Syarat Syarat Pinjaman Rumah 100%

Untuk kita buat pinjaman rumah 100% memang ada syarat syaratnya. Dan syarat syarat ni sebenarnya sama macam syarat skim rumah pertamaku juga.

Sebab pinjaman loan 100% adalah perkara yang sama dengan skim rumah pertamaku.

Bermaksud – kalau tak ada skim rumah pertamaku, memang semua bank hanya bagi pinjaman 90% sahaja daripada market value rumah.

berikut adalah antara syarat syaratnya:

mesti pembeli rumah pertama

kalau anda pembeli rumah kedua sudah tak boleh. Hanya pembeli rumah pertama sahaja, andai kata anda joint loan dengan partner, si partner tadi pun mesti 1st home buyer juga. Tak boleh kalau partner yang joint loan tadi sudah pernah beli rumah.

dalam erti kata lain juga, partner tadi dah habis kuota dia untuk beli rumah pertama tu pada rumah sendiri. Maksudnya, jangan minta adek beradek yang joint loan. Payah nanti.

Sesuai kalau pasangan suami isteri, hampa pun nak duk sekali kan.

total gross income <5000

maksudnya pendapatan mesti bawah 5000 ringgit sebulan. kalau lebih, tak lepas dah. tapi kalau tengok kat website skimrumah pertama tu mesti keliru. sebab depa tulis 10000.

tak pasti kalau in future akan jadi 10000 atau 10000 yang dimaksudkan itu adalah bila joint loan totalnya jadi 10 ribu.

apa apa pun, perkongsian yang saya tulis ni adalah direct dari banker. saya pun dah tanya banker kenapa kat website srp tu 10K. dia cakap, mungkin akan terjadi juga, cuma apa yang dah sampai finalize pada bank ialah up to 5000 sahaja.

CCRIS mesti tiada tunggakan

CCRIS itu apa? CTOS itu apa?

CCRIS ini rekod kewangan kita yang berkaitan dengan bank atau institusi kewangan. Macam bank rakyat, cimb, rhb semua. Ptptn pun termasuk dalam ccris. Kalau ada tunggakan, memang tak boleh dapat loan 100%.

Ctos pula rekod nama kita selain daripada bank. Macam bil telco, unifi, kalau sudah ada rumah, cukai pintu, tanah semua termasuk dalam ctos.

rumah yang nak dibeli mesti bwah 500K

bila beli rumah ni, seeloknya, bulanan yang kita bayar bank itu adalah 1/3 daripada total gaji kita. Contoh, gaji kita 4000.

4000 / 3 = RM 1333

So dalam RM 1 333 sahaja bulanan yang kita rasa sihat dan selamat untuk kewangan kita.

1 333 ini pula, anda darab dengan 200 untuk anggaran harga rumah yang patut beli.

1 333 x 200 = RM 266K atau below 300K sahaja

So, walaupun skim rumah pertama boleh pergi sampai 500k, janganlah anda belikan juga 500K tu, sebab 500K rumah, dalam 2500 juga sebulan ( 500K / 200 = 2500 )

Memanglah boleh bayar bila gaji 4K, tapi apa apa boleh jadi nanti. Anda pun tak nak juga tiap tiap bulan paras hidung sahaja duit belanja.

Baiklah, itu sahaja kot syarat syarat untuk pinjaman rumah 100%.

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer