Tol Juru mesti akan lengang sikit. Bermaksud, ramai juga yang stay di Bertam dan Selatan Sungai Petani ulang alik ke kawasan perindustrian di Perai.

Shopping Centre di Bertam

  • Tesco – sekarang dah tukar jadi Lotuss
  • Mydin
  • Sunshine – saya tak pernah masuk lagi sebenarnya.

Bertam Access To

Perai – 18 minit
Sungai Petani – 30 minit
Alor Setar – 60 minit
Gelugor – 30 minit
George Town – 40 minit
Kulim – 36 minit

Taman/Perumahan di Bertam

Jadi, saya dah pun sebut salah satu tadi, iaitu Bertam Pinggiran. Sebenarnya Bertam Pinggiran ni macam yang paling dalam sikit, saya akan mula dari Highway Exit Bertam, taman apakah yang akan kita jumpa dahulu.

Sebaik sahaja anda exit plaza tol Bertam, masuk kiri ( kalau kanan menuju ke pekan Kepala Batas )

Sebenarnya, sebaik sahaja anda cuba nak ke kiri selepas exit plaza Tol Bertam tadi akan nampak Tesco dahulu di hadapan. Dan bila dah masuk kiri, sebelah kanan ada KFC. Dan kalau kedepan sikit lagi akan bertemu pula dengan deretan kedai kedai.

Kalau pagi pagi memang ke sinilah saya pergi untuk bersarapan. Kalau belah petang dan malam memang banyak lagi kedai makan disini. Untuk mereka yang nak menginap sekejap di Hotel pun ada disini.

Di sebelah kanan anda akan nampak perumahan dalam Penang Golf

Penang Golf

  • unit banglo + tanah lot
  • range harga RM 1m ke atas.

Crescent Dew

  • Unit banglo dan Double Storey Semi D
  • Harga RM 850k ke atas

Crescent Dew ini baru sahaja dilancarkan, dan dah habis jualan pun. Developer daripada Uda Land. Sebaik sahaja anda lepas daripada Crescent Dew ini akan jumpa lagi permuahan yang lain. Saya akan terus kongsikan namanya ya.

Dan juga range harga untuk mudahkan anda target perumahan yang mana satu.

LakeHomes

LakeSides

Lake View

Casa Innova

  • Double Storey
  • Double Storey Semi D

Bertam Putra

  • Teres
  • Double storey
  • Casa Innova

Bertam Putra ni tamannya memanjang. Yang best sini ada Mydin, jadi memang dekat sahaja.

Mekar Sari

Bertam Perdana

Bertam Pinggiran

Perda Indah – Perda Indah ini berada di Kubang Semang, agak jauh juga sebenarnya. Tapi harganya lebih rendah dalam 50k berbanding dengan di Bertam Pinggiran.

Sp Fountain – projek ni masih lagi dalam tengah buat. Kalau tak silap, final prizenya pun masih lagi belum dikeluarkan. Tapi ikutkan pelannya, saya rasa taman di SP Fountain akan jadi tumpuan baru disini.

Ikutkan staff agent disana juga kita tak perlu lagi nak menggunakan jalan di Kubang Semang untuk pergi SP Fountain, sebab nanti akan ada jalan baru dibuka direct terus pergi ke Bertam.

Bermaknya akan skip banyak kilometer juga tu daripada kita nak uturn ke sana.

Tak pasti kalau jalan ini dibuka juga untuk mereka yang berada di Tasek Gelugor.

Syed Shaffizan, saya agent hartanah base di Kedah, covering Kedah dan Penang sahaja. Tapi kalau anda jauh, bolehlah kalau nak tanya apa apa.Wasap Shaffizan

Site Footer