Buat Duit Dengan Rumah Homestay

Servis Pemasaran Homestay RM 1800

Kalau anda datang ke artikel ni, disebabkan anda baca artikel buat duit dengan rumah sewa. Saya nak ucapkan terima kasih. Sebab anda baca tips kat artikel tu sampai habis.

Kiranya mungkin anda berminat nak buat pelaburan hartanah dengan rumah sewa, tapi selepas saya bagi beberapa das tips, anda rasa nak tahu buat duit dengan homestay pula.

Data Tak Cukup

Sebenarnyakan, data untuk kita tentukan homestay kita ni laku ke tak nanti bila kita buat, saya tak cukup. Saya ada contact beberapa homestay owner, memang adalah interview sikit saya buat dan sembang.

Tapi itulah, sekadar cakap cakap.

Saya tak tahu betul betul berapa anggaran penginapan tetamu yang mereka dapat purata dalam sebulan, dan setahun. Mungkin ia kes sensitif juga kalau nak share.

Tapi tak mengapa, sebagai introvert yang pakar memerhati, saya ada beberapa idea untuk kita pastikan perniagaan homestay kita berjaya.

Untung Homestay

Ada satu ebook, ebook panduan homestay.

Dalam ebook ini ada bagi cara si hamba Allah ni uruskan homestay dia dengan Airbnb. Saya dah beli ebook ni, dan banyak juga tips tips yang berguna dan tak berguna ada dalam tu.

Tapi bukanlah tak berguna, macam lebih kepada kita pun tahu gitu.

Tapi itulah, kadang kita tahu, tak semestinya kita buatkan. So atleastm, ada orang ingatkan untuk kita buat juga.

Tapi itulah, ikutkan perangan standard mana mana homestay pun, homeowner berpendapat homestay kita mesti ada orang menginap atleast 7x sebulan.

Kenapa 7x?

Sebab, kalau contoh rate sewa teres di Sungai Petani dalam RM 150 untuk 3 bilik tidur, 2 bilik air.

7 x 150 = dapatlah RM 1050

Kiranya, dengan harapan 1050 atau 7x penginapan ni cukup untuk bayar installement.

Saya tahu, homestay ada macam macam kos lagi, dengan renovationnya, perabotnya, tualanya, barang dah rosak lagi, nak cuci lagi, nak tambah barang barang mandi lagi, bil api, air semua, cukai pintu, tanah semua.

Tapi itulah,untuk anggaran paling rendah yang kita boleh dapat. 7x

Tapi kalau anda nak target paling rendah 10x, silakan. Kita nak bisneskan, tak kan nak rugi.

Ciri Ciri Homestay Yang Good

Kalau anda nak buat bisnes homestay, saya nak kongsikan 5 perkara penting yang anda kena tengok untuk kita pastikan homestay kita dapat banyak tempahan.

Saya buatkan point ringkas dahulu, nanti baru saya detailkan dibawah semula.

  1. konsep rumah yang unik dan menarik
  2. harga yang kompetitive
  3. owner/service yang thorbaik
    1. sediakan air siap2 dah dalam peti ais, jangan biarkan peti ais bau hapak
    2. sambut tetamu di pintu kalau rajin
    3. siapkan macam handout tempat mana makan best semua
    4. siapkan juga tempat menarik yang berdekatan supya dia tau nak buat apa.
  4. dekat dengan tempat tarikan utama untuk orang nginap homestay
    1. kawasan university
    2. kawasan budak masuk asrama
    3. kawasan percutian
    4. doakan kawasan dekat dengan rumah kenduri
  5. jangan lupa update location di Google Map
  6. jangan lupa ingatkan tetamu untuk tinggalkan review di Google Map
  7. jangan lupa minta tetamu, tinggalkan review di damai.host juga. ( biast ni, padahal tak siap lagi )
  8. gambar mesti menarik dan tertarik – bukannya tunjuk jamban berak
  9. mesti update latest progress di social media
  10. kebersihan sekecil kecil habuk jangan ada.

Baik, itu sahaja kot.

Nanti panjang sampai tertidor pulak hang baca.

Bismilah, kita mula versi panjang.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments