Untuk kawasan perumahan di Sungai Petani, saya suka bahagikan ia kepada dua. Mudah sikit saya nak ceritakan nanti.
So kita bahagian kepada dua:
- SP Tol Utara
- SP Tol Selatan
Kalau SP Tol Utara, antara taman/area yang boleh dijadikan pilihan anda ialah:
- Sungai Lalang – standard teres
- Bandar Laguna Merbok – 350k ke atas ( gated and guarded )
- Taman Ria – standard teres
- Bukit Banyan – 400k ke atas ( gated and guarded )
- Cinta Sayang Resort – 600k ke atas ( gated and guarded )
- Sp Saujana – 350K ke atas ( gated and guarded )
- Amanjaya – standard teres
Mungkin ada lagi yang lain, tapi tak sempat pula untuk isikan semua. Kalau nak dipilih, saya suka jual rumah dalam Bandar Laguna Merbok, Bukit Banyan, Cinta Sayang dan Sp Saujana. Sebab ke empat empat ni kalau anda masuk memang rasa macam bukan berada di Sungai Petani.
Terumatanya Bukit Banyan, developer yang buat ialah Paramount Property. Bagi saya apa yang Paramount ini buatkan seperti developer EcoWorld. Seperti contoh salah sebuah projek EcoWorld di Batu Kawan, bukan sahaja buatkan rumah, malah landskap juga.
Developer BDB pun jenis buat landskap juga, itu sebab kebanyakan developer yang buat sekali landskap macam tasek semua ni harga rumahnya macam sedikit lebih berbanding dengan unit lain.
Walaupun kadang tu kita rasa macam saiz sama.
Sebelum saya terlupa, Bandar Laguna Merbok juga dibina oleh Paramount Property.
Untuk Sungai Lalang dan Amanjaya, maksud saya standard teres itu adalah perumahan biasa, not guarded. Ada unit teres, double storey dan juga Semi D.
Dan kalau di SP Tol Selatan pula.
- Taman Sejati Indah – standard teres
- Taman Keladi – standard teres
- Seri Astana
- Bandar Utama
- BPJ
Nampak macam sikit pula ya, tapi kalau macam kita ambil contoh di BPJ, besar juga sebenarnya. Antara taman favourite saya ialah seperti Louvre, Roseville dan Puteri Residence.
Alhamdullillah, tiga tiga taman ni saya dah masuk.
Roseville dan Puteri Residence gated and guarded. Louvre guarded sahaja.
Tapi favourite saya adalah di Roseville, sebab binaan dalam taman ni seakan macam di europe gitu. Jalan raya pun lain sikit dari biasa, dan sangat dekat dengan masjid.
Taman Sejati dan Taman Keladi adalah taman lama, lebih 10 tahun. Awal tahun 2021 hari tu saya sempat jual 1 unit Semi D Taman Keladi, unit sudah 20 tahun. Tapi rumah memang sangat kemas lagi. So ok juga kalau Taman Keladi ini.
Seri Astana adalah pilihan saya andai kata saya memang nak beli rumah disini. Sebab teresnya sangat sangat nampak kemas, dan teratur. Tak seperti anda rasa kalau di Taman Keladi, kadang rasa macam crowded sikit.
Sungai Petani ni sangat luas, kalau nak saya perincikan satu satu mungkin tak berbaloi untuk anda tahu pun. Nak beli pun satu unit sahaja kan. Haha
Tapi saya suka focus rumah di area SP Selatan, permintaannya pun banyak. Sebab kebanyakan mereka yang tinggal disini mesti nak menggunakan highway SP Selatan itu nanti.
Sebab ada yang berulang alik kerja sampai ke Perai.