Services Pemasaran Homestay

Banyak Owner Tak Tahu Promote Homestay

Sebenarnya-kan, banyaknya owner homestay yang tak tahu promote homestay.

Mungkin 1 – Sebab 40an 50an punya game

Homestay, rasanya adalah game mereka yang dah separuh umur, atau 40an 50an. Kalau yang baru umur 20an, memang tak ada punca nak dapat rumah buat homestay macam mana. Kalau betul ada yang muda pun, kemungkinan dia ada dapat rumah pusaka.

Mungkin disebabkan itu, agak leceh sebenarnya yang 50an ni untuk belajar promosi online. Lagi sedih, bila apa yang dikongsikan mujarab, tapi tak percaya pula.

Nak tempahan, tapi tak percaya. Macam mana tu?

Mungkin 2 – Sebab cara promote tak sama.

Kalau mcam product muka, product yang saya jual rumah ni juga (tahukan yang saya ni agent hartanah?), atau product digital ke, cara promote product product ni semuanya lebih kurang sama. Tapi kalau homestay, caranya lain.

Sebab homestay ni, ia termasuk dalam brick and mortar business.

Saya dah tolong googlekan, brick and mortar business, atau business yang ada location ni sebenarnya lain cara promotenya dengan business online.

Kalau bisnes online, pelanggan atau pelawat atau pembeli tu berada di mana mana pun tiada masalah. Tapi kalau brick and mortar business, location kita dan location pembeli sangat penting.

Kalau tidak, dia tak jumpa business kita, kita pun tak dapat nak berikan service untuk dia, andai kata dia pun entah di mana mana. Itu sebab, cara promote secara online ni berbeza.

Mungkin 3 – sebab anggap leceh kot

Macam yang saya cakap atas tadi, yang anggap leceh pada salah satu cara promote. Contohnya Google Map.

Cuba anda menggogle Map sendiri, ‘homestay bertam’ contohnya. tengok bawah ni, gambar kerusi letakknya.

Ada banyak lagi contoh, tapi saya malas nak mencari. Kalau anda tengok google map kawasan Ipoh pun boleh tahan juga banyaknya homestay owner yang tak focus pada Google Map.

Basic Rules Untuk Promote Homestay

Homestay ni, ada beberapa perkara yang penting untuk kita buat persediaan dahulu sebelum kita mula setup, dan juga selepas kita setup homestay.

Sebelum setup

  1. mesti pilih location yang betul
  2. mesti ada konsep, bukannya main sumbat sahaja apa jenis perabot
  3. mesti buat research akan homestay owner yang lain dan improve
  4. mesti ada ciri ciri yang wajib ada, macam aircond setiap bilik
  5. mesti ada nama homestay yang betul dan unik ( tak boleh sama dengan orang lain )

Selepas Setup

  1. mesti setup Google Map
  2. mesti ambil gambar dengan betul
  3. gambar di Google Map mesti sempurna dan jangan 1 2 keping sahaja
  4. mesti ada website
  5. mesti ada facebook pages
  6. mesti guna airbnb, booking.com, agoda [ agoda boleh skip ]
  7. bila dah promote, butiran macam nama owner homestay, nama homestay, no telefon, jangan suka suka tukar pula lepas beberapa minggu. sia sia promote nanti. dah nak kena start over balik.

Saya pernah tengok, satu homestay ni, ada airbnb, tapi tak di Google Map. Pelek tak? Pelek tu, orang yang nak datang ke homestay pun nanti akan jadi pening sebab tak tahu betul atau tidak.

Pelek juga, macam mana airbnb boleh approve.

Selepas Promote

  1. mesti monitor performance, maksudnya sebulan ada berapa click link whatsapp contohnya
  2. berapa target occupancy rate kita
  3. promote yang bukan ikut mood kita sendiri, ada yang mesti kena buat.
  4. mesti buat research2x sikit gitu, kalau kita tak dapat byk tempahan tu sebab apa
  5. homestay ni juga kena promote awal sebulan. contoh kalau bulan tiga cuti sekolah, kita kena start promote bulan 1 atau bulan 2. Sebab orang akan buat tempahan awal. Bukannya bulan 3 kita target orang nak duduk, tapi bukan 3 jugalah kita baru nak start promote.

Selepas Tetamu CheckOut

  1. mesti minta dia tinggalkan review yg positif
  2. mesti kena tanya dia, dapat tahu homestay kita ni dari mana
  3. mesti ‘ikat’ dia untuk dia datang lagi homestay kita.

Macam macam lagilah, kalau nak disenaraikan memang tak akan selesai. Yela, manusia ni suka plan itu sini, nak buatnya malas. ( macam saya juga, kalau tak dibayar ).

Maka, saya nak buat service untuk promote homestay.

Service Promote Homestay

Dengan service ni, akan ada beberapa perkara wajib yang kena ambil. Supaya saya mudahlah sikit nak meng-promote nanti. Service ni, bukan sekadar promote secara online sahaja, tapi saya akan datang ke homestay anda dan tangkap gambar segala.

Berikut, adalah antara yang akan saya buat, termasuk dalam service:

  1. saya akan setup Google Map anda ( google my business )
  2. bila dah setup GoogleMap, mesti nak ada gambar, so saya akan datang untuk ambil gambar. Saya bukanlah pro sangat ambil gambar, tapi fahamlah juga macam mana nak buat. Saya tangkap gambar untuk property pun dah 6 tahun dah.
  3. saya akan buat website juga, nanti saya bagi contoh macm mana website yang saya maksudkan. Website homestay, tak macam setup macam blog saya sekarang ni. Sebab brick and mortar business ni sangat pentingkan location. [ budget dalam RM 100 setahun ]
  4. saya akan buat facebook pages kalau tiada lagi
  5. saya akan setup airbnb, booking.com dan agoda kalau nak juga
  6. saya akan submit ke fb groups sebanyak 300x dalam masa 1 bulan. ( yang ni saya kena guna facebook anda ya, nanti tak pasal facebook saya kena block ), setiap link submision juga saya akan bagi summary group page mana yang dah saya submit.
  7. saya akan buat 10 video untuk submit di fb reels, tiktok anda, youtube shorts, instagram anda juga nanti. Maksudnya, saya kena duduk lamalah di homestay tu nanti. Jangan halau saya pula. Saya promote homestay sebelum ni di Ipoh pun 3 jam saya duk situ.
  8. kalau no 7 tadi, semua video saiz yang panjang tu kan, kali ni nak buat video saiz landscape untuk youtube pula. Saya akan buat 2 video property tour untuk submit youtube dan facebook pages.
  9. saya akan linkkan whatsapp anda ke wa.link untuk saya monitor sehari berapa banyak orang click. langganan setahun.

Atas ni contoh dari sofware wa.link untuk satu homestay yang saya promote 2 minggu lepas. Jangan tengok yang 3 hari pertama tu. Sebab itu banyak juga yang saya click sendiri sebab nak testing. Software ni langganan untuk setahun, setahun pertama, kira sekali dalam service saya.

Nanti next year anda bayar sendiri pula. Elok buatlah, tak mahal pun, dalam RM 60 sahaja setahun. Yang website tadi, dalam RM 100 setahun. Untuk tahun pertama, kira semua under service saya.

Berapa Kos?

Kos bergantung kepada

  1. jenis rumah
  2. dan keluasannya
  3. atau mungkin harga homestay anda juga sekali.

Sebab saya rasa service saya sesuai untuk homestay yang dalam harga RM400 ke atas. Kalau RM200 satu malam, atau jenis rumah intermediate, anda akan susah nampak keberhasilan promosi saya ni sangat.

Mungkin sebab homestay jenis teres intermediate ni terlampau banyak. Tapi kalau konsep rumah anda memang segak, minimalistlah paling senang buat. Boleh cuba servis saya.

Atau kalau anda nak saya buat bahagian Google Map dan Website sahaja pun boleh. Sebab homestay ni, sangat pentingkan dua cara marketing ni. Google Map dengan Website memang kena sempurna.

Saya stay di Ipoh – Taiping. Untuk area Kedah, Penang, Perlis saya boleh drive sahaja. Tiada masalah.

Kalau nak saya turun kebawah sampai ke KL, naik trainlah jawabnya.

Charge bermula daripada RM 1800 ke atas. Bergantung kepada 3 perkara tadi. Atau kalau anda di KL – Johor, akan ada extra transport RM200. Bagi saya duduk kat homestay tu, biar saya buat kerja situ ja.

Bismillah, kalau berminat boleh Whatsapp saya ya.

Syed Shaffizan
wasap.my/60136619001/servicehomestay

0136619001
Marketing Enthusiast

Disclaimer!!!
promosi yang saya buat ni, tak bermaksud anda sebagai homestay owner tak perlu buat apa apa tau. Saya promote dan customer akan terus direct ke whatsapp anda. Maksudnya, anda kenalah deal dan set date untuk pelawat masuk.Service saya ni juga, akan tamat selepas 1 bulan. Atau kalau nak teruskan saya sambung buat tiap bulan pun boleh. Kos tak sama macam permulaan saya buat service ni dah, sebab dah banyak yang kita buat.Cuma nak maintain aktiviti promosi sahaja.Atau nak ambil dalam 2 bulan sebelum cuti sekolah pun boleh. Sebab trend dari AirBnB, orang akan buat booking homestay 1 atau 2 bulan sebelum tarikh menginap. Kiranya kita buat promosi time tu.