Projek Perumahan Baru Kulim

Assalam

Nama saya Syed Shaffizan. Perkongsian saya dibawah adalah serba sedikit daripada 3 tahun pengalaman saya tinggal dan bekerja di Kulim Hi Tech, sebelum saya berpindah ke Bertam dan ke Alor Setar.

Perumahan Kulim Hi Tech memang menjadi pilihan untuk pekerja di Industrial Zone yang memang terdapat banyak kilang dan syarikat yang ternama seperti Infenion, Osram, First Solar, Panasonic, Siltera, Smartrac dan lain.

Tambah pula kebanyakan perumahan di Kulim Hi Tech lebih tersusun, kemas dah latest berbanding dengan pembinaan perumahan lain di Kulim.

Selain daripada mereka yang memang bekerja di Zon Industri Kulim Hi Tech, Kulim Hi Tech juga menjadi plilihan untuk yang bekerja di Seberang Jaya melalui Highway BKE.

Ada juga yang bekerja di Bukit Mertajam, Kawasan Industri Bukit Minyak, hingga ke Juru ulang alik daripada Kulim Hi Tech. Mungkin disebabkan harga yang lebih berpatutan berbanding dengan yang sana, atau pun nak lari daripada hiruk pikuk traffic jam.

Sebab Kulim Hi Tech tak semacam kawasan industri lain seperti di Juru atau pun Batu Maung, disana ia lebih compact, dan kebanyakan pilihan rumah untuk dibawah 300K adalah rumah apartment ataupun highrise.

Berbanding dengan Kulim HI Tech, untuk teres di anda masih lagi boleh dapat dengan harga RM 300K.

Kulim Hi Tech ibarat seperti kawasan industri di Batu Kawan, malah lebih baik lagi, sebab kebanyakan kawasan perumahan di Batu Kawan agak jauh, dan tak banyak pilihan, harga pun sudah lebih berbanding dengan harga rumah di Kulim Hi Tech.

Kulim Hi Tech – Pendidikan Terbaik

Yang bagus dan uniknya kulim Hi Tech,ia bukan sekadar ada kawasan industri besar setaraf dengan kilang kilang dan syarikat di Batu Maung, Batu Kawan, Perai. Anda pun tak perlu bersesak sesak di jalan raya, malahan nak menghantar anak sekolah pun mudah.

Bayangkan anda drop anak di Sekolah Rendah disini, dah besar sikit, drop pula dia di Sekolah Menengah, alhamdullillah, dapat sambung belajar, singgah depan sikit sahaja untuk hantar ke Politeknik, dan bila dapat sambung lagi, University pun ada di Kulim Hi Tech.

Perumahan Utama di Kulim HI Tech

Seperti yang saya katakan tadi, kawasan perumahan di kawasan industri Kulim adalah lebih dekat dengan kawasan perumahan, khasnya di dalam lingkungan Kulim Hi Tech, antara taman yang menjadi pilihan ialah

Kulim Utama 1

  • Teres (+10) – sangat sangat terhad – below 300K
  • Semi D – 400K ke bawah
  • Double storey semi D – +600K
  • Banglo – +600K

Kulim Utama 2

  • teres (+10)  – 250K ke bawah
  • semi D – 300k to 350K
  • semi D – 350k to 450K

Kulim Perdana

  • teres (+10) – sangat sangat terhad – below 250K
  • double storey (+10)
  • double storey semi D – 550K ke atas
  • banglo – dalam 1 million.

Kulim Perdana yang seperti berada di atas bukit sikit ini kalau dibezakan dari segi saiz kawasan perumahan hanya separuh sahaja kawasan perumahan di Kulim Utama 1, mungkin disebabkan kedudukannya.

Walaubagaimanapun ada sudut positfnya untuk mereka yang lebih mahukan suasana yang tidak terlalu crowded dengan komuniti yang lebih kecil dan eksklusif.

Sebelum saya terlupa tanda +10 di atas menunjukkan yang perumahan tersebut sudah pun melebihi 10 tahun pembinaannya.

Selain daripada itu, ada juga perumahan banglo unit di Kulim Golf.

Kulim Golf

  • lot banglo – Expected price dari 1 million ke 3 million.

Dan kawasan perumahan terakhir yang memang menjadi pilihan utama, buatnya cikgu cikgu, mereka yang bekerja di Hospital Kulim dan government servant yang lain, terutamanya yang sudah punyai anak ramai ialah KTC 1, KTC 2, KTC 3 dan KTC 4.

Kulim Techno City ( KTC )

KTC 1 – ni adalah perumahan terawal di Kulim Hi Tech, terletak betul betul berhadapan dengan Kulim Hospital, selalu dapat aduan daripada penduduk disini akan masalah anai anai. Kawasan permuahan disni juga sudah melebihi atau hampir ke 20 tahun. Range harga 250K

Di KTC 1 juga, ada unit teres yang baru dibina ialah seawal tahun 2016. Range harga 330K

KTC 1 juga ada unit double storey dan kadar jualan subsalenya sangat terhad, tambah pula dengan pembinaan design baru dibina pada tahun 2016 tampak lebih kemas dan lebar. – 400K

KTC 2 – pembinaan perumahan disini seperti di KTC 1 juga, mix pembinaan yang terawal dan terkini di Kulim HI Tech. Sebab pembinaan rumah teres di KTC 1 pada tahun 2016 yang saya beri tahu tadi, separuhnya terletak di dalam kawasan KTC 2.

Harga lebih kurang sama dengan KTC 1, Cuma KTC 2 hanya ada pilihan teres. Tiada double storey.

KTC 3 – dulu saya menyewa disini. KTC 3, boleh dikatakan kawasan perumahan yang paling banyak rumah kosong atau yang ditinggalkan. Mungkin disebabkan pembinaannya yang sudah melebihi 10 tahun. Dan design rumah yang agak sempit, terutamanya bahagian atas. Range harga RM 350K

KTC 4 – Ini adalah perumahan yang paling kemas dan diurus dengan baik. Padanlah kalau KTC4 sahaja guarded berbanding dengan KTC 1 2 dan 3.

Kedudukan KTC 4 juga sangat baik sebab hanya bersebelahan sahaja dengan Sek Kebangsaan Kulim HI Tech. Sebut pasal sekolah ni, jangan terkejut kalau ada keluarga yang beli teres di KTC 1 hanya semata mata untuk anak mereka boleh bersekolah di sini.

Sebenarnya, ada juga taman taman lain yang berhampiran yang menjadi pilihan, tapi taman yang saya kongsikan diatas adalah antara yang paling terbaik dan kemas binaannya berbanding dengan yang lain.

Jika anda bercadang untuk beli rumah salah satu unit di taman atas, minta hubungi saya untuk saya dapatkan untuk anda. (long queue)

Syed Shaffizan, saya agent hartanah base di Kedah, covering Kedah dan Penang sahaja. Tapi kalau anda jauh, bolehlah kalau nak tanya apa apa.Wasap Shaffizan

Site Footer