Kos Guaman Beli Rumah Pertama [ second hand dan baru ]

Salam, saya ada cover topik kos guaman untuk beli rumah pertama di artikel sudah.

Kalau anda rujuk disitu, atau pun proses jual beli rumah ni InsyaAllah akan faham sebab saya memang kongsikan detail juga disana.

Walaubagaimanapun, saya boleh juga kongsikan semula dalam artikel ni, tapi kita buat versi yang lebih ringkas, kalau anda ada masa boleh baca lebih detail untuk perengan di artikel proses jual beli rumah itu ya.

Saya juga akan kongsikan kos yang terlibat untuk beli rumah subsale atau rumah second hand dan rumah baru juga. Dan akhir nanti kita akan buat table sikit untuk perbezaan.

Kos guaman beli rumah second hand

Macam biasa, mudah saya nak kongsikan kalau kita rujuk flow proses jual beli rumah dibawah, supaya anda tahu bila deal dengan agent itu step mana yang duit anda akan dikeluarkan.

So untuk pembeli kos awal, ialah di step booking 3.18% biasanya. Katakan kita ambil contoh rumah harga RM 200K – RM 6360 ( step 4 )

Lepas loan proceed, baru akan sign SnP ( step 7 ). Katakan loan tak lulus, agent yang anda deal itu wajib pulangkan RM 6360 di atas. Memang wajib ya, itu sebab kalau beli rumah jangan deal direct terus dengan owner, atau pun deal dengan broker kampung.

Mesti pilih macam saya, supaya hak anda sebagai pembeli terjaga.

Dan katakan dah tiba masanya anda sign SnP. Ada lagi kos lain yang menyusul.

Iaitu:

  1. 6.82% – Anda kena bayar lagi 6.82% daripada harga rumah. So kalau tambah dengan booking awal awal tadi, cukuplah 10%. [ 3.18 + 6.82 ]
  2. lawyer fee – saya akan terangkan dibawah
  3. bank valuer – ni kos untuk bayar bank yang buat valuation report rumah yang anda nak beli, setiap kali submit loan memang perlu buat report ni. Kosnya dalam RM 800 lebih kurang. Bank valuer ini juga anda tak perlu bayar kalau proceed pinjaman perumahan kerajaan.

10% yang anda bagi, kalau buat loan 100% akan dipulangkan balik masa dapat kunci.

Untuk kos guaman, mudah cerita, anda darabkan sahaja dengan 3%. Sebabnya berlegar dalam 2.5% hingga ke 3.5% daripada harga rumah. Untuk kes rumah pertama sahaja ya, kalau rumah kedua akan ada penambahan stamp duty.

Actually stamp duty rumah pertama pun ada, tapi kerajaan bagi kelonggaran untuk tidak perlu bayar. Itu sebab average kos lebih kurang dalam 2.5 hingga ke 3.5 percent.

3% ini juga terbahagi kepada dua, iaitu kos spa yang lawyer sediakan, dan kos legal loan yang anda buat masa submit loan.

So 3% anggaran yang saya bagi adalah total kepada dua dua kos ini ( spa dan loan legal )

Jelas? kalau tak faham lagi tak mengapa, saya akan sediakan table ja dibawah. Sebelum tu kita tengok kos guaman beli rumah dari pemaju pula.

Kos Guaman Beli Rumah dengan Pemaju

jawapan ZERO.

Apa jenis belanja pun tidak dikenakan. Anda biasakan akan bayar booking RM 1000 sahaja. RM 2000 itu pun jarang, kecuali kalau projek high end di Penang, atau di Langkawi.

Kalau projek bawah 400k jarang minta sampai lebih 2000.

Dan duit booking 1000 ini pun akan dikembalikan juga bila kes selesai nanti.

Dan tak pelek pun kalau ada developer yang langsung tak minta apa apa bayaran booking pun, asalkan loan boleh lulus cukup.

Persoalannya

Tapi, persoalannya, bagaimana semua boleh percuma sedangkan subsale kena bayar?

Jawapannya, tak mungkin kos fee free bila beli rumah dengan pemaju. pasti ada, tapi developer dah masukkan dalam harga rumah.

kes subsale lebih kepada bersifat individu, kes satu satu sahaja.

banding dengan jual rumah developer, serentak. dan semua berkaitan, sebab memang dari developer yang sama juga.

Sedangkan rumah subsale pula, rumah di sana orang lain punya, rumah disini orang lain punya, bagaimana pula nak gabungkan sekali kalau setiap kes itu berlainan.

Sebenarnya,saya boleh sahaja cakap, jual rumah 300K, lawyer fee free. Padahal harga jual dengan owner RM 280K sahaja.

So masih lagi cerita yang sama, lawyer fee dah markup dalam total harga rumah yang hendak dijual.

Table Perbezaannya

Rumah Subsale Undercon
booking 3.18% RM 1000
lepas snp 6.82% tidak perlu 10%
lawyer fee anggaran 3% free
bank valuer = RM 1000 free

Hah, sekarang mesti fikir, kalau macam tu baik beli rumah baru kan?

Belum tentu juga, cuba baca rumah baru vs rumah subsale!!

Syed Shaffizan, saya agent hartanah base di Kedah, covering Kedah dan Penang sahaja. Tapi kalau anda jauh, bolehlah kalau nak tanya apa apa.Wasap Shaffizan

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer