Rumah Untuk DI Jual Alor Setar

Takut pula rasanya kalau ada orang Alor Setar marah dengan pendapat saya ni. So, saya minta maaf awal awal ya.

Minta maaf, kalau pendapat saya macam menyalahkan mana mana pihak.

Tapi, saya sangat tak berkenan dengan pembinaan perumahan di Alor Setar. Sebab rasanya macam tak berapa dirancang dengan baik.

Sedikit background pasal saya.

Saya ni kalau anda jumpa, memang tak berapa nak ada loghat Kedah pun. Dan memang tak ada bunyi Kedah pun, walaupun dah tinggal di Kedah nak masuk 6 tahun.

So saya berasal dari Ipoh, Perak.

Dan dalam tempoh 3 tahun jadi agent, dan kebanyakan rumah yang saya jual adalah di Perak dan Kedah.

Saya suka akan beberapa daerah atau rancangan perbandaran seperti di Kulim, Sungai Petani pun OK. Jitra pun OK, kemas.

Tapi kalau macam di Alor Setar, macam tak disusun dengan baik.

Tambah lagi bila taman baru yang sekadar nak cukup 10 unit. Ibarat macam anda tengok jalan raya yang rosak, lepas tu ada tampal sana, tampal sini.

Kebanyakan perumahan juga terlampau tertumpu di tepi jalan raya. Seperti contoh apa yang berlaku di Jalan Datuk Kumbar. Yang memang jadi punca utama jam teruk. Saya faham, salah satu punca adalah disebabkan kawasan bendang yang ditambun.

Tapi sesuatu mesti dibuat.

Alor Setar juga ada banyak perumahan yang terlalu lama, seperti contoh salah satu listing saya yang berumur 42 tahun dibina. Kalau anda pergi ke mana mana tempat, jarang sangat jumpa rumah leasehold yang lagi beberapa tahun nak tamat tempoh, tapi anda akan jumpa di Alor Setar.

Pilihan Terbaik di Alor Setar

Mungkin selera saya tak kena dengan anda, tapi kalau anda masih lagi mencari rumah di Alor Setar, saya boleh cadangkan beberapa taman atau area yang saya puas hati untuk carikan.

Antaranya:

Taman Kijang, Mentaloon

  • Unit Teres – RM 320K
  • Semi D – RM 380K

Terus terang cakap, saya suka taman ni. Taman ni nampak terancangnya. Taman Kijang ini juga dekat dengan kemudahan pendidikan sekolah anak anak, dan kalau memang anda penjawat awam memang terbaik beli rumah di Taman Kijang. Sebelah Taman Kijang ada Taman Pelanduk, rumah di taman Pelanduk juga cantik. Amazing orang kata.

Taman Pelanduk

  • Double Storey
  • Double Storey Semi D

Taman Pelanduk ada dua unit sahaja, double storey dan double storey semi D. Saya tak actual harga berapa untuk tahun 2021 ni. Tapi saya rasa, price range dalam RM 400k untuk double storey, dan close to RM 600k untuk dssd.

Kalau di Mergong, anda boleh cuba dapatkan Taman Seri Impian. Sekolah pun dekat, kawasan industri pun dekat.

Plaza Tol Selatan Alor Setar

Kalau nak cari rumah di Tandop atau area Plaza Tol Selatan Alor Setar. Saya suka cadangkan Desa Seraya, Gunung Hijau, Gunung Pulai atau pun kalau nak teres yang mungkin lebih rendah sikit harga, Gunung Bintang.

Tapi Desa Seraya best, tenang juga rasanya. Ada taman yang ada guarded ada yang tak kalau di Desa Seraya. Lagi satu, Desa Seraya ni agak mengelirukan sikit, sebab anda akan rasa perumahan Desa Seraya ni terlampau besar sangat.

Sebab Desa Seraya ni dibezakan dengan no 1 hingga berapa ntah, banyak juga. Walaupun anda sudah berada di lorong lain, tapi masih lagi di dalam taman Desa Seraya. Lebih baik kalau dinamakan terus nama lainkan? Haha

Oh ya, Desa Kiara pun terbaik. Taman yang masih lagi baru.

Kebanyakan yang saya cakapkan tadi adalah unit double storey, kalau nak cari teres, anda boleh cuba round round di Taman Budiman, atau kalau malas.

Contact saya, saya akan cuba dapatkan.

Taman Gunung Bongsu pun oklah, ada unit teres dan Semi D.

Oh ya, kebanyakan unit perumahan yang saya rekemen dalam linkungan 10 tahun ke bawah sahaja ya. Kalau terlampau lama sangat, saya tak berapa feel nak promote sebenarnya.

Dan yang terakhir, Laman Kuda.

Laman Kuda ni memang target saya, saya pun baru close 1 biji dalam bulan Jun 2021 lepas. Market value rumah tu 530K, tapi kami berjaya pujuk owner untuk jual RM 460K sahaja.

Saya close selepas bawa 3 orang buyer kalau tak silap. Alhamdullillah.

Chinese tu buat loan 85% di CIMB, interest rate 3.5%. Mungkin boleh dapat diskaun lagi sebab client ni pelanggan lama CIMB.

Bila saya cakap Laman Kuda termasuk sekali taman taman di tepinya. Taman Rusa dan Kancil. Villa Anak Bukit juga boleh tahan juga designnya.

Dalam saya tak berapa suka taman di Alor Setar di perenggan pertama tadi, rasanya macam banyak pula taman yang saya minat. Haha

Baiklah, itu sahaja.

Last, kalau anda nak cari option lain selain daripada Alor Setar, mungkin boleh juga cuba cari rumah di area Langgar, Kepala Batas, atau pun Jitra.

Saya tak sabar nak buat artikel round begini untuk di Jitra pula, sebab saya memang suka round round disana.

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

Site Footer